Bila perasan terpendam
Mula hati berdendam
Aku cuba untuk meluahkan
Tetapi sentiasa sering dilukakan
Aku tidak pinta yang lain
Hanya secebis kasih dan penghargaan
Sering dicaci dan dibenci
Kini aku sering memerhati
Aku tidak tahu lagi apa harus dilakukan
Kerana semuanya kelihatan seperti penyeksaan
Tanpa sedikit belaian
Aku terus menjadi bahan cacian
Cacian seperti seekor binatang
Aku cuma perlu kasih untuk ditantang
Kalau semua jawapan aku ditentang
Jadi apa sisi ku yang kamu pandang?
Semakin hari kau semakin berani
Berani melihat aku disakiti
Bukan sahaja dihati
Malah juga fizikal ku ini
Pabila ku sentuh segala kesakitan
Aku sentiasa merasa kesedihan
Sering tidak dapat menahan
Aku masih lagi menjdi bahan makian
Aku tidak sanggup melihat diri ku sedih
Tapi bila difikirkan hati ku pedih
Apa lagi yang cuba aku pertahankan?
Sedangkan aku sendiri jua sudah tiada nilaikan?
Terlampau banyak persoalan
Sehingga aku sendiri memikirkan kepastian
Kepastian yang sering aku mencari jawapan
Tapi masih lagi berada di skala sekatan
















