“Takdir Jodoh Yang Ditolak” - AJ, 7/7/24
Tiada lagi cerita kita untuk di lain hari.
Tiada lagi “Awak, apa khabar?”
Tiada lagi “Dah makan? Harini saya masak…”
Tiada lagi “Good night, jumpa esok baby”
Tiada lagi segalanya tentang kita.
Bila kata-kata itu diungkapkan untuk tidak lagi berhubung,
maka tidak akan ada lagi perhubungan.
Dia adalah takdir yang ku tolak.
Ku pohon pada Tuhan untuk menolak takdir bersamanya.
Berkali-kali Tuhan menunjuk pada ku bahawa dialah orangnya.
Berkali-kali jugak ku pohon pada Tuhan sambil menangis teresak-esak untuk mengambilnya jauh dari ku.
Akhirnya, pada raungan terakhir, Tuhan berkenan dengan doaku.
Menukar takdir yang aku tidak mahu lalui.
Kerana disetiap doa dan raungan ku,
Aku pohon agar jauhkannya dan dekatkan diriku pada Mu Ya Allah.
Diraungan terakhir, aku titipkan rasa takut aku akan kehilangan jauh dari Allah.
Maka, aku menolak dia dan memilih cinta yang tak pernah mengecewakan ku.
Yang sentiasa ada disaat aku terjatuh terduduk.
Dia sentiasa ada disampingku.
Dia ada disaat nyawaku berada dihujung nafas.
Dimata manusia, bodoh agaknya dia ni menolak jodoh?
Tidak mengapa, jodoh yang ditakdirkan padaku kerap menjatuhkanku.
Dunia ini luas, selagi Allah masih ada diingatan ku, aku pasti akan bahagia.