Alhamdulillah segalanya berjalan dengan meriah dan lancar walaupun jemputan yang sangat limited. Walaupun tak dapat buat majlis seperti yang kami impikan, ini sudah cukup baik buat kami berdua. InsyaAllah setiap yang berlaku itu ada hikmahNya. . . Ribuan terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan, teman sekerja, bos-bos (pengantin perempuan sahaja), pakcik makcik dan sanak saudara yang sudi hadir ke majlis kami dan mendoakan yang baik-baik buat kami walaupun ada yang menghadapi kesukaran untuk mandi pada pagi hari tersebut😅. . . Terima kasih juga buat ibu bapa kami dan adik beradik kami yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis kami. Segala pengorbanan dan jasa baik semua amat kami hargai. . . Terima kasih untuk semuanya. Sememangnya ini akan menjadi salah satu sejarah yang paling bermakna dalam lipatan hidup kami. Memori yang akan tersemat kukuh di sanubari kami dan akan menjadi panduan dan semangat kami sekiranya kami berdepan dengan masa-masa yang mencabar kelak. InsyaAllah. . . #SahrulMaizura💘💍 #feldachinitimur1 #sumiraplacetitiwangsa #thenakedtraveler #nomoresingletraveling (at Sumira Place - Banglo Gardens) https://www.instagram.com/p/CE9Ji7sB9m-/?igshid=18u5qxadlhp32