Perjuangan wanita ni kan ada banyak level tau.
Level 1:
Level Arwah nenek saya. Arwah Nenek kata, kalau nak hidup jangan bangkang suami, nenek anak yatim piatu, masuk sekolah rendah saja. Jangan bergaduh dengan suami, kalau suami tinggai kita, kita nak hidup macam mana, takdak pekerjaan. Cara arwah nenek memperjuangkan untuk wanita ialah memberi nasihat supaya wanita tak diceraikan suami.
Inilah Survival for women.
Level 2:
Level mak saya. Mak saya lulus sekolah menengah, boleh dapat kerja secretary. Mak pandai menyimpan duit dan tahu hak mak berkenaan nafkah. Mak selalu cakap kat bapak, your money is our money, but my money is my money. Mak memperjuangkan hak untuk mak. Apa yang penting sekali ialah mak tak pernah dengki tengok perempuan lain lebih maju dari mak dan tak pernah membawang tentang wanita lain. Mak tak boleh memperjuangkan untuk wanita lain tetapi mak tak menghalang wanita lain maju. She will stand aside on the left lane and let other women take over. Jangan dengki bila tengok wanita lain yang berjaya, tetapi berbanggalah.
Give way to other women and support their fight.
Level 3:
Level Bapak saya. Ada lelaki yang memperjuangkan hak wanita dan menjadi women’s protector seperti Bapak saya. Bapak saya pastikan bila Bapak tak ada lagi, ada harta yang bapak dah letak atas nama mak, ada harta yang bapak dah letak atas nama anak-anak perempuan Bapak. Kemudian Bapak menggalakkan anak-anak perempuan Bapak mendapat Pendidikan Tinggi ke peringkat University. Bapak nak pastikan anak-anak Bapak ada lebih peluang diketemukan dengan jodoh lelaki yang berpendidikan tinggi. Bapak kata orang lelaki berpendidikan tinggi lebih tertarik kepada wanita bijak. Jadi kalau nak jadi surirumah pun, sekurang-kurangnya anak-anak bapak yang berpendidikan tinggi boleh cari lelaki berpendidikan tinggi, dan ada degree boleh berdikari, maka boleh tinggalkan rumahtangga jika suami abusive.
Inilah women independence through education and opportunities.
Level 4:
Ini level saya.
Saya bekerja kuat untuk membuktikan yang wanita boleh naik ke pangkat tertinggi di dalam kerjaya di dalam bidang yang saya ceburi. Bukan hanya ke tahap doctor tetapi lebih tinggi lagi sehingga postgraduate ke tahap Doctorate of Medicine in Medical Research (seperti PhD di dalam bidang akademik perubatan), dari segi ke clinical ke tahap Subspecialist yang tertinggi di bidang kehamilan dan bersalin, dan ke tahap Professor.
Saya gunakan pangkat tinggi saya untuk memberi wanita lebih keyakinan dan menggalakkan wanita untuk membuat keputusan untuk diri sendiri. Kalau saya boleh buat, anda pun boleh buat. Saya mencari suami yang tidak menyekat atau menghalang kemajuan, malah mendorong saya mencapai tahap yang lebih tinggi lagi.
Saya membantu membuka minda masyarakat supaya tidak menyekat wanita yang nak maju ke hadapan melalui pendidikan masyarakat, melawan mitos-mitos dan pantang-larang yang menyusahkan wanita tanpa memberi manfaat kepada kesihatan wanita.
Inilah changing mindsets of women in society. Inilah women empowerment to make decisions for themselves.
Level 5:
Bukan saya. Saya sampai level 4 saja. Saya buka ruang ini untuk powerful women leaders berganding bahu sebagai pemimpin wanita dari pelbagai bidang yang boleh mara lagi ke hadapan untuk menggubal dan mengubah undang-undang lama untuk hak keadilan wanita dan jangan benarkan wanita Malaysia ditindas.
Inilah the birth of powerful women leaders in our society. I will stand by you and support you. I am very proud to be a Malaysian woman.
————————————————————————
This takes us to level 6:
A levelled playing ground. There is no artificial barrier to stop you. If you see an opportunity, you can make use of it, and have a reasonable expectation of success. This level, even men in our society have not reached their true potentials yet. To achieve level 6, men and women have to work together.
- Dr Imelda Balchin















