Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.
CONTOH BAHAN PENCEMAR UDARA
ļ¶ Gas Karbondioksida ļ¶ Gas Sulfurdioksida ļ¶ Kloroflourokarbon ļ¶ Plumbum ļ¶ Gas Karbonmonoksida
SUMBER BAHAN PENCEMAR UDARA
ļ¶ Pembakaran terbuka ļ¶ Asap rokok ļ¶ Ekzos kenderaan ļ¶ Letusan gunung berapi ļ¶ Kebakaran hutan ļ¶ Tapak pembinaan bangunan dan jalanraya ļ¶ Kilang simen, kilang asbestos dan kilang papanļ¶ Kuari ļ¶ Kilang ļ¶ Kenderaan yang menggunakan petrol berplumbum ļ¶ Penyaman udara dan peti sejuk ļ¶ Penyembur aerosol ļ¶ Kilang elektronik
KESAN PENCEMARAN UDARA KEPADA MANUSIA
ļ¶ Sesak nafas ļ¶ Sakit mata ļ¶ Bronkitis ļ¶ Batuk ļ¶ Asma ļ¶ Kanser peparuļ¶ Sakit kepala, kerosakan otak ļ¶ Maut ļ¶ Pneumonia ļ¶ Mengakis tisu pada peparu ļ¶ Keracunan plumbum ļ¶ Kerosakan sistem saraf terutama kanak-kanak ļ¶ Kerosakan jantung dan ginjal
KESAN PENCEMARAN UDARA KEPADA ALAM SEKITAR
ļ¶ Jerebu ļ¶ Hujan asid ļ¶ Penipisan lapisan ozon ļ¶ Kesan rumah hijau dan peningkatan suhu Bumi (pemanasan global)
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENCEMARAN UDARA
ļ¶ Kilang-kilang perindutrian perlu menapis asap sebelum membebaskannya ke persekitaran
ļ¶ Kenderaan bermotor perlu dipasang dengan penukar pemangkin untuk mengurangkan pembebasan bahan pencemar ke udara
ļ¶ Penggunaan produk mesra alam seperti pendingin hawa, peti sejuk dan penyembur aerosol yang tidak menggunakan kloroflourokarbon (CFC)
ļ¶ Melarang pembakaran secara terbuka
CARA MENGEKALKAN UDARA SUPAYA BERSIH
ļ¶ Pengurangan punca ā Aktivti mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses
ļ¶ Guna semula (recycle)- Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna
ļ¶ Rawatan (treatment)- Aktivti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna
MEMPRAKTIKKAN AMALAN YANG MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIH
ļ¶ Tidak membakar sampah di tempat terbuka
ļ¶ Mengurangkan penggunaan bahan tercemar seperti Kloroflourokarbon
ļ¶ Mengasingkan sisa buangan dengan baik, seperti membahagikan kertas, kaca dan plastik
Udara di dalamĀ Rumah Lebih Kotor 5 Kali dari Udara Luar
Banyak yang menyangka bahawa udara dalam bilik jauh lebih baik berbanding udara luar. Kenyataannya tidaklah begitu.
Udara dalam bilik jauh lebih tercemar daripada udara di luar. Menurut U.S. Enviromental Protection Agency (EPA), udara dalam bilik boleh 2 hingga 5 kali lebih tercemar daripada udara luar. Seperti yang dinyatakan oleh WebMD juga, pencemaran udara dalam bilik adalah salah satu ancaman persekitaran yang paling serius bagi kesihatan anda.
Kesan Kualiti Udara dalam Ruangan pada Kesihatan
Pencemaran udara dalam ruang terutama rumah sangat berbahaya bagi kesihatan manusia, kerana pada umumnya orang lebih banyak menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti di dalam rumah. Sehingga rumah menjadi sangat penting sebagai persekitaran mikro yang berkaitan dengan risiko dari pencemaran udara.
Kesan dari adanya pencemar udara dalam rumah terhadap kesihatan boleh terjadi baik secara langsung maupun tidak langsung.
Gangguan kesihatan secara langsung yang boleh terjadi setelah terdedah, antara lain:
Kerengsaan hidung dan tekak
Flu dan penyakit-penyakit virus lain
Sedangkan gangguan kesihatan secara tidak langsung kesannya boleh terjadi beberapa tahun kemudian seperti:
Mereka yang sangat terdedah terhadap bahan pencemar dalam bilik termasuk bayi, orang tua, dan orang-orang yang sudah menderita penyakit jantung, paru-paru, asma, dan sistem kekebalan tubuh.
Anak-anak lebih terdedah terhadap pencemaran udara dalam bilik kerana perbezaan fisiologi antara mereka dan orang dewasa:
Anak-anak lebih kerap bernafas melalui mulut daripada hidung.
Anak-anak lebih aktif daripada orang dewasa. Volume udara yang dihirup meningkat dengan tingginya aktiviti kerana peningkatan jantung dan kadar pernafasan. Racun pun masuk ke dalam darah anak lebih cepat.
Sistem kekebalan tubuh anak-anak yang kurang matang daripada orang dewasa, sehingga mereka lebih terdedah kepada tindak balas keradangan dan alahan.
Jadi, jika anda tidak ingin kesan buruk tersebut berlaku pada anda dan keluarga, sebaiknya jagalah kebersihan di setiap sudut rumah.
Bagi membantu membersihkan udara didalam rumah, adalah disyorkan untuk anda menggunakan penapis udara.
Ini kerana penapis udara mampu menapis segala pencemaran didalam rumah.
Dengan 6 jenis filter yang ada didalam penapis udara Coway, ia mampu memberikan kualiti udara bersih didalam rumah anda. Sayangi keluarga anda.
Rozmizam | 018-207 6436 | Jurujual Penapis Air & Udara
Ā Ā Ā Pencemaran Udara. Kesan kepada manusia dan alamĀ sekitar MAKSUD PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.