"Emosi yang tidak diluahkan tidak akan pernah padam. Ia dikuburkan hidup-hidup dan kemudian akan muncul dengan cara yang lebih buruk."
- Sigmund Freud

★
"I'm Dorothy Gale from Kansas"

No title available
Cosmic Funnies
Jules of Nature

Product Placement

oozey mess
he wasn't even looking at me and he found me
Three Goblin Art
h
$LAYYYTER
ojovivo

Kaledo Art

Andulka
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ
Peter Solarz
taylor price
tumblr dot com
will byers stan first human second
RMH
seen from Spain

seen from India
seen from United States
seen from Portugal
seen from Philippines
seen from Spain

seen from United States

seen from Malaysia
seen from United States
seen from Germany
seen from Japan
seen from Sweden

seen from United States
seen from United States

seen from Germany
seen from Italy
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Canada
@melawanlupa
"Emosi yang tidak diluahkan tidak akan pernah padam. Ia dikuburkan hidup-hidup dan kemudian akan muncul dengan cara yang lebih buruk."
- Sigmund Freud
Percubaan Menjadi Touris di Gunung TNBYY
Barangkali rasa penat telah mengelabui mata kami. Sehinggakan baki 30 minit terakhir dari Simpang YY ke Puncak Yong Yap terasa sangat jauh. Entah kebodohan apa yang telah merasuk jiwa; aku lebih memilih untuk turun ke Kem Jeruk daripada bersusah payah ke summit attack. Padahal jarak ke Kem Jeruk itu jauhnya 3 jam perjalanan lagi!
“Macam mana? Teruskan perjalanan atau lupakan summit?”
Cerita sini, habis sini
Tanjung Malim, 19-20 Ogos 2022
Info Keretapi Tanah Melayu (KTM) ft. Basikal
Hi,
Ini info route yang pernah aku guna sepanjang bawa basikal naik train di Malaysia. Sebelum tu, berikut adalah tips yang korang boleh guna untuk lancarkan perjalanan bawa basikal naik train.
Pilih stesen yang tak sibuk/yang terpencil untuk elakkan serabut berebut dengan pengguna lain.
Study route dan jadual ktm betul-betul sebab part ni dia ni tricky sikit.
Sentiasa senyum, berbudi bahasa dengan semua orang terutamanya petugas KTM.
Sediakan kad TnG / kad KTM untuk urusan tiket.
Siap sedia nak naik turun tangga angkut basikal sebab kemudahan lif stesen KTM ini masih kurang memuaskan
1. Untuk jadual KTM boleh rujuk: https://www.ktmb.com.my/traintime.html
Weekdays Only (Effective 15th June 2022) Tg. Malim - Pelabuhan Klang Batu Caves - Pulau Sebang
Weekends & Public Holiday Only (Effective 18th June 2022) Tg. Malim - Pelabuhan Klang Batu Caves - Pulau Sebang
KTM Komuter Utara (Effective 15th January 2022) KTM Komuter Utara
2. Untuk terma dan syarat boleh rujuk pdf ini: Panduan & Syarat
3. Untuk info pembelian kad KTM rujuk sini: Komuter New Ticket System Info dalam pdf new ticket system ni serabut sikit. Kata mudahnya, semua stesen dah integrate pakai kad sahaja. RM10/kad; waktu beli tu dalam kad auto ada RM10.
4. Berikut laluan KTM yang aku dah plug in dalam bentuk peta Plug in ni berdasarkan pengalaman aku tau; kalau korang pernah ada route lain yang boleh bawa basikal naik train boleh roger tepi.
Ride safe, have fun.
Bye!
Membaca ‘Imbas Kembali’ di Pasca Pandemik
Saya terima buku ini daripada tangan penulis sendiri. Sewaktu kami lepak di kedai mamak selepas menonton Deepset di The Bee, Publika. Tahun 2017 saya masih ingat. Ketika itu, manusia bebas bergerak ke mana sahaja yang mereka suka — dan manusia suka melancong (mengembara). Buku merah yang sinonim dengan warna dokumen rasmi rakyat Malaysia ini adalah buktinya. Buku keramat yang mencatat tentang pengembaraan dua orang kawan berbasikal merentas 3 buah negara!
Cah'ya Espresso di Kolam Matamu, Ro
Aku sedang duduk menikmati kopi panas di kedai kopi kegemaran kita. Mungkin sebenarnya kegemaran aku seorang. Kemudian engkau ikut terjebak atau cuma berpura-pura nak menangkan hati aku(?) Entahlah. Lalu aku keluarkan kertas resit dan pen daripada kocek seluar dan mulai menulis karangan ini; Cah'ya Espresso di Kolam Matamu, Ro.
Kau tahu, pada mulanya rencana aku ke sini adalah untuk kunjungi kedai peralatan seni yang aku temui di carian google tempoh hari; aku kehabisan benang mengait. Hampir sebulan kerja-kerja menjahitku tergendala. Tetapi hasilnya mengecewakan. Benang yang aku cari kehabisan stok dan layanan penjaga kedainya juga dingin. Semacam tak mahu melayan pertanyaanku. Lalu aku tinggalkan kedai ini dengan hati yang bungkam dan terus memesan kopi favorite all time, Americano.
Lihat seorang lelaki terus ditelan usia; tekun siapkan segala perkara. Anak-anak kini mengambil tugasnya. Lembut dia menepuk bahu anak sambil berkata; ini harta saya.
Ulangtahun ke 55 tahun kelahiran Babah, dicatat semula setiap 3/9
Saya teruskan lagi dokumentasi tentang sendiri. Hari ini saya sedikit lewat. Terus saya berfikir daripada kelam kabut kejar masa — ada bagusnya kalau bersenang-senang di pinggir bukit.
Disklaimer: pertama, kaki bukit ini telah lama dalam perhatian saya. Kerap juga saya bertanya kawan-kawan basikal kalau mereka mahu offroad di sini. Daripada tunggu-tunggu, tanya-tanya, pujuk-pujuk; itukan hal memenatkan. Lebih penat daripada memanjat Bukit Ramlee. Adapun begitu, saya tekankan menyendiri itu butuh disiplin masa (nampak poyokan?). Kalau dah tetapkan jam 6, keluar dari kawasan — sampai masa, keluar. Jangan bermain lagi. Kalau belum sampai tempat nak dituju sekalipun; sila keluar, jangan teruskan. Esok masih ada. Kerana apabila langit berdikit-dikit menjadi malap, perasan yang bukan-bukan akan datang hinggap. Waktu itu panik pun menyerang. Kata Farid, kalau panik dan mulai berhalusinasi — minum air. Tapi ini dah bab lain. Apapun be safe, jaga diri (talk to myself).
7:43 PM · Aug 21, 2020 (@oklahmai)
A Stroll Through North Selangor
Blue: Start/End point Yellow: Meals (Breakfast/Lunch/Dinner) Green: Refreshment/Washroom Red: Campsite
Date: 26/6/2020 - 30/6/2020
Country: Malaysia State: Selangor, Perak District: Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Tg. Malim
Total days: 5 Total days on bike: 4 Estimate kilometre: 273 km
Highest point: 379 m (Road B57 10km after GIBS)
Flat tires: 0
Orhan Pamuk dan Pengembala Unta di Gurun Australia
Daftar Kandungan
Orhan Pamuk dan keheningan musim salju
Pengembala unta di gurun Australia
Makan masa bertahun juga rupanya nak menghabiskan baca buku tentang seorang wartawan dan penyair sunyi di kota kecil di perbatasan Turki, Kars. Bahasanya puitis dan saya semacam orang angau tak lepas menggaris kata di setiap selakkan buku. Ka yang pada mulanya hilang magis menulis puisi ketika terbuang ke Frankfrut, Jerman kembali mengayam kata lewat musim salju apabila bertemu dengan Ipek, perempuan yang dicintainya. Tapi ini bukan novel cinta. Ini novel orang-orang tidak beres bergelut dalam peperangan, konflik besar antar-agama dan wabak sekularisme yang menular ke dada aparat penguasa. Membaca kesan pergelutan Ka di Kars ini mengingatkan saya tentang pertemuan dengan laki-laki pengembala unta lewat 60an sewaktu berbasikal di gurun Australia. Juga tentang lelaki bernama Endo yang menangis mengenang masa lalu.
Anggur bukan lagi untuk dihirup, rehat berubah menjadi pekerjaan.
21 April 2019, Penganggur Yang Sudah Penat Menganggur.
Foto-foto yang tak releven lagi untuk disiarkan buat tatapan ramai. Entah kenapa seiring waktu berjalan aku rasa semua hal yang aku fikirkan dah tak releven lagi.
Port Dickson, 2017
Amaran: Jauhi penulisan ini jika anda seorang miskin dan mudah murung
Ada banyak filem sci-fi barat seperti Interstellar(2014), Passengers(2016), Wall-E(2006) yang jalan ceritanya adalah misi mencari planet baru kerana bumi sudah tidak kompeten untuk dihuni lagi. Ada juga filem (aku lupa judulnya) yang berbondong-bondong orang kaya membeli tiket kapal angkasa ke Planet B, orang miskin gigit jari. Sebenarnya kita tidak perlu menunggu agensi buka kaunter pengungsian ke planet lain kemudian mengeluh apabila sudah berbaris lama tetapi tiket habis (macam beli tiket bola final match di Malaysia) untuk merasakan apa yang dizahirkan dalam filem tersebut benar-benar terjadi. Hal ini kerana kita sudah pun masuk ke dalam era 53% orang kaya dianggarkan akan hidup lebih lama sehingga mencapai umur 100 tahun. Era yang mana kita perlu membayar lebih untuk mendapatkan bekalan air yang dijamin atau mesin pengimbas udara untuk oksigen yang bersih. Well, to us orang miskin, We can’t denied this, we will be death very soon.
Beberapa gambar dari kamera peribadi saya mengenai New Delhi, India. Serabut di New Delhi adalah keseimbangan antara rahmat tuhan dan ruang ketenangan. Saya tidak minta banyak, saya cuma mengharap tenang datang. Saya pernah membaca buku Dunia Sophie waktu mula-mula belajar tentang falsafah di tahun 2014 (resit pembeliannya masih tersimpan rapi). Waktu itu Socrates berdiri memerhatikan sebuah gerai menjual pelbagai barangan sama lagak saya berdiri di hadapan kedai tergantung bermacam jenis tas dan kain sari. Beliau di Athens beribu tahun dahulu, saya di kota zombi di masa sekarang — melihat begitu banyak sekali barang yang tidak kami perlukan.
Mai New Dehli, Julai 2019
Tips Jaipur Untuk RadpackerTravel
Radpackertravel minta aku tulis tips untuk edisi Jaipur. Aku tulis kat sini je lah biar idea itu datang dengan mudah.
Selamat Ultah Pertama Trip Kayuh Basikal di South Island, New Zealand. (2/7/2018)