Apabila kita bicara tentang amal ibadah, maka bagi yang beriman sudah pasti tahu akan nikmat disebalik amalan tersebut.
Tetapi bagi mereka yang tidak beriman, mereka nampak ia satu amalan yang meletihkan dan membosankan.
Tetapi oleh kerana ia adalah tuntutan agama, maka mereka terpaksa melakukannya juga atas sebab mereka adalah muslim.
kita rasa malas untuk beribadah adalah kerana hati. Apabila hati tidak lagi rasa nikmatnya beribadah, maka ia boleh terjerumus ke arah rasa malas.
Dan bagaimana kita nak didik hati yang degil ini? Kekotoran degil pada pakaian boleh kita hapuskan dengan menggunakan sabun pencuci. Tetapi kedegilan hati?
Sudah pasti dengan cara mengingati mati. Tanyalah setiap orang apa yang paling dia takut. Sudah tentu mati. Kenapa? Kerana dia tahu bekalan pahala dia masih belum cukup.
Oleh demikian sebatlah hati kita ini dengan sentiasa mengingati mati. Beritahu hati “ Wahai hati, adakah Engkau masih ingin bermalas-malasan sedangkan umurku masih tidak panjang, dan aku boleh dijemput oleh Ilahi pada bila-bila masa? Adakah Engkau tidak mahu membantuku menggandakan bekalan pahala ku agar ia dapat melepaskan aku dari seksaaan api neraka?
Dan kita tahu hati kita ini sifatnya sangat keras. Maka sebatlah ia dengan sentiasa mengingati mati.
#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #vscodakwah #igerstarbiah #twt_insta #my_genggua #ikutcarakita #pahalaproject #muhasabah (at Putrajaya)