"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just don't give up."
- Teme Abdullah
seen from United States
seen from Australia

seen from United States
seen from China
seen from United Kingdom

seen from Morocco

seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from Russia
seen from China

seen from Hungary
seen from China
seen from United States
seen from United Kingdom
seen from United Kingdom
seen from United Kingdom
seen from United States

seen from United States

seen from United States
"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just don't give up."
- Teme Abdullah
Arkitek Jalanan
"Mad, pen mahal tak menjadikan lukisan itu mahal. But lukisan daripada seseorang yang mahal akan jadikan hasilnya mahal. Improve diri kau dulu, bukan peralatan kau." (m/s 118)
"Kalau aku nak ungkit dan bezakan diri aku dengan kau, aku boleh list down semua! Banyak perkara yang kau buat yang aku rasa aku tak ada kekuatan langsung nak tempuhi. Mana datang semua nikmat tu kalau bukan Allah yang bagi?! Pastu dengan ujian sekecik habuk ni kau nak rasa down?! Bapak sombong 'doh' kau" (m/s 258)
"Berkawanlah dengan aku kerana Allah. Sebab kita sama-sama nak masuk syurga. Kalau kau salah, aku tegur kau. Kalau satu hari nanti aku tersesat, kau jangan tinggalkan aku, kau kena bimbing aku balik.
Kalau kau hanya berkawan dengan aku kerana agama aku, kau akan tinggalkan aku bila hilangnya agama itu daripada aku. Kita bersahabatlah kerana Allah." (m/s 312)
Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan: Edisi Istimewa oleh Teme Abdullah
“Ia akan kekal dongeng... jika engkau tidak mula berjalan.”
Akibat gagal memenuhi syarat penaja, Teme menyangka dia tidak akan dapat mencapai impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, seterusnya menjadi arkitek.
Namun, dia tekad dan membuat keputusan berani mati untuk terbang ke United Kingdom. Hanya dengan menggunakan wang simpanan sendiri, dia sedar bahawa kehidupan di sana bakal menghimpit diri.
Mampukah dia?
Ikuti kembara suka duka dan jatuh bangun Teme dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu di bumi asing; daripada ikhtiar bekerja di restoran demi mencari wang tambahan, berpuasa setiap hari dengan hanya berlaukkan telur, menjual lukisan di jalanan, sehingga akhirnya berjaya menamatkan pengajian bersama sahabat baiknya, Ahmad.
🎓 🎓 🎓
Selepas 10 tahun diterbitkan, buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan masih terus mendapat tempat dalam hati para pembaca pada hari ini. Dengan lebih 180 ribu naskhah telah terjual, memoir fiksyen inspirasi kisah benar karya Teme Abdullah yang mencatatkan pengalaman beliau mengharungi cabaran untuk menampung diri sebagai pelajar di Kota London masih menyentuh hati dan terus menjadi inspirasi pelajar serta masyarakat umum.
Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan: Edisi Istimewa ini diterbitkan bagi meraikan sedekad pertama perjalanan karya Teme Abdullah, agar mesej daripada kisah ini terus hidup dan boleh dimanfaatkan oleh pembacanya.
Ciri khas edisi istimewa ini:-
📚Gabungan 2 buku Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan dalam satu kompilasi.
📚Gambar-gambar eksklusif hari-hari Teme di Kota London - ada yang belum pernah dikongsikan di mana-mana!
📚Nota khas daripada Teme Abdullah selepas 10 tahun buku ini ditulis.
📚Kemaskini teks dan reka letak pengalaman bacaan yang lancar.
-------
Harga: RM48
Pembelian hanya melalui online:-
Website: https://www.imanshoppe.com/products/pelukis-jalanan-amp-arkitek-jalanan-edisi-istimewa?_pos=1&_sid=f84864312&_ss=r&ref=umtusgqn
Guna kupon dengan kod AINKONGSI untuk dapat diskaun 5%
Shopee: https://s.shopee.com.my/6Ak78MEsAH
Signature Jalanan
Ben sudah serik dibanding-bandingkan dengan orang lain sejak kecil. Walhal keupayaan manusia itu berbeza-beza. Itulah juga sebab dia kurang gemar mengulang kaji sebilik dengan rakan-rakan yang lain. Dia sudah serik dihakimi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat faham akan dirinya. Namun itulah hakikat dunia. Ada perkara yang diwujudkan bukan bertujuan untuk difahami. Tetapi untuk diterima dengan hati yang terbuka. (m/s 178)
“Hmmm.... Aku let loose. Aku start fahamkan balik apa makna islam. Secara ringkas, islam ni sejahtera. Tenteram. Aman. Selamat.
Jadi, instead of mencari kesalahan dalam semua benda, aku start cari islam dalam semua benda. Maksudnya, aku cari kesejahteraan” (m/s 272)
“One day Ben, kau boleh cakap, 'I wasn't appreciated in school. But that doesn't stop me from keep doing my best.' Haaa... begitulah,” kata Oki yang cuba memulihkan kesugulan sahabatnya. (m/s 302)
Meet Teme Abdullah, the author of Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan and Empayar. He wishes to stay anonymous and everyone respected his decision. So, whoever didn't get to see him yesterday, here you go: Teme Abdullah in flesh.