Прости

seen from Israel
seen from Indonesia

seen from Malaysia

seen from T1

seen from Indonesia
seen from Malaysia
seen from Italy
seen from China

seen from United States
seen from Hong Kong SAR China
seen from China

seen from Malaysia
seen from Israel
seen from China
seen from United States

seen from Italy

seen from Malaysia
seen from United States
seen from China
seen from United States
Прости
Pemanah Reza Langsung Sabet 3 Medali
Pemanah Reza Langsung Sabet 3 Medali
KABAR gembira datang dari arena panahan yang dilangsungkan di RTH Maron Genteng kemarin. Pemanah andalan Kota Gandrung, Fahreza Adam Lazuardy, berhasil menyabet tiga medali sekaligus. Yakni emas, perak, dan perunggu. Keberhasilan Fahreza diraih dari nomor 50 meter compound putra sesi pertama, mengungguli Garinca Didi dari Nganjuk yang memperoleh medali perak.
Namun, posisi Fahreza…
View On WordPress
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/04/02/tuah-tidak-menyebelahi-kami-v-shem/
Tuah tidak menyebelahi kami – V Shem
KUALA LUMPUR, 2 April:
Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mengecewakan peminat sukan badminton negara apabila tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2015 di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Beregu negara itu tunduk kepada pasangan China, Chai Biao/Hong Wei 18-21, 21-15 dan 14-21 dalam saingan selama sejam.
“Sebenarnya permainan kami bukan begitu teruk kerana gagal mengawal perlawanan. Keserasian lebih baik berbanding semasa Terbuka Sweden bulan lepas,” kata Wee Kiong pada sidang media selepas perlawanan itu.
Dalam pada itu, pasangannya, V Shem berkata tuah tidak menyebelahi mereka untuk mengibar Jalur Gemilang ke pusingan kedua esok.
“Pada set ketiga itu, beregu China mengubah strategi dengan melancarkan rentak pantas sehingga kami gagal mengejar pungutan mata,” katanya.
Pasangan beregu wabita negara Amelia Alicia Ancelly (kanan) dan Fie Cho Soong ketika beraksi menentang pasangan beregu wanita Netherland Samantha Barning dan Iris Tabeling pada pusingan pertama. Malaysia menang dengan keputusan 21-13 21-17.
Sementara itu, jurulatih negara Phang Cheh Chang berkata pasangan itu patut lebih yakin dengan strategi yang dirancang untuk memenangi set ketiga perlawanan itu.
Berbeza pula di kem wanita, di mana dua daripada tiga beregu negara melepasi pusingan pertama.
Vivian Hoo/Woon Khe Wei menewaskan Puttita Supajirakul/Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 17-21, 21-17 dan 21-16 manakala pasangan Amelia Aliacia Anscelly/Soong Fie Cho menewaskan pasangan Belanda, Samantha Barning/Iris Tabeling 21-13 dan 31-17.
Pasangan Amelia/Fie Cho akan bertemu Isabel Herttrich/Gerbirgit Michels dari Jerman manakala Vivian/Woon berdepan dengan beregu Indonesia, Anggia Shitta Awanda/Mahadewi Istirani Ni Ketut.
Satu lagi beregu wanita negara, Lee Yee Meng/Lim Yin Lee tewas kepada pasangan dari Indonesia Pia Zebadiah Bernadeth/Inarizki Amelia Pradipta 21-8 dan 24-22.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/02/05/hoon-thien-dan-lim-khim-wah-tinggalkan-bam/
Hoon Thien How dan Lim Khim Wah tinggalkan BAM
KUALA LUMPUR, 5 Februari:
Dua pemain beregu lelaki negara Hoon Thien How dan Lim Khim Wah membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pengurus Besar BAM, Kenny Goh mengesahkan kenyataan itu dan berkata kedua-dua pemain berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan mereka semalam.
“Kedua-dua pemain dalam surat mereka memaklumkan yang mereka merasakan sudah tidak boleh pergi jauh bersama skuad kebangsaan. Mereka memerlukan rehat bagi memikirkan mengenai masa depan mereka selepas ini,” kata Goh.
Selepas Thien How dan Khim Wah meninggalkan BAM, skuad kebangsaan hanya memiliki satu gandingan tetap iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.
Sebelum ini Thien How bergandingan bersama Tan Boon Heong manakala Khim Wah berpasangan dengan Ow Yao Han.
Difahamkan,Thien How dan Khim Wah tidak akan dikenakan sebarang tindakan daripada BAM memandangkan kedua-dua pemain itu sudah banyak menyumbang untuk negara.
Sementara itu, Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan menghubungi kedua-dua pemain untuk mengetahui sebab sebenar tindakan mereka.
“Saya terperanjat dan sedih perkara sebegini berlaku. Ini satu berita yang mengejutkan.
Berhubung isu pemain-pemain yang meninggalkan BAM, kita tidak boleh menyalahkan mereka daripada membuat keputusan jika mereka merasakan keputusan itu baik untuk mereka,” katanya.
Thien How pernah bergelar juara remaja dunia pada 2004 bergandingan bersama Boon Heong manakala Khim Wah merangkul kejuaraan Siri Super Premier pertama bersama V Shem dengan menjuarai Terbuka Malaysia 2014.
Sebelum ini, empat pemain iaitu Ng Hui Ern (beregu wanita), Ng Hui Lin (beregu wanita), Ong Jian Guo (beregu campuran) dan Yang Li Lian (perseorangan wanita) turut membuat keputusan meninggalkan badan induk sukan badminton itu.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/01/26/amelia-soong-muncul-juara-gp-emas-terbuka-india/
Amelia-Soong muncul juara GP emas terbuka India
KUALA LUMPUR, 26 Januari:
Beregu wanita negara Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho membuktikan kehebatan apabila muncul juara pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka India di Lucknow, India.
Pada aksi final acara beregu wanita di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Amelia-Soong yang diletakkan selaku pilihan keempat, melakar kejutan menerusi kemenangan 22-20, 21-15 ke atas rakan senegara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei yang juga pilihan utama kejohanan.
Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$9,480 (RM34,133) manakala Vivian dan Woon meraih US$4,560 (RM16,418) sebagai naib juara, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Untuk rekod, pasangan Amelia dan Soong terkandas di pusingan kedua kejohanan yang sama tahun lepas, selepas kalah 19-21, 21-15 dan 19-21 kepada beregu India, Jwala Gutta dan Ashwini Ponnappa.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menghantar wakil dalam empat acara lain iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki dan campuran, namun pemain negara gagal meneruskan kemaraan selepas kalah kepada lawan masing-masing.