Detik itu...
Setelah apa yang berlaku, akhirnya aku kembali kepada-Nya..Mungkin peristiwa itu banyak mengajarku tentang kehidupan..akhirnya aku kembali kepada-Nya..kerana ALLAH SWT adalah tempat yang terbaik untuk aku mengadu dan memohon keampuanan atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan.
Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku memohon keampunan kepada mu.Aku juga bersyukur kerana peristiwa itu banyak mengajarku tentang kehidupan di bumi persinggahan ini,erti kawan yang sebenar, sebagai manusia apa yang boleh dilakukan dengan apa yang tidak boleh dilakukan,
Sejujurnya, aku memang kecewa dan menganggap diriku bodoh kerana percayakan kepada “someone” yang selama ini banyak membantuku dan menyayangiku macam adik sendiri. Tapi tak sangka dia boleh begitu kepadaku.Aku berjanji tidak akan buka aibnya kerana aku masih anggap dia adalah kawan sahaja.Aku hanya mampu berdoa untuk kebahagianmu dan familymu dari jauh jer.Walaupun semua orang sudah tahu peristiwa itu, aku akan tetap kuat dan sabar. Sebab mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku..Tiada orang bersalah dalam hal nie..InI adalah salah kita semua..Ya ALLAH Ya Tuhanku,kuatkanlah aku untuk menghadapi ujian ini.Aaminn..
Aku juga bersyukur dengan orang sekeliling tu yang betul-betul faham masalahku.Yang selama ini aku takutkan, sudah pun berlaku..Nak ke x aku memang kena terima dengan semua ini.Mungkin ini ujian dari ALLAH SWT kepada hambaMu.
Aku pun sudah puas menangis dan murung kerana peristiwa itu.Tiada guna aku ingatkan peristiwa itu lagi. Lagipun sudah hampir 4 bulan ia terjadi..aku perlu move on dengan lebih baik.. apa yang orang nak kata, katalah..memang ia membuatkan diri ku sakit bila mendengarnya,tapi aku tahu aku kuat sebab Allah SWT ada bersamaku.
Terima kasih Ya Allah bagi ujian ini kepada Ku.Engkau bagikan ujian ini kepada ku kerana Engkau tahu aku mampu menghadapinya.
Already learn my lesson..
Aku memohon agar aku lebih istiqamah dalam mendekatkan diri kepadaMu.
Aaminn











