bunuh diri vs cinta.
Puan A : doktor, macamana dengan anak saya?
aku : anak puan dah saya kasi rawatan dan analgestik. sekarang dia masih rehat. dalam sejam lagi dia sedar, saya akan monitor balik keadaan dia. puan bawa bertenang. Insyallah, anak puan tak ada apa-apa. cuma dia masih lemah sebab pil tidur yang dia telan dah bertindak balas dengan imun badan. nasib baik puan cepat-cepar bawa dia ke hospital. kalau tidak, saya pun tak berani nak kata. oh ya, boleh saya tahu. kenapa dia telan pil tidur dengan jumlah yang berlebihan?
puan A : lega sikit hati saya dengar doktor cakap macam tu. erm, sebenarnya anak saya baru putus tunang dua hari lepas. dia kurung diri dalam bilik. langsung tak keluar, saya panggil pun tak diendahkan. tengahati tadi, hati saya rasa tak sedap. terus suruh suami dan anak lelaki saya tendang pintu bilik dari luar. tengok-tengok dia dah terkulai kat tandas dengan botol pil tidur dan pilnya berselerak. masa tu kami panik dan tanpa banyak fikir, kami terus bawa dia ke hospital.
aku : Masyallah. saya tak tahu nak cakap apa. sebab putus cinta rupanya, sanggup nak bunuh diri. puan dan keluarga banyakkan berdoa agar anak puan stabil dan pulih sepenuhnya. dalam keadaan tertekan sebegini, sokongan padu dari puan dan keluarga paling dia perlukan. saya minta diri dulu, ada beberapa pesakit yang perlu saya pantau. Assalamualaikum.
puan A : terima kasih doktor. Waalaikummusalam.
- dialog diatas adalah ringkasan perbualan aku dengan ibu seorang pesakit perempuan selepas selesai jalankan beberapa pemeriksaan dan rawatan petang semalam, 10/10/2023. anak perempuannya dikejarkan ke jabatan kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri lebih kurang jam 2.15 petang. kebetulan aku antara doktor yang bertugas di ED.
perkara biasa bila kau kecewa, kau mula menyalahkan cinta. padahal kau yang bodoh, menjadi hamba pada cinta. tapi bila kau mula rasa bahagia, pada kau kuasa cinta itu maha hebat. lebih hebat dari kuasa Tuhan. sehingga bila kau hilang cinta, kau tegar putuskan nikmat nyawa semata kecewa.
nota qubul : cuba kita buat ini sama-sama. cuba pejam mata rapat-rapat. lalu tarik nafas dalam-dalam. kau sedar? apa yang disedut masuk ke dalam rongga hidung dan dada sekarang ini juga adalah cebisan cinta. cinta Tuhan pada manusia. cinta DIA pada kita. jadi, cinta yang mana paling agung?











