seen from Norway
seen from South Korea
seen from China
seen from United States
seen from Moldova
seen from Belgium

seen from Moldova
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from France
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from Russia
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
bukan malaikat, mahupun syaitan!.
aku bukanlah seperti Mikail yang tidak pernah mengukir senyuman sejak neraka itu dicipta Sang Penguasa langit dan bumi.
aku cuma manusia ciptaan Sang Penguasa yang bijak bistari. manusia yang diletakkan pada darjat lebih tinggi dari Mikail.
darjat yang membuatkan aku kadangkala sombong, melebihi kesombongan Azazil.
maka, kerna itu lah.
aku bukan malaikat yang patuh seratus peratus pada Tuhan.aku juga bukan syaitan yang berani mencabar Tuhan.
aku punya dosa, punya pahala. tapi aku mahu berakhir di dalam syurga. tanpa singgah di neraka. itu manusia bukan?.
nota kaki : berteleku di sejadah seorang diri usai sujud maghrib. ya, sungguh kerdil aku ini antara sekalian manusia.
silam.
malam semakin merangkak pergi. dan di sini aku cuma berbicara sendiri. walau ada mata yang memerhati aku dari jauh, walau ada balas bicara pada ruang yang sayu, aku tetap berbicara sendiri.
di sini ruang penyeksaan jiwa. ruang aku memutarkan masa menuju masa silam.
mengutip segala serpihan kaca yang bertaburan. melukakan diri dengan rasa penyesalan.
walau dimula dengan keindahan, tetap akan berakhir dengan kecacatan.
silam aku suatu yang menyakitkan. akan terus aku kembali, sampai ingatan aku mati.
nota qubul : tatkala kelam malam menghantar bulan pulang, aku masih terkebil-kebil mengulit bersama momen-momen silam yang sudah dikambus kenangan. dan terpaling duka yang beri kesan, pada pundak hati ini. argh, sakit.
selamat nikah!
1 muharam. tarikh baru di permulaan kalendar hijrah.
seorang lagi teman doktor seru jodohnya hari ini. mereka. sudah masuk ruang baru. ruang bahagia, harapnya. ruang yang menjadi impian setiap insan, pastinya. aku gembira untuk mereka, semua.
nikah, satu ikatan yang indah. jika dulunya ada sentuhan dosa, kini ia sudah putar 180 darjah. boleh aku katakan sebagai sentuhan pahala?. aku tidak tahu membahasakannya. yang pastinya, nikmat cinta selepas nikah itu lebih nikmat dan bererti. dan, nikah itu pun ibadat. tapi, aku sedar sesuatu. di kala mereka semua kecap bahagia, aku semakin bersendiri. aku menjadi sunyi. semua kecap bahagia, aku semakin bersendiri. ruang masa yang ada untuk aku dari mereka sebelum ini, rasanya sudah tidak ada. itu sebuah lumrah. harap, ini cuma sementara bukan selama-lamanya. satu masa nanti, aku mahu bernikah. seperti mereka. seperti kalian semua. aku bukan lah seorang malaikat sehingga menolak alam rumah tangga.
aku tertarik mendengar khutbah jurunikah di dalam majlis siang tadi. salah satu petikan ayat khutbah tersebut,
" sekali kamu melafaz cerai, Arasy tuhan akan bergegar..".
sejak dari manusia turun ke bumi, hingga hari ini. tidak akan terkira berapa kali Arasy itu bergegar. jika Arasy itu seperti rumah manusia, sudah lama ia roboh.
pada teman doktorku, Dr Hanif dan pasangan. untuk kalian, untuk semua. semoga bahagia sentiasa. bahagia sampai syurga.
nota qubul : antara soalan yang terpaling aku akan elak bila menghadiri majlis sebegini ialah berkaitan tentang bila giliran aku untuk mendirikan masjid. sebabnya mudah. kerna aku masih tak punya satu jawapan yang sahih dan kompleks.
atas arahan Tuhan.
dia tertunduk ke bumi dengan tapak kakinya yang berdarah, selepas melalui satu jalan yang dipenuhi nista dunia setajam serpihan kaca. cuba mendongak beberapa kali, tidak tertahan olehnya silau cahaya yang menerangi alam semesta. cahaya yang muncul dari puluhan, ribuan malah tidak mustahil jua jutaan malaikat-malaikat Tuhan. firasatnya, dia disambut gembira oleh mereka. sedangkan dia tidak mengetahui bahawa puluhan, ribuan malah tidak mustahil jua jutaan anak panah dari neraka sedang dihalakan ke tubuhnya oleh malaikat-malaikat itu. atas arahan Tuhan, dia bakal mati sebelum sempat melihat surga.
dia masih tertunduk ke bumi, dengan senyuman. tanpa meminta belas simpati.
ultah kedua november.
selamat datang sekali lagi wahai november. kau sudah di tahun dua mengiringi perjalanan aku dan teman-teman doktor muda yang lain memikul amanah serta tanggungjawab berkhidmat untuk manusia yang memerlukan. yang utama, melaksanakan mandat dari Tuhan. moga Tuhan akan terus menghujankan kesuksesan buat aku dan mereka.
selamat pulang penghujung oktober!.
selamat ultah kedua awal november!.
nota qubul : november kedua bergelar seorang pegawai perubatan. masih jauh dan terlalu banyak untuk yang perlu dihadap. moga barakah Tuhan terus mengiringi. amin.
refleksi pagi.
akan ada satu ketika, bila kau menatap refleksi dirimu sendiri di cermin kaca. hatimu penuh dengan rasa amarah, kecewa dan ingin pupus dari dunia. barangkali, pada saat itu, apa yang kau lihat di cermin kaca itu adalah seorang manusia yang berkepala keldai.
dunia yang aku diami kini amat menyesakkan perasaan. dienuhi dengan manusia-manusia yang bukan manusia. mungkin, aku patut beralih ke dunia lain.
nota qubul : antara rutin yang sebati tiap kali untuk kemas diri, adalah melihat cermin. terkadang sampai separuh jam, menilik rupa yang sememangnya tidak berapa indah, tapi cukuplah tiada cacat cela. hari ini kembali bertugas demi amanah dan tanggungjawab yang dimandat Tuhan setelah dua hari bercuti. badan pun sudah sedikit segar, walaupun hidung dan mata masih berair. malas nak manjakan sangat, pesakit-pesakit di hospital lagi memerlukan khidmat aku. itu saja cara untuk aku menambah pahala seimbangkan dosa. moga semua berjalan lancar, dan Tuhan sentiasa berkati langkah yang kekadang sedikit goyang. selamat siang matahari, bumi dan seisinya.
perempuan itu,
hatinya mudah berbunga.
perempuan itu,
nota qubul : dan aku, antara salah seorang lelaki. yang hatinya pernah berbunga kerna perempuan. yang hatinya pernah terluka kerna perempuan. adil bukan?.