Aku memasang niat..
Jika kemampuan mencukupi, aku ingin membina sebuah pondok mengaji untuk mengajar anak-anak kecil berusia dari 3 tahun ke 12 tahun. Hanya batas 12 tahun. Kerana sudah meningkat dewasa, mereka mungkin lebih memerlukan perhatian orangtuanya. Dan juga bagi aku, didikan dari orangtua lebih bermakna didalam menjalani kehidupan seharian. Aku hanya menumpang kasih. Akan aku nama pondok ku sebagai SRI JERKIAH. Nama pondok ini sempena nama dua wanita kuat yang menemaniku sehingga habis usiaku, walau hanya ditemani kenangan silam.
Kemudian, aku ingin membina sebuah masjid yang mampu menampung secukupnya manusia yang ikhlas dan lurus hatinya untuk beribadah. Dihalaman belakang masjid itu, aku dirikan sebuah rumah untuk dijadikan tempat majlis perkahwinan. Harga sewa rumah itu, aku sekadar mengambil uang yang secukupnya untuk dibahagi 2. Bahagian pertama disedekahkan kepada yang memerlukan. Bahagian kedua, adalah untuk membaikpulih masjid yang ada. Masjid itu ku namakan MASJID AL- nama dibelakangnya sempena nama papaku yang disayang.
Dan yang terakhir, aku mahu membeli tanah seluas ratusan ekar, untuk ku jadikan tanah perkuburan islam yang cantik dan tersusun rapi. Namun ini, ada bayarannya. Dan seperti biasa. Bayaran ini ku bahagikan kepada 3. Bahagian pertama, aku sedekahkan dalam bentuk tajaan haji kepada saudara yang tiada kemampuan. Bahagian ke 2, upah pekerja yang membersih dan menjaga tanah tersebut. Bahagian ke 3, disimpan untuk membaikpulih tanah dan makam masing-masing. Tanah perkuburan islam itu aku namakan sebagai TANAH PERMAKAMAN ISLAM : HA~~~. Kelak aku pasti khabarkan disini jika semuanya dipermudahkan.
Tentu saja ada yang merasa binggung, dimana bahagianku? Bahagianku ada diakhirat kelak. InshaaAllah..
















