Kebimbangan (Anxiety) dan Serangan Panik (Panic Attack)
Secebis perkongsian oleh Jefferson Fisher, seorang peguam dan pempengaruh di Instagram, mengenai kebimbangan atau anxiety dan serangan panik atau panic attack.
"Berikut adalah tiga perkara yang seharusnya telah lama saya ketahui tentang anxiety.
Pertama, serangan panik itu real. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Saya mengalami serangan panik buat pertama kali beberapa bulan lalu pada usia 34 tahun. Saya sangka saya dah nak mati. Badan saya menggeletar dengan dahsyat. Saya bergegas ke Unit Kecemasan, saya begitu yakin yang saya akan meninggal, kerana tak terlintas langsung di fikiran saya sedang mengalami anxiety. Menurut saya, anxiety hanya terjadi pada mereka yang kehidupannya kacau-bilau — satu pemikiran yang naif dan jahil, kerana kadang-kadang walau kita berusaha untuk meyakinkan minda, badan kita tetap tahu bila ada yang tak kena.
Kedua, racing thoughts (fikiran yang berlumba) juga real. Selepas serangan panik yang pertama, saya mengalami satu lagi serangan selama 45 minit dalam tempoh lapan hari berikutnya. Fikiran saya bercelaru, macam-macam hal yang bukan-bukan muncul di kepala yang membuat saya terus-terusan mempersoal kewarasan saya. Ia sangat real!
Ketiga, sekarang saya menjaga diri dengan menghadiri terapi seminggu sekali. Saya menggunakan aplikasi seperti Headspace dan Whoop untuk membantu saya mengatur pernafasan. Saya juga sangat bergantung pada keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan saya dan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, jangan terlalu yakin yang kita tidak akan pernah mengalami anxiety. Bantulah diri kita sendiri dengan menjaga diri sebaik mungkin."