28 Mei 2017, 11:00PM. . Memanfaatkan Waktu Sebelum ramadhan datang kita pasti sering memikirkan apa saja kebaikan yang harus kita lakukan. Baca Quran, sedekah, istighfar, menjaga lisan dan fikiran, dan lainnya. . Lalu, kita merasa bahawa untuk melakukan semua itu kita tak punya banyak waktu, kerana sebahagian waktu kita digunakan untuk hal lain. . Mungkin tanpa kita sedari, kita lupa bahawa Ramadhan telah datang, kita lupa bahawa Ramadhan bukan sekadar sahur, berbuka puasa, dan solat terawih. Kita lupa makna sesungguhnya dari bulan suci Ramadhan, ialah memanfaatkan waktu kita untuk meminta ampun padaNya. . Seperti sebuah hadis, “manfaatkan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, dan waktu hidupmu sebelum datang matimu.” . Jangan sampai kita menjadi manusia yang paling rugi di bulan yang penuh barokah ini. Rugi, kerana Allah tidak mengampuni kita. . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #my_genggua #ikutcarakita #ramadhankareem #ramadhan #ramadhanmubarak #marhabanyaramadhan #kallafah #abbasyislamicdesign #igersmalaysia #igmalaysia #ig_my #thedaiegraphy #kebaikan #sebarkankebaikan #peringatan #peringatanbersama (at Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.)