Komik sambil-sambil. Apabila kita hilang sesuatu yang pernah kita miliki. #paradecomix #danialHaikal #intuos #manga #drawing #tablet #clipstudio #clipstudiopaint #digitalart #comic #komik #sentapp #project #love
seen from China
seen from China
seen from United Kingdom
seen from Saudi Arabia
seen from China
seen from Canada
seen from Australia

seen from United Kingdom
seen from United States
seen from Canada
seen from China
seen from Türkiye
seen from Japan
seen from South Korea
seen from Türkiye
seen from South Korea

seen from United Kingdom
seen from United States
seen from Australia
seen from Russia
Komik sambil-sambil. Apabila kita hilang sesuatu yang pernah kita miliki. #paradecomix #danialHaikal #intuos #manga #drawing #tablet #clipstudio #clipstudiopaint #digitalart #comic #komik #sentapp #project #love
#Day26 AKTIVITI DI MALAM RAYA Last day puasa, kena kerja. Lepas balik kerja, baru boleh balik rumah Mak. Melangkah dengan tabah dari bus stop... #InkRamadan #ComicoreClub #Trilog #ramadan2016 #drawing #cute #digitalart #tone #paradecomix #paradeclorox #paradedood #hariraya #balikkampung #tabah #sentapp
Bukan nak kata apalah kan.. Akak kadang-kadang pun tak ter-catch-up dengan anak-anak muda sekarang. Pendedahan diorang kepada media sosial dan internet ni menjadikan diorang menjadi mudah untuk mendapatkan informasi. Berbeda dengan Akak masa zaman hingusan sroot-sroot dahulu, umur seawal mengenal dunia masih comot-comot, sibuk mengusai sana sini dan takde masa nak fikir hal duniawi yang fana ini. Masa muda ni Akak harap anak-anak sila nikmatinya sebaik mungkin. Ibu bapa dan penjaga juga haruslah memainkan peranan. Eh, macam ayat surat memohon kebenaran untuk melawat zoo negara masa sekolah bunyinya. Kita pantaulah sikit mereka kan. Kalau menonton Upin Ipin tu, ce tanya apa yang dia dapat dari kartun tu. Kalau tak pun, cerita kat depa apa pengajarannya. Barulah ada input dan bukan hiburan semata-mata. Kanzz. "Kepimpinan" #AbangAyang #paradedood #paradecomix #intuos #manga #drawing #tablet #clipstudio #clipstudiopaint #digitalart #usik #comel #mereput #parody #wife #husband #viral #sentapp #kepimpinan #upinipin #upindanipin #muda #tua #upin #ipin #budak #kartun
Akak kadang-kadang rimas jugak sewaktu window shopping, singgah kat satu kedai ni, promoter dia tu asal kita melangkah masuk je, dia akan sambut dan membuntuti kita kemana saja ceruk wilayah kedai yang kita pergi. Muka dia semanis gegula kapas, tapi hati Akak la yang agak sepahit buah kerdas sebab rasa diri seperti tahanan lari dari penjara Kajang. Satu kedai tu pulak, haram tak dilayan dek promoternya. Berdiri je depan kaunter dari kita masuk sampai la keluar. Dia buat kita seperti debunga Dandelion yang terbang ditiup angin. Tahulah kita ni dress up ala gelandangan je, tapi terbantut rasa nak beli sebab tak dilayan. Itulah dia. Cubalah husnuzon sikit. Promoter tu dok buat kerja dia. Dia ikut ala butler melayan kita kehulur hilir seperti Mr Sheffield kita tak selesa. Bila dia tak layan, kita pulak rasa diabaikan ibarat melukut di tepi gantang. Dilema betul. "Shopping" #AbangAyang #paradedood #paradecomix #intuos #manga #drawing #tablet #clipstudio #clipstudiopaint #digitalart #usik #comel #mereput #parody #wife #husband #viral #sentapp #shopping #promoter #kedai #funny #dilemma #wanita
It's a wrap. This is definitely, an extrovert kinda event. Blending in, you have tried. #meme #dontgiveadamn #sbb2016 #mdecsbb2016 #sedeh #rafzantomomi #sentapp
Masa pergi rumak Kak Long hari tu, datang anak buah Akak cerita dia menang tempat ketiga merentas desa. Tapi dia berasa sedikit terkilan sebab habuan kemenangannya itu tidak setimpal penat lelahnya bertungkus lumus meredah onak duri untuk merentas desa tu. Akak hanya mampu suruh dia bertabah sajalah walaupun Akak tengok dummy cheque yang dia dapat lagi mahal kosnya. Akak pun berceritalah tentang keikhlasan, kejujuran dan kesungguhan. Supaya dah besar panjang nanti, dia ingat semua tu. Memang la budak-budak tak digalakkan pegang duit banyak-banyak, tapi macam kita lah kan. Even cabutan bertuah kat kenduri kawen tu, dapat bekas makanan Apple Lady pun dah seronok. Bekas-bekas pun Apple Lady tau. Kot pun acara budak-budak, takkanlah tak boleh nak beri lebih supaya semangat sikit diorang nak usaha lebih lagi lepas ni. Akak tak boleh bayang la kan.. masa diorang meeting, semua dok pakat setuju bagi jumlah tu sebagai hadiah. Hmm.. "Habuan" #AbangAyang #paradedood #paradecomix #intuos #manga #drawing #tablet #clipstudio #clipstudiopaint #digitalart #usik #comel #mereput #parody #wife #husband #viral #sentapp #habuan #hadiah #merentasdesa
Akak memang kaki drama. Yelah, tu saja hiburan dia sejak bergelar suri sumah ni. Tapi semalam ada orang shooting drama depan rumah Akak. Agak tegang babak yang dilakonkan itu. Yang Akak tak berkenan, selain tindakan kurang waras pelakon lelaki itu, dialog yang disampaikan pelakon perempuan agak mengejutkan Akak. Jadi, Akak pun pergi jumpa pengarah dan ceritakan kerisauannya. Kata Akak; "Gunakanlah bahasa yang baik, walaupun ketika nak marah ke hape. Bawalah bersabar. Benda boleh bincang sebab kita ni manusia. Buat tindakan ntah hape-hape, marah pulak.. Keluar bahasa ntah hape-hape.. Jagalah peribadi kita kan." Pengarah tu tunduk malu. Akak pun cakap juga, drama petang-petang tu dah macam drama ulang-ulang. Cerita sama, tajuk dengan pelakon je lain. Begitulah. "Tunggu sekejap" #AbangAyang #paradedood #paradecomix #intuos #manga #drawing #tablet #clipstudio #clipstudiopaint #digitalart #usik #comel #mereput #parody #wife #husband #panjat #shooting #drama #bahasa #viral #sentapp
Akak memang senang bersikap empati bila melihat mereka yang dalam keadaan memerlukan. Kadang-kadang sampai menitis air mata bila menonton video orang susah yang berebut-rebut untuk dapatkan bekalan makanan dan bantuan. Mana yang termampu, Akak akan bantu walaupun sekecil-kecil bantuan. Tapi Akak tak pernah terduga, orang yang berkemampuan pun boleh bertindak berebut dan bergasak. Bukan untuk dapatkan bantuan, tapi untuk dapatkan 'kemewahan'. Itulah kan.. kita manusia ni ada perlbagai jenis keperluan dan kehendak. Pandai-pandailah fikir mana satu yang penting dan nak didahulukan. Dah besar panjang pun semua. "Gasak" #AbangAyang #paradedood #paradecomix #intuos #manga #drawing #tablet #clipstudio #clipstudiopaint #digitalart #usik #comel #mereput #parody #wife #husband #gelandangan #tudung #zombie #amal #gasak #sentapp