Dia berlari… daripada siapa?
Tiada siapa mengetahui, termasuklah dia.
Dia sangka dia sedang berbahagia,
tapi dia terasa “Mengapa hati ku terasa merana?”
Dia mencuba,
Mengubati kekosongan dalam jiwa,
dengan dunia…
walaupun hati dia sudah yakin,
ubat sebenar daripada penyakit ini.
Dia tahu solusi kepada masalah ini,
Dia tahu penyebab kepada penyakit ini.
Tetapi…
Dia masih membiar,
Dirinya tenggelam dalam kegelapan,
Dia meraba,
Dia menangis,
Pedih teramat,
Tetapi di luar nya dia tertawa,
Menipu diri sendiri,
Bahawa dia sedang berbahagia,
Dia dapat apa yg dia ingini,
walhal di dalam nya tgh menjerit.
Kerana dia telah kehilangan,
Sesuatu yg lebih penting dari apa yg nafsu dia inginkan itu.
Sehingga…
Suatu hari, otaknya sudah serabut,
Sekian hari dia mengelak daripada mengambil medikasi rohani,
Tetiba dia terasa untuk membeleknya pada hari ini,
Dia mengambil, lalu membuka,
Muka surat di mana dia kali terakhir membacanya,
Mata nya ligat membaca,
Walaupun tidak terasa kena pada hatinya.
Dia bersabar dan meneruskan,
Kerana hatinya sudah sgt mengenali,
bahawa inilah ubatnya.
Lalu dia tiba pada muka,
yang berkata,
“Dan bersegeralah kamu
mencari ampunan dari Tuhanmu
danmendapatkan syurga yang luasnya
seluas langit dan bumi
yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”
“(Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.
Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,”
“dan juga orang-orang apabila mengerjakan perbuatan keji
atau menzalimi diri sendiri,
(segera) mengingat Allah,
lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,
dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.”
“Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka
dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya.
Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.”
Hatinya terasa suam,
terasa seolah-olah Allah sedang berkata-kata kepadanya.
Hatinya sudah mula merasa sebak.
Dia teruskan lagi bacaannya.
“Dan janganlah kamu merasa lemah,
dan jangan (pula) bersedih hati,
sebab kamu paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang bertakwa.”
Pada saat itu,
air matanya mula mengalir,
air mata yang sudah lama di tahan.
Dia sangka bahawa dirinya sudah hilang,
tidak lagi diingini.
Tetapi rupa-rupanya,
Tuhan masih mencarinya.
Masih ingin dia berada pada jalan yang mulia.
Dia sentiasa berasa lemah,
tetapi Tuhan memujuk bahawa dia adalah yang sebaliknya.
Tuhan tidak memilihmu dengan sebab yang sia-sia.
Tuhan tahu yang kamu sedang mengharungi jalan yang sukar,
dan sebab itulah Dia inginkan,
supaya kita sentiasa mendengar kata-kataNya,
pada Al-Quran,
Supaya hati kita terasa tenang,
dan mengetahui,
bahawa,
Allah itu sentiasa bersama