Step 1 terlepas gmbr.... ni step 2.... buat 4 warna berasingan.... #aiskrimpaddlepop #buatansendiri.... (at Jerteh)
Fai_Ryy
The Stonewall Inn
art blog(derogatory)

No title available
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH

Product Placement

roma★
Keni

Discoholic 🪩
No title available
RMH
h

No title available
almost home

izzy's playlists!

bliss lane
official daine visual archive

shark vs the universe
Not today Justin

oozey mess

seen from Malaysia
seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from Argentina
seen from United States

seen from Poland
seen from Russia
seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from United States
seen from Türkiye
seen from Ecuador
seen from United States

seen from Italy

seen from Germany
seen from United States

seen from Norway

seen from United States
@zulemean28-blog
Step 1 terlepas gmbr.... ni step 2.... buat 4 warna berasingan.... #aiskrimpaddlepop #buatansendiri.... (at Jerteh)
#brocuba #brokental #Ramadhan2017 #kata2motivasi (at Kolej Tunku Abdul Rahman UiTM Kelantan)
Sesi urutan kaki yg dh seminggu lebih bengkak.... aduiiihhhh... Wak... sakit.... mampu tahan sakit dlm diam sambil terpejam mata jerrrrrrr..... #sakitderrr #finalhealingstretch (at Taman Bukit Indah,Ampang,Selangor)
Cyber Awareness Program (C.A.P.) BISMILLAH... SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA.... Forum Jenayah Siber: Realiti Masa Kini #CAPUITM2016 #KBMall18/11/2016 (at KB MALL)
Assalamualaikum adik abe kakok kito❗❗📣📣 Pakat maghi maghi blako adik abe kakok 👫 kito. Maghi kito samo samo meriohke lagi program ni. Sambil2 nak g shopping💸, bulih pakat tengok pakat dengar🎙 program berkaitan _KESEDARAN SIBER_ ni Mace mace aktiviti dan hadioh 🎁 hadioh hok meletup adik kakok abe dio weyh 📣📣📣📣 Bilo❓Mano❓Maso mano❓Tengok bowoh ni adik kakok 👇 deh *"Cyber Awareness Program (C.A.P)"* 📆 18/Nov/2016 💬 Jumaat ⏰ 10pagi - 6ptg 🎪 KB Mall, Kota Bharu Antara aktiviti menarik: 💺 Forum Jenayah Siber 📝 Taklimat Keselamatan Siber 🎬 Flashmob 🛍 Cabutan Bertuah 🎭 Permainan 🔎 Booth Pameran 🎁 Kuiz Dengan kerjasama: 🚓PDRM 🖥SKMM 💿KPDNKK 🔑Cybersecurity Malaysia #UiTMMachang #IMS657 #CAPUITM2016 #D1IM245 #Pakatmaghibelako *Pakat tolong sebar deh. Jange sebar sajo maghi jugok* 😘 pakak mari bowok anok cucu saen saen habih pakak bowok ‼‼ Mari belako mari belako mari belako❗❗❗ (at Kolej Tunku Abdul Rahman UiTM Kelantan)
Supper ngan Aunty Zila and Uncle Mamsin... last jumpa aunty Zila masa aku 3 tahun... 21 tahun yg lepas.... last jumpa uncle Mamsin plak 4 tahun lepas masa abah nk gi Haji..... hahaha... dh lama x jumpa uncle ngan aunty... susahkan depa plak mai amik pastu pi hantaq pulak.... thank you so much uncle sebab belanja makan tadi.... semoga murah rezeki dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.... in shaa Allah ada masa jumpa lagi naaa.... :-) :-) :-) :-) (at De' Pauh Garden Restaurant & Cafe Official)
Spaghetti Skillet Salmon.... #dinner... (at Queensbay Mall)
Tugu British jadi Kem Tahanan Jepun.... serammmm... (at Penang WAR Museum)
Yeay... 1st time cheq mai sini... meqiah nooo... tudiaaa depa wat qamai plak... seronoknyaa... next time cheq mai lagii.... best sangat.... tinggi... cabut lutut cheq... hahaha.... hariaaaa Penang..... (at Bukit Bendera (Penang Hill) Penang)
Hahahahaha.... masing² menggila punya pasal... sebab dh settle presentation TENDER 5juta laa sangatt... hahahaha... Alhamdulillah... selesai sudah..... masih banyak lagi kerja dan cabaran bakal mendatang semoga Allah permudahkan segalanya... aminnn.... in shaa Allah... (at Taman Teratur, Jerteh)
Fasa kedua.... 85%.... soon to be finish... it looks really, really awesome... good job bro.... keep it up... #freegift #luckydraw #hobbyfreetime #gigihdia .... kuat semangat kau bro.... (at Kolej Tunku Abdul Rahman UiTM Kelantan)
Fasa pertama.... 65%... RG Strike Freedom Gundam... kawan aku nyer kerja... #gigihdia #freegift #luckydraw #awesomebro #hobbyfreetime (at Kolej Tunku Abdul Rahman UiTM Kelantan)
Bahagian terakhir utk malam ini... hari ini.... Bismillah... (at Kem Damai Beach Resort)
Weeehuuuu... 😊😊😊😊.... Dpt lagi hadiah birthday... Walaupun birthday dh lepas 3 hari yg lalu.... Thank you bang Napi.... Sangat sangat Zul hargai.... G-Shock tuuu.... Fuyooo.... Hari tu bakal wife bagi Kek ngan Roti and bakal Mak mertua bagi biskut raya.... Ni dpt jam plak... Alhamdulillah... Rezeki murah... Bulan Syawal... Sayang semua laaa.... Kisses yuols... Thank you.... #birthdaypresents #sweet24 #gonnamissmygirl #trulyappreaciateit (at Taman Teratur, Jerteh)
Apa pun yg terjadi.... Teruskan kehidupan anda.... Sentiasa lihat dn pandang kehadapan sahaja..... Jgn sesekali mengalah... Teruskan berjuang.... Pasti akan ada kejayaan menanti anda.... 😊👍 Love this quote! I've made my #LyricsCard via Musixmatch app. Make yours: https://bnc.lt/mxm-app (at Kolej Tunku Abdul Rahman UiTM Kelantan)
Okey done... Finally.... dah berlalu bebanan SA 1..... tq everyone... good job everyone.... aku sendiri x faham ape yg aku present... mata rabak... 24 jam x tidur... terlelap tu x kira ekkk... hahaha... sambung lagi 24 jam x tidur... utk PHP pulak.... #donepresentation #SA1finished #dr.Gostrict #Settlemasalah #rabakmata #ngantuk #Letihsgt (at Kolej Tunku Abdul Rahman UiTM Kelantan)
Cerita yang tak pernah fail buat aku terduduk sedih 😢
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya, “Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya - tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja? Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak… Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas surat abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan tuhan. Maafkan abah atas segalanya.” Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
Hargai orang tua kita selama dia masih hidup. Kadang kala kita terlalu sibuk dengan kerja, sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita, memberi pendidikan utk kita bekerja, mengajar kita berjalan utk bekerja.
JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA
Sesungguhnya ibu dan bapa adalah sesuatu yang sangat terindah dari Allah untuk kita.... always love you... Abah...