Rindu yang sepi
Kau dan aku berbeza
Bertemu dihujung dunia
Dibawah takdir Ilahi
Senyum aku melihat kelibatmu
Santun tuturmu melembutkan jiwaku yang dingin
Kita ketawa bersama walau enteng
Aku tetap gembira sepanjang itu
Kini realiti menghentak,
Secangkir manis terhempas
Tawamu hilang
Kau memandangku sepi
Aku cuba menidakkan realiti ini
Mencari ruang nafas dalam sesak kejerebuan ini
Tuhan, aku berserah kepadaMu
Kutitipkan doa mengiringimu
Semoga kau bahagia
Terima kasih kerana menghantar manisnya itu seketika
Walau aku rindu kesepian
Yakin, ada hikmahya.
Walau lirih dan hiba,
Aku lepaskanmu kerana Tuhan.
19092019 12.13 am.
Homesweethome













