🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
💓Surah As-Syarh💓
Surah Al Makiyyah, surah ke-94. Mempunyai 8 ayat.
❤️Ayat pertama - ketiga, Allah Mengingatkan Nabi Muhammad SAW bahawa tidakkah Allah SWT telah melapangkan dadanya. Allah SWT juga telah meringankan beban tanggungjawab Rasulullah SAW.
Dapat kita lihat betapa beratnya kesusahan dan derita baginda dalam menyampaikan dakwah kepada umat manusia. Berbagai derita dan tohmahan yang baginda hadapi ketika itu. Teringat juga kisah ketika Rasulullah SAW setiap kali menerima wahyu, baginda akan berada dalam keadaan kesusahan seperti menggigil dan berkeringat. Tapi terkadang kita lupa akan hal itu dan kurang menghargai pengorbanan baginda buat kita semua selama ini. Kerana baginda, kita dapat hidayah dan nikmat Islam & Iman. Kerana baginda juga kita dapat Al Quran, penawar bagi hati. Al Quran juga penawar rindu kita pada Nabi Muhammad SAW. Pada beliau Al Quran dianugerahkan dan menjadi peninggalan buat ummatnya yang dikasihi.
💙Ayat kelima & keenam, Allah Mengingatkan kita bahawa sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Ayat ini diulang dua kali seolah olah Allah ingin memberi kita ketenangan dalam menghadapi apa sahaja dugaan dariNya.
Tidak selamanya kita akan berada dalam kesulitan dan tidak akan selamanya kita berada dalam kemudahan. Itulah fitrah kehidupan, diuji agar kita semakin kuat dan matang mengatasi setiap permasalahan dalam hidup. Terkadang kita sangka hanya selepas kesusahan akan dibukakan jalan kemudahan. Tetapi dapat juga kita ingatkan diri kita bahawa kesusahan dan kemudahan boleh beriringan. Dalam setiap kesusahan, ada juga terselit kemudahan. Dalam satu kesusahan, Allah SWT selitkan juga satu kemudahan. Hanya kerana kita manusia biasa, kita terbatas dalam melihat kemudahan di sebalik kesusahan. Kadang kita dikaburi oleh kesusahan sehingga tak dapat melihat anugerah kemudahan yang Allah SWT selitkan dalam sesuatu urusan atau kejadian. Dan boleh juga kita latih diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah SWT atas setiap ketentuanNya untuk diri kita. Ketentuan baik yang kita rasakan sekarang hanya atas kurniaan rahmat dan kasih sayangnya Allah SWT manakala ketentuan yang kurang baik yang tertimpa atas kita boleh jadi disebabkan kelemahan dan kezaliman diri kita sendiri dalam mengambil jalan yang salah dalam kehidupan.
Yakinlah selepas hujan panas🌦, akan ada pelangi🌈, selepas ujian🙇♀, akan ada kebahagiaan menanti✨
💚Ayat ketujuh, Allah SWT Mengingatkan kita agar sentiasa bekerja keras. Apabila telah selesai satu urusan, beralih pada satu urusan yang lain.
Sebahagian mufasir menafsirkan ayat ini : Jika kamu (Muhammad SAW) telah selesai berdakwah, beribadahlah kepada Allah; "Jika telah selesai urusan dunia, kerjakanlah urusan akhirat. Ada yang lain mengatakan, "Jika telah mendirikan solat, berdoalah."
Boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita. Allah SWT Mengingatkan kita untuk sentiasa mengisi waktu dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Dan dapat juga kita ambil pelajaran bahawa, jika kita mempunyai banyak tugasan, kita boleh menyelesaikan tugasan satu demi satu supaya hasilnya akan memuaskan kerana ada itqan(kesungguhan) bagi sesuatu pekerjaan itu.
💜Ayat kelapan: ayat terakhir, Allah SWT Mengingatkan hanya kepadaNyalah tempat kita berharap. Allah SWT Tahu betapa kita akan sakit dalam kekecewaan jika berharap pada manusia. Allah SWT Mengingatkan bahawa hanya Dialah tempat kita sandarkan segala harapan kita. Tapi kita manusia sering terlupa kerana tidak mampu melihat dan merasakan harapan yang diberiNya secara langsung berbanding dengan manusia yang mudah memberi harapan yang indah pada kita. Selagi kita ada Allah, selagi itu segala harapan kita boleh menjadi kenyataan. Selagi kita ada Allah SWT dalam hidup kita, tiada impian yang tak mampu menjadi kenyataan. Jom kita berharap hanya padaNya kerana hanya Dia yang tak akan memungkiri janji dan mengecewakan hamba hambaNya yang berharap. Sentiasa ingat bahawa kita mungkin tak dapat meluahkan seluruh perasaan kita pada manusia dan mereka mungkin tak mampu memahami kita sepenuhnya akan tetapi kita sentiasa ada Allah SWT, tempat mengadu tak kira waktu dan hanya Dia yang memahami apa yang kita luahkan atau sembunyikan di dalam qalbu💝
Moga Allah Redho🤲🏻
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Hati-birru💙















