RMH
d e v o n
noise dept.

Janaina Medeiros
Lint Roller? I Barely Know Her

titsay

shark vs the universe

pixel skylines
occasionally subtle
we're not kids anymore.

No title available

ellievsbear

No title available
DEAR READER
Stranger Things

Discoholic 🪩
h

JBB: An Artblog!
Alisa U Zemlji Chuda

Andulka
seen from United Kingdom

seen from Malaysia

seen from Malaysia
seen from United States

seen from China
seen from Singapore
seen from United States
seen from United States
seen from Germany
seen from Malaysia
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from Portugal
@hudamusa
ini lah dia hasil mural dari pelajar UPM dan USIM. comel kan? 😁😁
Hari terakhir~~ Kuliah subuh diadakan di masjid dan langsung terus bersarapan di masjid bersama ibu bapa angkat, kemudian berkumpul lah kami di balai bagi membahagikan kumpulan untuk gotong royong. ada yang ke masjid, tanah perkuburan, balai raya, dan tadika. Pelajar USIM pula ke Kampung Ulu Mampas untuk menyiapkan mural yang telah di lakar~ Pada mulanya saya bergotong- royong di balai, kerja kerja seperti menyapu, mop lantai, cuci tingkap di lakukan bersama, setelah itu saya dan beberapa orang rakan di minta oleh tok ketua untuk ke Tadika bagi membantu guru di sana membersihkan kawasan. Kali ni betul betul bergotong-royong! Cantas pokok, mencakar, macam-macam lagi sampai gatal-gatal badan bergumpal dengan pokok serai, tapi hasil kerjasama kami, selesai juga pembersihan kawasan tadika tersebut.. Setelah pulang ke rumah keluarga angkat bagi membersihkan diri dan packing barang untuk balik, kami semua berkumpul semula di balai untuk menghadiri slot ceramah pengasingan yang di pimpin oleh pegawai SWCorp. seronok juga slot ni sebab saya yakin masih ramai kurang kesedaran tentang kepentingan pengasingan sampah.. Banyak info yang di kongsi bersama. Setelah itu, ketua kampung menanam anak pokok di tepi dewan bagi acara simbolik penutup program siswa @ kampung. Alhamdulillah semua berjalan seperti yang kita rancang.. sedih juga nak berpisah dengan Mak Ibu, sempat lah kami bertukar nombor telefon dan tinggalkan sedikit coretan kenang kenangan dalam Buku Pelawat yang ada di rumah Mak Ibu, kami sempat di bekalkan nasi dan ayam sambal oleh Mak Ibu, abah pula sempat hidangkan kami kopi o panas.. 😌 Terima kasih Mak Ibu dan Abah, seronok rasanya bila kehadiran kita di sambut mesra oleh orang yang baru kita kenal.. Inshaallah jika ada rezeki kita bertemu kembali.. Sekian saja dari saya. Sekalung terima kasih buat fasilitator yang di hormati, Encik Firdaus Abdullah yang setia bersama kami selama 3 hari di Kampung Terachi, pengarah kumpulan 1 , Ibrahim yang menjadi orang kuat selama program ini di rancang sehingga selesai dan kawan-kawan yang saya kasihi.. terima kasih semoga ikatan persahabatan yang terbina tidak terhenti di sini sahaja 🎈
Hari ke dua!! Jadi pagi tu tak seperti di rancang, kami hanya subuh di rumah keluarga angkat, kemudian, berkumpul di balai untuk senam robik dan berjalan selama 6km , iaitu aktiviti COSPAM. Memang seronok sebab berjalan mengelilingi sawah, view yang sangat cantik dan udara yang segar , jatuh cinta dengan kehijauan kampung ni.. 🌿🌿🌿 Dah penat berjalan, berselfie kami pun bergerak ke balai raya dan menunggu ketibaan pelajar USIM.. seramai 25 pelajar USIM tiba dengan selamat, semua perempuan dan cantik cantik belaka ramah pulak tu! lepas di sambut meriah oleh kami, kami menjalankan aktivit ice breaking, bermain game bernama price tag, cap kalicap lah, macam-macam dan aktiviti ni merapatkan lagi hubungan antara student UPM dan USIM. baru lah masing-masing tak ada rasa kekok dah.. Dalam kami seronok seronok tu ada kawan-kawan kita yang ke kampung orang asli untuk melakar mural di balai raya Kampung Ulu Mampas.. Setiba kami di rumah, kami terima khabar sedih dari Mak Ibu,di mana ayah mak ibu telah menghembuskan nafas terakhir dia rumahnya di Melaka, :( jadi mak ibu dan keluarga harus bergerak ke Melaka bagi menghadiri pengebumian ayah kepada mak ibu, kami di temani oleh menantu dan cucu mak ibu di rumah..*al-fatihah* ..Selepas asar di rumah keluarga angkat, kami terus berkumpul di petak sawah berhampiran balai dan betul betul berhadapan dengan rumah ibu bapa angkat kami, pelajar lelaki bermain bola dalam petak sawah, berlumpur lah masing- masing, yang pelajar perempuan bertungkus-lumus memancing di kolam tepi sawah.. 🎣 bukan main seronok kalau dapat ikan walaupun ikan kecik je huhu 🐟 .. Selesai riadah, kami bergambar dan pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan kembali berkumpul semula di balai bagi menghadiri ceramah adat resam Negeri Sembilan yang di sampaikan oleh wakil UPSI. banyak maklumat baru yang di kongsikan bersama pada malam itu, sesi Q & A Juga mendapat respon yang baik dari peserta. Setelah selesai, kami pulang ke rumah keluarga angkat,, pada tengah malam, mak ibu, dan abah pulang semula ke rumah..
hello hello hello 📢📢 Alhamdulillah selosai 3 hari berkampong kek pilah.. selepas berhempas pulas dengan tugas masing-masing dalam menjayakan siswa @ kampung ni, akhirnya berjaya juga dilaksanakan jadi sini ada sedikit perkongsian daripada saya selama 3 hari kami di sana! pagi pagi sebelum bergerak tu saya dari rumah di Pandan Indah dah bertolak ke UPM seawal jam 6 pagi. sebab katanya sebelum pukul 7 dah kena ada di PFC. Tapi.. bila dah sampai.. alahai 2 orang je yang ada.. hahaha setelah menunggu dengan penuh kesabaran.. sampai juga kawan kawan yang lain dan bertolak lah kami ke Pilah. berbekalkan sekotak air laici, sebotol air minuman dan sebiji roti. Macam biasa kalau dah seleso dalam bas tu memang lolap la jawab eh.. tahu2 dah masuk kawasan Kuala Pilah. Setibanya kami di sana di sambut gembira oleh makcik dan pakcik di sana siap boleh rasa bahulu fresh lagi. yums! Selosai acara perasmian oleh VIP kita , masing-masing di bahagikan pada keluarga angkat masing-masing. Program kami melibatkan 3 kampung , saya dan 3 lagi rakan menetap bersama mak ibu di Kampung Padang Lebar. Alhamdulillah kedatangan kami di sambut mesra oleh mak ibu dan keluarga. bilik yang disediakan pun selesa.. Selepas berehat kami semua kembali berkumpul dan sama- sama bergerak ke Kampung Ulu Mampas iaitu perumahan orang asli di Pilah. Tapi ada setengah kawan-kawan kita yang ke masjid bagi bergotong royong sediakan makanan di masjid bagi malam kerohanian. Kedatangan kami di sambut oleh adik-adik di sana yang tak sabar nak join aktiviti play dough dan mewarna kami. Tok Ketua pun ada bersama kami dalam menjayakan aktiviti tersebut. Seronok sebab adik- adik semua berminat dengan tutorial kami macam mana nak buat playdough sendiri. Dah selesai , pulang ke rumah keluarga angkat, kami di jamu dengan minum petang dan berbual dengan kedua ibu bapa angkat. Pada sebelah malam kami bersama bergerak ke masjid untuk menghadiri ceramah isra mikraj. lepas ceramah, kami di hidang dengan gulai kambing yang Mashaallah sodap! teraso kek tokak ni ha.. Setelah siap menjamu selera kami semua bantu kemas apa yang patut. Kemudian bersurai.. malam itu di rumah mak ibu, kami di hidang dengan kopi panas dan roti keras. berborak lah tentang macam-macam hal dengan mak ibu dan abah.. Lepas tu tidur sampai lah ko subuh..
Live update. BAKSIS WEEK 10 Progress Program Siswa @ kampung. Gabungan kumpulan 1 dan 49. Antar kampung yang bakal terlibat ialah: Terachi,Padang Lebar,Medang. fyi, saya pernah menetap di Negeri Sembilan selama 14 tahun :)
Salam.. Kelas Baksis kali ini di gantikan dengan aktiviti bersenam robik di UPM bersama dengan semua kumpulan BAKSIS yang lain.. Selepas bersenam, kumpulan masing masing di bahagikan ke bahagian masing masing untuk melakukan aktiviti gotong royong..
WHAT I BOUGHT WITH MY BB1M.
Hello, :)
Jadi ini kali kedua saya terima BB1M.First time dulu masa diploma.Mula-mula dapat macam biasa lah buntu apa lah nak buat dengan BB1M ni. RM250 banyak juga tu. Nak beli buku masscom agak mustahil. Sebab kebanyakan buku beli melalui lecturer.Sem ni punya buku semua dah beli pulak tu.
Fikir punya fikir, kawan kelas bagi tahu dekat kedai Harvest, The Mines boleh beli alat tulis, dan buku buku nota. Sekarang kedai buku Popular, MPH dah tak terima pembelian alatan tulis atau buku nota menggunakan BB1M.
Jadi saya dan geng-geng terjah lah Harvest sebab masing-masing memang dah kehabisan buku nota. First time pergi saya habiskan RM50.
Kali ke dua pergi Harvest, beli pula mouse yang berharga RM39.90 di mana saya takkan beli menggunakan duit sendiri. hahaha lepas tu beli pen mahal. (sebatang RM8 tau).
Baki RM150.00 lama juga biarkan baucar tu dalam purse.Sampai baru baru ni terdetik nak beli novel.Jadi,saya beli lah novel novel macam tertera dalam gambar, dan sebuah buku grammar (cause my english so teruk). dan sebuah terjemahan al-quran yang colorfull dan comel. *novel,grammar book,colorful al-quran beli di kedai buku Popular*
Alhamdulillah selesai guna semua baucar. Terima Kasih pada pihak kerajaan.Siapa kata tiada gunanya kasi student BB1M? ADAAAA!
Assalamualaikum..
Post kali ni nak kongsi,hari Sabtu lepas,saya dan kawan-kawan join satu ngo ni Travellers namanya, untuk pergi bagi sedikit sumbangan makanan pada gelandangan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
Tujuan asalnya untuk tugasan subject kami. Kami kena buat video recording bertemakan PSA.Jadi kami semua sepakat untuk join geng feeding homeless ni. Memandangkan ini pengalaman kami semua, tak banyak rakaman yang kami dapat.Sebab masing-masing sibuk tolong pack makanan dan nak merasa communicate dengan gelandangan dan sama-sama tolong edarkan makanan.
Jadi,kami bercadang untuk pergi sekali lagi. Pengalaman ni sangat berharga ,sebab masing-masing terus muhasabah diri. Selama ni semua ingat diri kita je ada masalah.Tapi lupa nak fikir, yang dekat luar sana ada orang lagi susah dari kita.
Balik dari aktiviti tu,semua call parent’s masing-masing.Sebab kebanyakan gelandangan kebanyakannya golongan orang tua. Yang rata-ratanya masih ada keluarga.
Pada sesiapa yang berminat boleh cuba cari di facebook “The Travellers”. Aktiviti memang dilakukan pada waktu malam jadi sebelum pergi tu, minta surat kebenaran dari kolej masing-masing dulu ya :)
Assalmualaikum, jadi harini merupakan minggu ke 4 untuk kelas BAKSIS. aktiviti harini santai sikit kita sambung tengok cerita Gridiron Gang, lepas habis cerita kita bincang trntang projek mega. Sebarang update dimaklumkan oleh pengarah. buat masa ni nampak macam masih belum hangat lagi perancangan projek mega kami tapi kami masih sama sama menyumbang idea. Perancangan setakat ni berubah daripada program di Cheras bertukar ke Nilai,Negeri Sembilan. balik rumah balik nampaknya! 😅
Assalamualaikum, jadi,dah di umumkan bahawa baucar buku 1 malaysia (BB1M) akan di edarkan di kolej 13 seperti tarikh dan waktu di atas 👆 jangan tak datang pula ya! dan jangan lupa bawa dokumen diperlukan seperti my card & kad matrik 🎉
Plum blossom
live update. selamat pagi! class baksis harini fasi buat aktiviti fun sikit. kita pilih nak buat debate ke nak berpantun. Group saya tadi dah lepas dah berdebat dengan isu 'social media - impact to university student' sesi ni menarik sebab tema dia OMSE ( Oh My Saturday English! ) memang fun walaupun english saya memeningkan kepala. 🤔 tadi saya berdebat dengan RJ , berpeluh saya dengar dia cakap english. memang cukup hebat saingan kumpulan kami tadi. apa apa pun class harini best!
banyak sangat dah baju dalam almari? ada yang dah tak muat, ada yang dah tak minat..nak buang sayang sebab elok dan boleh di pakai lagi.. jangan risau,sebab kita boleh derma semua pakaian tak terpakai tu di free shop UPM! mana tahu ada kawan-kawan kita yang memerlukan? Jadi pada yang berminat untuk sumbangkan pakaian serta barang keperluan lain boleh datang ke tempat seperti berikut :
ISNIN (14 March 2016)
Latar Siswa , FBMK (10 AM-2 PM)
K10/K11 Food Court (3 PM-5 PM)
K17 Food Court (5 PM onwards)
Mari kita sama-sama bantu kawan kita yang memerlukan :)