Jarum jam hampir pukul 10.00 malam. Matanya masih tidak mahu terlelap. Skrin telefon bimbitnya yang berbentuk kotak empat segi tepat itu masih ditatapi. Matanya ralit membaca satu status menarik di ruang media sosial yang semakin terkenal. Pengikutnya ramai.
Entri berkisarkan ilmu yang disampaikan cukup menarik. Padat dan cukup jelas untuk difahami. Matanya tertancap memandang empunya akaun facebook. Dengan menggunakan nama samaran, lelaki lingkungan 20an itu giat menyampai ilmu yang sahih kepada orang ramai di dunia maya. Ada sahaja yang akan dikongsinya. ‘Budak pondok.’ Dia,lelaki yang menuntut dan mendalami ilmu agama melalui kitab-kitab turath. Penguasaan ilmunya tinggi. sikapnya, budi Bahasanya, ilmu agama didadanya cukup buat hati ini tertawan. Bukan dia seorang malah menjadi setiap idaman wanita. Tapi, apalah sangat kalau dibandingkan dirinya dengan wanita-wanita solehah diluar sana.
“Aku tak patut ingat dekat dia.” Aisyah beristighfar. Seketika, telefonnya gelap. Dia tidak mahu lalai. Cukup, dia cuma kagum akan kealiman lelaki itu. Tapi, biarlah selebih kekagumannya diberikan kepada Allah swt.
Aisyah bingkas bangun dari pembaringannya. Dia duduk dibirai katil. Lama dia menekur gambar insan tersayang dibingkai atas meja sisinya.
“Walid, Aisyah dengan umi nak ke masjid klcc pagi ini. Walid izinkan?” Dato Hamid tersenyum melihat anak perempuan bongsunya ini.
“Ada usrah?” Dato Hamid mengagak. Aisyah sekadar mengangguk. Bihun goreng sebagai sarapan pagi yang dibuatnya, laju disuapkan masuk kemulutnya.
“Pukul berapa?”soal Datin Zainab. Secawan teh suam, diletak setelah dihirup perlahan.
“Dalam pukul 9.00 sampai 10.00 pagi. Lepas solat Dhuha kita geraklah, umi.” Datin Zainab hanya mengangguk. Memang sudah menjadi kebiasaan tiga bulan ini dia mengikut anak bongsunya berusrah. Dari dia mengelamun dirumah, baik dia berusrah. Lagi pula, dia tidak betah melihat anak bongsunya itu keluar rumah bersendirian.
“Semenjak-semenjak ni, abang tengok awak asyik berkepit dengan Aisyah je.” Dato Hamid mengusik. Aisyah tersenyum lalu menambah. “Walid jangan jealous.”
Datin Maria juga turut tersenyum. “Iyelah, saya bukan apa risau kalau Aisyah keluar sorang-sorang. Lagipun, dia kan baru balik dari Jordan. Manalah tahu, drive boleh sesat.” Dato Hamid hanya mengangguk perlahan. Ada benarnya juga kata isterinya.
“Lepas ni, Aisyah nak buat apa? tak terfikir nak kahwin lagi ke?” Aisyah terbatuk kecil. Dia berdehem. Bukan dibuat-buat. Walid dan umi direnung seketika.
“Hmm, Aisyah tak ada calon lagi lah,walid. Pasal lepas ni Aisyah nak buat apa, Aisyah ingat nanti kalau ada masa nak melawat pondok tok guru.” Aisyah tersenyum kecil.
“Kalau macam tu, biar walid aje yang carikan.” Dato Hamid menawar.
“Entahlah, walid. Aisyah serahkan semuanya kepada Allah. Kalau ada,kalau dah sampai, Aisyah redha.” Dato Hamid tersenyum mendengar kata-kata anak gadisnya yang seorang yang masih belum berumahtangga. Aisyah tidak seperti anak muda yang lain. Bila dikemukakan soal pernikahan, ada sahaja yang ditolak dan dibantah walhal masing-masing punya insan teristimewa dihati.
Aisyah masih ingat lagi perbualannya pagi itu bersama walid dan umi.
“Aku redha, ya Allah. Tidak kira lambat atau cepat.” dia berbisik perlahan. Wajahnya putih mulus, diraup lalu terus melangkah kedalam bilik air, mengambil wudhu. Seperti biasa, dia akan solat taubat dan witir sebelum tidur. Amalan yang lama sebati dengan dirinya semenjak dia menjadi salah seorang penuntut ilmu di sebuah pondok di negeri utara tujuh tahun yang lepas.
Aisyah menarik kerusi lalu melabuhkan punggung disitu. Dia tersenyum memandang sahabatnya.. “ Mira nak makan apa?”
“Nasi goreng cina.” Aisyah memandang pelayan wanita yang mengambil pesanan.
“Nasi goreng cina dua. Fresh orange dua.” Dia memesan menu yang sama. Mereka berdua memang punya kegemaran yang sama sejak bangku persekolahan lagi.
“Jadi?” soal Amira tiba-tiba. Aisyah menjungkitkan keningnya. Biarpun tidak kelihatan dek kerana dilindungi niqabnya.
“Apa yang jadinya?” soal Aisyah.
“Ustazah Aisyah tidak berhajat ke untuk merisik ustaz dihati Ustazah Aisyah?” Amira sengaja mengusik. Pantas, Aisyah melayangkan tangannya, memukul lengan gadis berkulit sawo matang dihadapannya.
“Aduh, eii, sakitlah.” Amira mengusap-usap lengannya dipukul. Hebat juga pukulan sahabatnya.
“Tahu pun. Lain kali, hati-hati bercakap. Aku ada tali pinggang hitam tau.” Aisyah sudah tersenyum. Dilihat, Amira mencebir, berpura-pura merajuk.
“Cepatlah. Aku tanya tadi tu.”
“Entahlah. Mira. Aku tak tahu. Aku takut.” Amira tersenyum memandang pelayan wanita yang menghantar makanan yang dipesan.
“Takut apa?” Aisyah menarik nafas.
“Entah. Ramai lagi perempuan yang solehah nak jadikan dia suami. Bukan aku seorang je.”
“Tapi,tak salah kan kalau seorang perempuan itu suka dekat lelaki yang baik agamanya dan nak merisiknya kan?”
Sambil menggeleng kepala. “Tak salah.” Satu suapan pertama nasi goreng disuap ke dalam mulutnya. Biarpun dilindungi secebis kain hitam, dia masih mampu menyuap nasi goreng cina didalam mulutnya. Memang ada segelintir manusia sibuk mengatakan susah. Tapi baginya, tak cuba, tak tahu dan dia yakin bila kita lakukan sesuatu kerana Allah, insyaAllah Allah akan mudahkan.
“Kau tak nak cuba?” Ujar Amira. Sudah berapa kali dia menyuap nasi goreng kedalam mulutnya. Hanya beberapa suapan, pasti pinggannya habis licin.
“Aku tak sedia. Tak apala, kita tukar topik lain.” Aisyah malas mahu memikirkan lagi bab itu. Ada perkara lebih penting dari itu. Ya, mencari redha dan cinta yang hakiki. Dia mahu merasakan kemanisan iman. Berkali diingatkan kepada dirinya.
Dia pernah mengingati satu hadis Rasulullah saw. Mafhumnya, Sampaikanlah dariku walau satu ayat.Ya. Itulah yang dilakukan sepanjang tiga bulan selepas selamat menamatkan pembelajarannya dinegara timur tengah, Jordan. Masih ramai yang memerlukan ilmu.
“Walaupun kita dah rasa kita tuntut ilmu Allah, kita kena ingat ilmu tidak pernah habis. Selagi kita hidup, selagi itu kita tuntut ilmu.” Dia masih ingat nasihat percuma yang diberikan dari salah seorang sahabatnya di Jordan, Haslinda.
“Aku ingat nak beli sesuatu untuk ayah aku sebab esok birthday dia.” Sepasang matanya masih lagi melilau memandang kedai-kedai yang berderetan kiri dan kanannya. Sengaja dia menghabiskan masa berdua bersama temannya. Maklumlah, mengikut jadualnya, hanya hari dan esok dia punya masa yang terluang.
“Kalau macam tu, aku pun nak beli jugalah. Boleh bagi dekat Uncle Hamid.” Ujar Amira. Aisyah tersenyum. “Ala.. tak payah susah-susah Mira.”
“La.. Aku bukan nak bagi dekat kau pun. Aku nak bagi dekat ayah kau. Tak ada apa pun yang susah.” Aisyah mengetap bibir. Dia tidak membalas. Gadis yang agak tinggi dari dirinya tadi lagi tidak henti-henti mengusiknya. Ada sahaja yang hendak dikenakan.
“Eh, masuk kedai ni sekejap.” Pinta Amira. Laju tangan Aisyah ditarik masuk ke dalam satu butik pakaian Sunnah.
“Lawanya..” Aisyah membelek-belek jubah lelaki berwarna hitam.
“Ni, sesuai untuk ayah kau. Belilah ni.” Amira melangkah ke arah rak yang menempatkan berpuluh-puluh plastik berisi kain serban yang tersusun kemas.
“Okey tak kalau aku nak belikan serban?” Amira menyoal. Aisyah merapati Amira.
“Emm, apa kata kau beli kain rida’?” Amira mengangguk setuju. Beberapa helai kain rida bermacam corak dan warna,dibelek.
Kain rida’ berwarna coklat,dicapai. Pelik. Sudah lebih setengah jam dia di butik pakaian itu. Tapi, tiada seorang pun pekerja yang bekerja di butik pakaian itu.
Aisyah berjalan masuk menuju ke kaunter pembayaran. Belum sempat dia sampai di hadapan kaunter, ada sebatang tubuh berdiri tegak dihadapannya. Allah !
Terasa darah menyimbah muka. Dia benar-benar malu. Hampir sahaja dia melanggar lelaki bertubuh sasa yang mengenakan jubah putih. Jarak antara mereka benar-benar dekat. Ya Allah, lindungi aku.
“Maaf.” Aisyah menundukkan pandangan. Nasib, ada secebis kain yang menutupi wajahnya dari merona merah menahan malu.
“Tak apa. Maaf tadi. Ana ingatkan ada kawan ana jaga kedai time ana solat.”
“Ouh. Tak apa. Ana nak bayar ni. Ni, bayar asing.” Lelaki itu mengangguk perlahan, menyempurnakan kerjanya.
“Hei, Aku tak puas hati dengan kau. Aku warning lagi sekali dengan kau. Jangan kau kacau adik aku. Aku tak suka kau bergaul dengan adik aku! Jantan keparat.” lantang suara seorang lelaki bertubuh besar memecah ketenangan dibutik pakaian itu. Wajah lelaki itu cukup bengis. Dengan kepala botak dengan pakaian yang sedikit ranggi,dia mencerlung tajam. Aisyah dan Amira hanya memerhati. Hatinya berdebar kencang.
“Maaf, bang. Ana tak pernah pun bergaul dengan adik abang. Ana kenal adik abang pun tidak.”
Dushh ! Aisyah berteriak kecil. Lelaki berjubah putih itu jatuh terbaring. Hidung dan hujung bibirnya, berdarah. Dengan begis, lelaki bertubuh besar itu terus melangkah pergi. Aisyah mendekati pemuda yang terbaring dilantai. Pengsan. Mungkin. Dia memandang Amira.
“Apa kita nak buat?”soal Amira. Wajah gadis itu cemas. Aisyah menarik nafas. Cuba bertenang. Tidak mungkin dia bersama Amira mengangkat tubuh lelaki itu di atas bilik rehat yang tersedia dibutik pakaian itu. Pastinya tidak terdaya. Kekuatan lelaki tidak sama dengan kekuatan seorang wanita. Itu sudah satu hal. Lagi pula, seumur hidupnya dia tidak pernah menyentuh lelaki meskipun berlapik. Tapi, ini darurat.
Mujur, ada seorang pak cik lingkungan 50an masuk kedalam butik pakaian itu datang membantunya memapah lelaki itu ke bilik rehatnya.
“Macam mana boleh jadi macam ni,nak?” soal pak cik yang terbiasa dipanggil ‘Pak Cik Mat.’
“Entahlah, Pak cik Mat. Tiba-tiba, ada lelaki serang dia.” Pak Cik Mat istighfar perlahan.
“Zaman sekarang ni macam-macam.” Pak cik Mat mengomel sendirian. Aisyah membuka beg tangannya lalu mencapai tisu yang dibawa tiap kali kemana-mana. Sehelai tisu dihulurkan. Darah di bibir dan hidungnya, disapu lembut oleh tangan Pak cik Mat.
“Allah.” kalimat pertama yang terlafaz dibibir lelaki itu. Mungkin mengerang kesakitan. Alhamdulillah, lelaki itu sedar. Aisyah menarik nafas lega.
“Nak okey tak ni? Kalau tak okey, pak cik bawakan ke klinik.” Lelaki itu menggeleng.
“Terima kasih, pak cik tapi ana tak apa-apa. Ana okey.” Dalam kesakitan, dia tersenyum.
“Pak cik Mat, kami minta diri dulu.” Ucap Amira. Setelah memberi salam, mereka terus berlalu.
“Kenapa senyap aje dari tadi ni?”soal Amira. Dia mengerling wajah Aisyah sekilas. Aisyah tersenyum. “Tak ada apalah. Suka.”
Amira tersenyum. “Ingat kan teringat dekat mamat kena serang tadi.” Belum sempat Aisyah mencubit lengannya, Amira mengelak. Dia ketawa kecil melihat Aisyah sudah menjelingnya.
“So, buat majlis kecil-kecil aje ke?” soal Amira, cuba memujuk.
“Majlis kecil aje. Keluarga dan sahabat terdekat aje. Nanti kau datang lah ye.”
“Eh, tak boleh. Aku tak boleh datang. Aku baru ingat,aku kena pergi rumah mak ngah aku. Maaf ye, Aisyah.”
“Jangan sedih, nanti aku jemput raja dihati kau datang.” Amira mengekek ketawa. Suka benar dia mengusik.
Sampai diperkarangan rumah, dia melihat ada kereta Vios terparkir dihadapan perkarangan rumahnya. Aisyah memberi salam. Kemudian, menapak masuk kedalam rumahnya.
“Along!” Dia menjerit kecil. Tangan abangnya, disalam.
“Makin comel lah adik abang ni. Aisyah sihat?” soal Farish Hakimi.
“Alhamdulillah,sihat. Ala, Along pun apa kurangnya, masih kacak lagi. Kenapa along tak datang time Aisyah baru balik dari Jordan? Ada umi dengan walid aje.” dia berkata perlahan. Ada nada merajuk.
“Ala, along tak datang pun, Aisyah balik rumah juga kan?” usik Farish Hakimi. Laju Aisyah memukul bahu lelaki itu. “Along !”
Farish Hakimi tersenyum. Dia menarik adik bongsunya kedalam dakapannya. Erat. Rindu kepada adiknya yang seorang ni, hanya Allah saja yang tahu.
“Amboi, manjanya dia dengan abang dia.”tegur uminya yang sedang menatang sedulang minuman dan kek batik.
“Mari minum dulu, along.” Farish Hakimi mengangguk.
“Makanlah kek batik ni. Aisyah buat.” Farish Hakiki hanya mengangguk. Secawan oren jus, diteguk perlahan lalu jarinya mencapai kek batik buatan adiknya.
“Sedap. Sedap sangat. Boleh nikah dah ni.” Farish Hakimi tersenyum.
“Buat kek aje pun along ni. Mana kak Yusra?”
“Kak Yusra tak ada dekat sini. Dia ada dekat Kelantan.” Aisyah membulatkan matanya.
“Jauhnya along. Along tak rindu dia ke?” Farish Hakimi sengaja berdengus kecil.
“Rindu,hanya Allah aje yang tahu, Aisyah. Apa-apa pun, Aisyah jangan risau, tak lama lagi Aisyah pun akan rasa rindu pada si ehem.. ehem..” Farish Hakimi tergelak kuat apabila melihat wajah putih mulus milik Aisyah sudah memerah. Mungkin menahan marah dan malu.
“Along!” Aisyah sudah memuncung. Datin Zainab hanya tersenyum melihat dua gelagat anaknya.
“Along, sudah-sudah tu usik Aisyah tu. Kasihan dia.” Datin Zainab membela anak bongsunya. Aisyah terus tersenyum nakal ke arah abangnya. “Padan muka. Kan dah kena tegur dengan umi.” Jari ibunya ditunjukkan. Ahh, persis gelagat kanak-kanak.
“Malam ni, along tidur sini ke?” soal Datin Zainab. Farish Hakimi hanya mengangguk.
“Baguslah. Esok pagi bolehlah kita satu keluarga berkumpul sambut Birthday walid.” Aisyah menambah. Farish Hakimi terangguk-angguk. Aisyah merenung segenap raut wajah Farish Hakimi. Jarang benar dia melihat alongnya begitu. Entah.. dia sendiri tidak pasti.
Apa yang dihadapi alongnya sehingga keceriaan yang selalu terpamer diwajahnya mula samar? Hati kecilnya berbisik.
Aisyah memandang tubuh uminya sedang berjalan ke dapur. Katanya, ingin menyiapkan makan malam.
“Along..” Aisyah memanggil lembut. dia tersenyum memandang Farish Hakimi.
“Along ada masalah ke?” soal Aisyah. Suaranya perlahan. Takut juga kalau-kalau Farish Hakimi menganggapnya menyibuk hal orang.
“Tak ada apalah. Along okey.” Aisyah mengerutkan kening.
Farish Hakimi mengangguk perlahan. Aisyah diam. Entah mengapa hatinya dapat menangkap kesedihan Farish Hakimi. Apa yang along cuba rahsiakan? Dendangan sebuah lagu inggeris ‘I’m yours’ kedengaran. Aisyah bingkas bangun. Sementara alongnya sedang bercakap ditalian, dia ingin membersihkan badan dan berehat.
“Along, Aisyah naik dulu.” Dia berbisik perlahan. Farish Hakimi hanya mengangguk.
“Aisyah akan cuba pujuk kak Yusra. InsyaAllah.” Aisyah cuba menenangkan hati Farish Hakimi. Masalah rumahtangga. Silap alongnya juga, bertindak tanpa berfikir. Tapi, dia bersyukur. Alongnya sedar atas segala kesalahannya. Bernikah lagi dengan wanita lain dengan senyap-senyap bukan satu penyelesaian yang terbaik demi mendapatkan zuriat. Nasib, hampir bernikah. Bukan sudah bernikah. Aisyah beristighfar. Dia faham perasaan Kak Yusra. Dia juga wanita.
“Betul Aisyah boleh tolong abang?” soal Farish Hakimi. Matanya memandang tepat wajah adik bongsunya. Hanya Aisyah sahaja yang mampu membantu.
“InsyaAllah,long. Selagi Aisyah mampu, Aisyah tolong. Kak Yusra dah balik dari Kelantan kan?” soal Aisyah. Farish Hakimi mengangguk. “Dia duduk dekat rumah kawan dia sekarang ni.”
“Along dah cuba jumpa dengan kak Yusra?” Farish Hakimi meraup wajahnya dua kali. Risau memuncak didadanya.
“Dia tak nak jumpa abang.” sayu Farish Hakimi menjawab. Aisyah membungkam. Fikirannya masih ligat mencari penyelesaian buat Farish Hakimi.
“Hmm, biar Aisyah cuba jumpa kak Yusra. Mana tahu, Aisyah berjaya pujuk dia.” Farish Hakimi tersenyum tawar.
“Bagus juga cadangan tu. Harap-harap, reda sikit hati dia.”
“InsyaAllah, long. Aisyah cuba. Tapi, along tak nak beritahu umi dengan walid ke?”
“Tak payahlah. Along tak nak mereka berdua risau. Lagi pula, mereka dah tua. Biar Along dan Aisyah aje yang tahu tentang ni.” Aisyah hanya mengangguk. Dia juga tidak mahu umi dan walid risau. Maklumlah, hati orang tua. Tidak betah melihat anak-anak mereka ditimpa kesusahan meskipun dah besar panjang. Betapa banyak pengorbanan sehingga tidak mampu untuk dikira. Ibu bapa mampu jaga dan beri kasih sayang pada berbelas-belas orang anak. Tapi, ada berbelas-belas anak tak mampu nak jaga dan beri kasih sayang pada ibu dan bapa.
Aisyah menapak masuk ke dalam biliknya. Dia mengerling jam disisi meja kecilnya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Lama benar dia meluangkan masa bersama Farish Hakimi. Hasrat dihati, dia ingin ke dapur untuk membasahkan tekak. Tapi, melihat Farish Hakimi yang leka termenung di taman kecil diruang rumahnya, hatinya terpanggil untuk mendengar isi hati lelaki itu.
Moga Allah permudahkan urusannya! Aisyah terus melangkah masuk ke dalam bilik air, dia mengambil wudhu lantas menunaikan solat sunat.
Seusai salam, Aisyah masih berteleku diatas sejadah, mula muhasabah diri atas segala yang telah dia kerjakan selama hidup dua puluh tiga tahun dimuka bumi Allah yang Maha Luas ini.
Penuh khusyuk, Aisyah mengucap zikir-zikir, memuji Allah. malafazkan selawat pada lelaki yang paling istimewa, Rasulullah saw.
Benar, Allah telah berfirman dalam surah Ar Ra’d dalam tafsirnya,
“Ingatlah dengan mengingati Allahlah hati akan tenteram.”
Tenteramkan hatiku, ya Allah..
Solat taubat,tahajjud dan istikharah tidak pernah menjadi satu bebanan untuknya. Dengan pandangan kasar, mungkin akan terlihat kepenatan. Tapi, bukankah syurga Allah yang menjadi cita utama? Bukankah syurga Allah menjadi dambaan? Bukankah redha dan cinta Allah yang hendak digapai?
Ramai berkata mahukan syurga tapi berapa ramaikah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapainya? Dan di akhir doanya, seperti biasa dan tanpa jemu dia berdoa, dia merayu, dia merintih sayu. Pemegang hati manusia itu Allah. Nak hati manusia itu, mintalah dengan Allah.
“Ya Allah, hati ini berkenan akan dia kerana ilmuMu yang ada pada dirinya, yang mendekat dirinya dengan diriMu, cintanya kepadaMu.
Satukan kami, ya Allah meski jasad kami tidak pernah bertemu,
satukan kami,ya Allah meski aku tidak pernah melihat wajahnya, mengenali dirinya, juga namanya.
Andai benar dia jodohku, satukanlah kami dalam jalan redhaMu, ya Rahman..
Hanya dengan Engkau aku bergantung harap, ya Allah.
Hanya kepada Engkau. Lindungi kami dan peliharalah kami dari segala anasir jahat dan berikanlah kebaikan kepada kami, ya Allah. Allahumma amin. Amin , amin, ya rabbal alamin.”
Airmata yang berjuraian disapu lembut. Terima kasih airmata kerana engkau mengalir kerana Dia bukan kerana yang akan binasa. Aisyah tersenyum nipis. Dia menghampiri jadualnya.
Pukul 3.00 petang dia akan berusrah di sekitar Taman Tasik Titiwangsa. Tidak lupa juga hari ini dia akan membuat kek untuk walid tercinta. Moga Allah mudahkan segalanya!
“Semoga Allah panjangkan umur walid, murahkan rezeki walid.” Dia memeluk erat lelaki separuh abad itu. Pipi walidnya dicium berkali-kali. Kasih sayang yang tak akan pernah cukup dengan lafaz.
“Dahlah tu, Aisyah. Bagi Along pulak.” Farish Hakimi mengusik. Aisyah tersengih. Dia mengalah. Tak perasan dia bolot ayah sorang-sorang.
Dato Hamid tersenyum lebar. Bersyukur kerana dia masih berpeluang hidup dimuka bumi ini untuk memperbaiki amalan dan bertaubat kepada Allah.
“Terima kasih sebab buat walid gembira. Umi, along dan adik, walid sayang semuanya. Walid bersyukur sangat. Alhamdulillah.”
Kek red velvet, buatan Aisyah dipotong. “Sedap tak, walid?” Aisyah menyoal. Risau juga kalau-kalau keknya tidak sesedap kek dikedai. Maklumlah, dia tidak professional dalam bidang ini. Dia cuma punya minat dan mencuba segala macam resepi.
“Alhamdulillah,sedap. Walid suka. Pandai anak walid buat.”
“Alhamdulillah.” Aisyah tersengih.
“Hmm, walid dengan umi setuju nak pergi bercuti dekat Jordan kan?” Farish Hakimi bersuara meminta kepastian. Percutian ke Jordan dihadiahkan kepada walid dan umi.
“InsyaAllah, walid setuju sangat. Walid nak tengok bumi barakah para anbiya.” Farish Hakimi tersenyum. “Bila flightnya?”
“Esok. Selama tiga hari. Cukup ke walid?” soal Farish Hakimi.
“Cukuplah tu. Buat apa lama-lama.” Aisyah mengangguk.
“Buat apa lama-lama, nanti Aisyah rindu walid dengan umi.” Aisyah merengek manja. Walid tersenyum.
“Dah besar panjang dah pun anak walid. Masih nak bermanja.” Aisyah hanya tersenyum.
Mereka sekeluarga bersama menikmati makanan tengahari istimewa. Maklumlah, umi dan dirinya masak semua lauk kegemaran walid. Hampir penuh meja dibuatnya.
“Hmm, kenyang sangat perut ni. Nasib, dah solat zohor.” Dato Hamid bersandar disofa ruang tamu. Farish Hakimi hanya tersenyum disebelah walidnya.
“Walid, Aisyah nak ke Taman Titiwangsa. Ada program sikit.” Dilihat, Dato Hamid hanya mengangguk, mengizinkannya. Pandangan Aisyah beralih melihat alongnya. Kasihan juga melihat Farish Hakimi. Dari semalam, asyik memegang telefon bimbitnya. Katanya, takut kalau isterinya menghantar mesej atau menghubunginya.
Panjangnya rajuk kak Yusra sampai hampir sebulan..
“Apa yang kamu menungkan tu?” soal uminya. Aisyah tersenyum lalu menyalam uminya.
“Tak ada apalah,umi. Aisyah pergi dulu ye.”
“Ni, bagi dekat kawan-kawan kamu tu. Umi masak lebih. Membazir kalau buang. Baik bersedekah.” Aisyah hanya mengangguk. Selepas menyalam ayah dan along, dia menghidupkan enjin kereta Myvi putih miliknya. Jam dikerling. Dia punya setengah jam untuk sampai ke destinasinya.
“Dah sejam lebih akak ada dekat depan adik-adik. Kalau akak sambung sikit lagi, boleh?” soal Aisyah. Wajah-wajah adik-adik dihadapannya, ditatap. Risau juga kalau-kalau mereka sudah bosan mendengar. Mereka menangguk seraya tersenyum. Ada juga segelintir yang menjawab ‘boleh..’ dengan pertanyaannya. Aisyah tersenyum. Dia menyambung.
“Rasulullah SAW menyatakan tiga perkara yang membolehkan seseorang berasa manisnya iman, iaitu apabila dia mencintai Allah dan Rasul lebih daripada yang lain, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekafiran seperti dia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka. Justeru itu, kemanisan dankelazatan cinta yang sebenar adalah berasaskan kepada keimanan dan keyakinan hanya sanya kepada Allah SWT.
Adik,adik, ada satu cinta yang dimana ia hakiki dan paling tinggi yang akak ingin kongsikan. Apa dia? Haa,ini, cinta yang diiktiraf oleh Islam ,cinta bersih dan suci kepada Yang Maha Pencinta iaitu Allah SWT. Ini cinta yang utama, paling utama yang kena ada dalam setiap jiwa manusia dan kemuliaan cinta hakiki dan tertinggi ini terletak pada keikhlasan kita kepada Allah swt. Sejauh mana kita ikhlas dalam mencintai Allah.
Sebenarnya, kalau adik-adik nak tahu, cinta inilah yang paling terjamin yang akan membawa kita kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Ingat adik-adik, biarlah I love Allah atau Saya cinta Allah bukan hanya dimulut. Tapi juga dihati kita. InsyaAllah. Kita berhenti disini dulu. Ada banyak lagi sebenarnya akak nak kongsikan berkenaan cinta ini. Tapi, masa begitu cemburukan akak dan adik-adik. Jadi, akak, Siti Aisyah ingin mohon maaf atas segala ketelanjuran dalam berkata,juga mohon betulkan akak, tegur akak kalau akak tersilap. InsyaAllah, sama-sama kita perbaiki diri dalam mencari cinta Ilahi tanpa lelah mahupun jemu. Izinkan akak memetik kalam dari seorang sahabat,
Tidak cukup menjadi seorang Muslim, kita mestilah menjadi seorang Muslim yang beriman. Tidak cukup beriman saja, namun kita mesti beriman dan berilmu.
Tidak cukup kita menjadi Muslim beriman yang berilmu, namun kita mesti beramal dengan ilmu itu.
Dan tidak cukup kita beramal kita mesti ikhlas dalam segala amalan. InsyaAllah.
Ingat, Beriman, berilmu, beramal, ikhlas dan seterusnya menyampaikan.
Hadis Rasulullah saw, sampaikanlah dariku walau satu ayat. Kita berkumpul, saling ingat-mengingati, tidak kira siapa kita, tua atau muda,kaya atau miskin. Kita semua sama kecuali taqwa. Wallahua’lam.”
Alhamdulillah,semua berjalan lancar. Usrah diakhiri dengan surah an-Nas dan tasbih kifarah.
“Duduklah dulu,Aisyah. Akak buat air dulu.” Aisyah mengangguk. Gadis kacukan darah Negeri dibawah bayu itu berlalu ke dapur. Beberapa minit kemudian, Yusra tiba seraya menatang sedulang minuman dan kuih gelang.
“Makanlah kuih gelang ni. Akak buat tengahari tadi.” Yusra tersenyum. Senyuman yang begitu manis. Tentu sukar sekali Farish Hakimi melupakan senyuman itu.
Kuih gelang dicapai. “Sedap, pandai kak Yusra buat.” Yusra tersenyum malu.
“Biasa-biasa aje,Aisyah.” Secawan air teh panas, dihirup perlahan.
“Apa hajat Aisyah datang sini? Mimpikan akak ke?” Yusra menyoal. Aisyah tergelak halus.
“Eh, Aisyah tak mimpikan akak lah. Ada orang yang mimpikan akak, rindukan akak.” Yusra membisu. Dia faham maksud adik iparnya. Siapa lagi yang akan mimpikan dia, rindukan dia, pasti Farish Hakimi.
Perlahan-lahan, lengan wanita yang hampir berusia 30 tahun itu,disentuh lembut.
“Bukan Aisyah nak masuk campur. Cuma, Aisyah tak nak tengok akak dengan along macam ni.” Yusra mengalih pandangan. Entah, hatinya masih terluka dengan lelaki yang bertakhta dihatinya.
“Aisyah tak faham perasaan akak.” Yusra berkata perlahan. Aisyah membisu. Cuba memberi peluang wanita itu meluahkan isi hatinya. Dia juga ingin mendengar luahan pihak Yusra.
“Kalau Aisyah berada di tempat akak pun, tentu Aisyah akan jadi macam ni. Akak tak kisah kalau Abang Farish nak nikah lagi satu. Akak tak kisah kerana dia ada hak. Tapi, akak tak sanggup kalau Abang Farish niat nak nikah diam-diam. Akak tak suka cara tu. Akak faham, akak sedar diri. Dah dua tahun kahwin, akak tak mampu nak bagi dia zuriat. Akak sedar. Tapi, jangan buat akak macam ni. Akak ada maruah, ada perasaan.” Aisyah mengusap lembut bahu kakak iparnya. Dia hanya memasang telinga. Emosinya benar-benar tersentuh mendengar luahan Yusra. Walau jari wanita itu dari tadi menyapu airmata, dia masih cuba untuk tersenyum. Biarpun tawar sekalipun.
“Sabar,kak. Tapi, Along ada minta maaf dengan akak kan? Dia menyesal,kak.” Aisyah cuba memujuk. Dia bukan ingin menyokong tindakan Farish Hakimi. Hasrat dihati, dia ingin satukan semula dua hati itu. Yusra membisu.
“Bukan niat Aisyah nak menangkan Along. Cuma, dalam keadaan ni, Along nak sangat jumpa akak.”
“Biarlah, Aisyah. Bagi akak masa.” Aisyah mengalah. Dia tidak mahu mendesak hati wanita itu. Apa-apa pun, moga Allah lembutkan hatinya.
Selepas habis bertemu dengan kakak iparnya, Aisyah ke Sinar Iman. Bangunan dua tingkat yang menempatkan tiga puluh orang anak yatim. Rindu bertemu dengan kanak-kanak yang penuh dengan keriangan, semakin menyesakkan nafasnya. Mana tidaknya, empat tahun dia tidak berjumpa dengan warga Sinar Iman.
“Ya Allah, Aisyah !” Memandangkan, tiada lelaki ajnabi disana, niqabnya dilepaskan. Dia mengukir senyuman kepada Puan Nora, pengasas Sinar Iman. Mereka berpelukan sebentar, melepas rasa rindu.
“Bila Aisyah balik Malaysia?” soal Puan Nora.
“Baru tiga bulan. Tak sempat nak datang sini. Hari ni free, itu yang Aisyah datang. Lagipun, rindu dengan adik-adik dekat sini.” Puan Nora mengoyak senyuman.
“Hmm, akak nak tanya sesuatu ni.” Pandangan beralih dari memandang gelagat anak-anak yatim di Sinar Iman yang leka menikmati beraneka coklat yang dibeli sebagai buah tangan. Dia memandang tepat wajah Puan Nora. Air muka wanita itu seperti ada sesuatu.
“Apa dia,kak? Tanya ajelah.”
“Hmm, Aisyah dah ada yang punya ke? Maksud akak, dah ada masuk meminang ke?” Aisyah menggeleng.
“Belum,kak.” Dia menjawab pendek. Dilihat, Puan Nora tersenyum penuh makna. Bagai ada sesuatu.
“Lama dah akak pendam. Macam nilah, akak ingat nak satukan Aisyah dengan adik akak, Luqman.” Hampir luruh jantungnya mendengar nama yang satu itu. Mana mungkin dia lupakan lelaki yang bernama Luqman Hakim itu. Lelaki yang dari dulu tidak pernah berhenti membuat hatinya sakit ketika di era zaman persekolahan. Dia masih teringat, lelaki itu pernah membuatkan dia dimarahi cikgu kerana menghilangkan buku sekolah. Semuanya gara-gara dia. Tapi, itu semua cerita dulu. Lelaki itu pasti sudah berubah. Apa yang dia tahu, lelaki itu mengambil jurusan agama dan melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al- Azhar, Mesir.
“Aisyah.” Aisyah kembali menatap raut wajah Puan Nora. Dia tersenyum malu. Masakan, dia boleh termenung, terfikirkan jejaka rebutan wanita dek ketampanannya.
“Termenungkan apa tu, Aisyah?” soal Puan Nora. Wanita itu masih menanti jawapan darinya. Aisyah menggelengkan kepala. “Tak ada apalah,kak.”
“Jadi, macam mana?”soal Puan Nora. Bagai mahu jawapan darinya sekarang juga.
Aisyah menarik nafas. Seeloknya, dia berfikir sebelum berbuat keputusan.
“Ermm, Aisyah fikir dulu macam mana.” Puan Nora hanya mengangguk. Dia tersenyum.
“Fikirlah. Solat, mohon petunjuk dari Allah.”
Sebulan berlalu begitu pantas. Terasa bagai ada sesuatu yang memaksanya untuk membuat satu keputusan. Dua minggu yang lalu, dia dipinang oleh keluarga Luqman Hakim. Benar, hatinya sedang buntu. Buntu memikirkan hatinya yang mahukan pada bayangan yang tidak pasti. Dalam masa yang sama, dia tidak mampu untuk menolak bayangan Luqman Hakim yang begitu prihatin dan bertanggungjawab ke atas dirinya. Lelaki itu terlalu baik kepadanya. Masakan kekecewaan yang perlu diterima oleh Luqman Hakim.
Dan hatinya sendiri juga sedang menaruh harapan pada lelaki itu! Lelaki yang tidak pernah dia kenali, namanya, pun dia tidak tahu. Apatah lagi, latar belakang lelaki itu.
Aisyah memejam mata. Erat. Bagai ada yang mebisik-bisik ditelinganya.
“Ramai lagi wanita solehah diluar sana. Mana mungkin, dia nak pilih engkau jadi suri dihati dia. Aisyah, dia bukan calang-calang lelaki. Dia lelaki yang menjadi dambaan semua wanita. Apa yang ada pada kau, Aisyah. Kau tak ada apa-apa.”
Istikharah. Benar. Bukan mudah untuk memilih. Justeru itu, dia perlu memohon petunjuk hanya pada Allah yang satu dan yang Maha mengetahui segalanya. Tanpa letih, tanpa jemu, dia perlu memohon petunjuk dalam membuat pilihan.
Aisyah istighfar seketika. Dia cuba bersikap rasional.
“Kalau dengan lebih banyak memikir, buat jiwa ini tidak mampu tenang, lebih baik, aku solat, berhubung dengan Penciptaku.”
Seusai solat, tangannya pantas mencapai surat cinta Allah. dibelek-beleknya setiap helaian. Membaca penuh tartil, tadabbur setiap ayat dengan khusyuk.
Alhamdulillah, tenang. Lebih tenang dari situasi dirinya tadi.
Hasbi Rabbi Jalallah, Ma afi qalbi Ghairullah, Cukup bagiku hanya Allah, tiada dihatiku selain Allah. Diulang-ulangnya zikir.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat kepada Engkau dengan ilmu yang ada padaMu, dan aku memohon kekuasaan-Mu untuk menyelesaikan segala urusanku dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon kepadaMu sebahagian kurniaMu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih baik pula padaku di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.
Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih buruk pula padaku di dunia dan akhirat, maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha dalam menerimanya.”
Pagi itu, sengaja dia berdiri dibalkoni biliknya, mengambil angin pagi yang seronok menampar lembut pipinya. Dengan hanya permandangan jalan raya di ruang pandangan yang jauh, sudah cukup buat hatinya bersyukur dan merasakan nikmat kehidupan, nikmat iman dan islam dalam jiwanya. Kelihatan jalan raya masih lengang. Tidak banyak kereta yang meluncur laju. Tunggu jarum jam hampir ke angka lapan, jalan raya pasti dipenuhi dengan kereta. Semua tidak sabar ingin tiba ke destinasi masing-masing. Pandangannya beralih, kali ini dia leka memandang langit yang mula cerah. Ada beberapa ekor burung mula berterbangan. Nikmat siang yang Allah beri untuk manusia keluar mencari rezeki. Syukur, ya Allah kerana masih berpeluang untuk melihat dan merasakan nikmat-nikmatMu.
“Pasal Luqman tu, kau dah fikir macam mana?” tiba-tiba, Amira menyoal. Aisyah hanya tersenyum tawar.
“Aku tak pasti, Mira.” Aisyah tunduk.
“Kau masih tunggu lelaki tu?”
“Aku sendiri tak tahu kenapa hati aku berharap pada dia, Mira.” Amira meneruskan soalannya.
“Luqman?” Aisyah membisu.
“Maksud aku perasaan kau pada Luqman?” Aisyah meraup wajahnya. Buntu! Dia sendiri tidak tahu jawapannya.
Aisyah menarik nafas berat. Perbualannya dengan Amira beberapa hari yang lepas masih terngiang-ngiang ditelinganya. Apa aku perlu berhenti mengharap pada yang tidak mungkin? Dia menyoal hatinya.
Jauh juga selepas sarapan, walid membawanya. Lebih kurang dua jam dia duduk didalam kereta ke Pantai Bagan Lalang. “Ada apa walid bawa Aisyah ke sini? Jauh betul..”
Dato Hamid tersenyum. “Aisyah cintakan Luqman?”
Aisyah yang dari tadi leka memandang kulit-kulit siput yang terdampar dipantai, terus mendongak. Terkejut dengan soalan yang dilontarkan walidnya.
“Maksud walid? Kenapa walid tanya macam tu?” soalan dibalas dengan soalan.
Dato Hamid membisu. Dia memakukan langkah ditengah pantai. Pandangannya tepat memandang lautan biru yang terbentang luas.
“Walid tengok Luqman tu, orang yang baik. Lelaki yang baik. Walid yakin, kalau dia jadi suami Aisyah, insyaAllah, dia akan menjadi suami yang baik. Terus terang, walid sukakan dia. Tengoklah, masa Aisyah kena kacau dengan mamat hari tu, betapa risaunya dia dan dia jugalah yang buat mamat tu dalam penjara. Walid dapat lihat sikap tanggungjawab dia.” Aisyah tunduk. Dia akui semua yang dikatakan walid. Tidak satu pun sikapnya untuk dinafikan. Luqman Hakim, lelaki itu terlalu baik orangnya. Tidak pantas untuk dikecewakan.
Cuma, dia masih pelik mengapa hatinya sedikit pun tidak terbuka buat lelaki itu? Hatinya ragu-ragu untuk menerima Luqman Hakim menjadi suaminya. Ya Allah, bantulah hambamu.
Meski payah, ditolak juga perasaan itu jauh-jauh. Beberapa kali diingatkan dirinya, Dia sudah berbuat keputusan hujung bulan lepas. Dia sudah memilih untuk menjadi zaujah Luqman Hakim dan esok, dia akan menjadi isteri Luqman Hakim yang sah. Tapi, Mengapa hati ini masih mahu berharap pada yang tak pasti? Sedarlah, wahai Siti Aisyah. Dia mungkin bukan ditakdirkan menjadi jodoh kau. Masih ramai lagi diluar sana, wanita yang solehah-solehah untuk diri dia. Luqman terlalu baik. Aisyah menggelengkan kepala. Dia tidak mahu melayan semua perasaan itu.
“Ya Allah, andai tiada jodoh antara kami, berikanlah aku kekuatan supaya aku sentiasa redha diatas segala ketentuan Engkau.”
“Aisyah..” kedengaran suara umi memanggilnya disebalik pintu biliknya. Tanpa berlengah, Aisyah terus memulas tombol pintu. Dia memandang tepat wajah tua itu. Meski sudah berusia, kulit uminya masih bersih. Berkat mengamalkan selawat anwar barangkali..
“Aisyah,walid panggil bincang dekat bawah.” Datin Zainab memberitahu. Kening Aisyah hampir bercantum. “Berbincang?” dia menyoal. Uminya hanya mengangguk.
Aisyah akur. Entah, jantungnya mula berdegup laju dari tempo asal. Terasa seperti mahu tercabut. Ya Allah, tenangkan hati ini.
Aisyah mengambil tempat disebelah uminya. “Ada apa, walid, umi?”
Dia cuba tersenyum tawar, cuba menyedapkan hati. Berita dan perkara apakah yang perlu dibincangkan malam-malam begini? Pelik.
Lama menunggu, Dato Hamid bersuara lemah.
“Ini semua perancangan Allah. Aisyah kena redha.”
“Maksud walid?” soal Aisyah. Dia tidak betah menunggu lama-lama. Hatinya benar-benar ingin tahu.
“Luqman batalkan pernikahan pagi tadi. Dia dah ada calon baru.” Terasa hatinya bagai dihempas. Aisyah cuba mengawal emosi. Dia cuba berlagak rasional. Ya, semua yang berlaku adalah perancangan Allah untuknya.
“Tapi, kan kita dah siapkan semuanya?” bergetar suaranya. Tahan, Aisyah. Tahan.
Melihat Dato Hamid bagai ketandusan bicara, dia menyambung.
“Taka da apa-apa yang Aisyah nak cakap melainkan Aisyah serahkan semuanya pada Allah dan walid dengan umi. Aisyah redha, walid.” Aisyah membisu. Tubuhnya menyandar disofa ruang tamu. Dia benar-benar kecewa melihat sikap Luqman Hakim. Dimana perginya sikap bertanggungjawabnya, amanahnya, kewibawaannya?
Aisyah memejamkan mata. Astaghfirullah, dia tidak seharusnya menyoal kenapa itu, kenapa ini. Ini semua takdir dari Allah. Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah lebih baik. Hati yang redha dengan segala ketentuan Allah, tidak akan membuat banyak persoalan. Ya Allah, berikan kekuatan untuk aku redha atas segalanya.
Kalau kau tahu, Luqman. Kerana kau, aku cuba buang perasaan untuk dia jauh-jauh. Tapi, sekarang, semuanya jadi sia-sia. Hatinya berbisik.
“Kalau itu keputusan Aisyah untuk serahkan kepada kami, walid nak nikahkan Aisyah dengan Asyraf Rayyan, pengganti Luqman Hakim. InsyaAllah. Macam mana pun, Majlis ini kena teruskan.”
Asyraf Rayyan? Beberapa kali nama itu meniti dibibirnya. Siapa lelaki yang bakal menjadi zaujnya?
Belum sempat dia menyoal. Dato Hamid bersuara. “Tak ada apa yang perlu dibincangkan.”
“Ya Allah, sesungguhnya aku serahkan hidupku, matiku, jodohku, rezekiku hanya kepadaMu. Maka, permudahkan segala urusanku.”
Aisyah tersenyum. Seketika, dia teringatkan Farish Hakimi dan Kak Yusra. Dia masih teringat alongnya memujuk kak Yusra. Betapa romantiknya dan dia tidak pernah tahu Farish Hakimi berbakat dalam menyanyi sambal bermain gitar.
“I thought of this before over a million times
Who would’ve ever thought that it would be our time?
I just know it, ’cause you’re the one
It ain’t a selfish love, when I’m with you
You remind me of Allah, and so I know it’s true
I’ll just say it: you are the one
Won’t you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won’t you be my partner after this world?
We’ll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, ’cause you’re the one for me
I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I’ll just say it, ’cause you’re the one
And when times are tough, and we’ve got the world to see
Standing right beside you is where I want to be
I just know it: you are the one
Won’t you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won’t you be my partner after this world?
We’ll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, ’cause you’re the one for me
I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine?
I just know it, ’cause you’re the one
And when there’s gray in our hair and we’ve not much to do
I want to spend the rest of my days with you…
Oh don’t you know it?
You are the one, you are the one
Oh won’t you be the one?”
Sambil memetik gitar, Farish Hakimi mendendangkan lagu bertajuk ‘You are the one’ buat isterinya. Tubuh kecil itu dirangkul. Yusra memukul lembut dada suaminya.
“Kenapa tipu Yusra? Yusra ingat abang dalam bahaya.” Farish Hakimi tersenyum.
“Maafkan abang. Kalau abang tak buat macam tu, Yusra tak nak jumpa abang.” dia menarik isterinya ke dalam dakapannya. Rindu semakin membuak-buak kepada Yusra.
“You are the one to me. Tak ada yang lain. Percayakan abang, maafkan abang,sayang sebab buat airmata isteri abang jatuh sebab abang.”
Alhamdulillah, Farish Hakimi sudah bersatu semula bersama Yusra. Aisyah memandang sebentuk cincin emas bertatahkan berlian dijari manisnya.
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan
segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung
kepadaMu daripada keburukannya dan segala keburukan
yang Engkau ciptakan pada dirinya.”
Doa yang diajar Rasulullah saw didalam hadis baginda yang diriwayat oleh Abu Daud. Aisyah memejam erat matanya. Bagaimana mungkin dia ingin lupakan momen tangan insan yang digelar suami diatas ubun-ubun kepalanya seraya membaca doa. Wajahnya merona merah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa kuatnya debaran didadanya.
Asyraf Rayyan, dia kini milik Asyraf Rayyan. Bukan milik Luqman Hakim, bukan jua lelaki yang diimpikan. Seketika,pintu bilik, dikuak perlahan. Asyraf Rayyan menapak masuk ke dalam biliknya lalu terus melabuhkan punggungnya disebelah isterinya. Lelaki itu tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Hampir terpana dirinya melihat senyuman semanis paflova itu.
“Tak, tak mengantuk lagi.” Sepi. Bukan ketandusan bicara. Cuma, malu masih menebal.
Aisyah menarik nafas, dia perlu jujur dengan lelaki yang kini menjadi suaminya. Asyraf Rayyan, dengan redha lelaki itu, dia ke syurga. “Abang..” dia memanggil lembut. Asyraf Rayyan memandangnya. Lama pandangan mereka bertaut. Suaminya, direnung dalam.
Diberanikan dirinya menyentuh lembut jari-jemari Asyraf Rayyan, membuang rasa malu yang tidak perlu hadir. Mereka halal. Asyraf Rayyan suaminya yang sah.
“Abang.. Aisyah nak minta maaf. Sebelum Aisyah nikah dengan abang dan sampai sekarang hati Aisyah masih ada untuk lelaki pertama yang menyentuh hati Aisyah.Tapi, Aisyah janji dengan abang, Aisyah akan cuba lupakan dia demi abang.” Airmatanya gugur berjuraian. Entah, tiba-tiba, hatinya dipagut rasa bersalah. Sebak mencengkam jiwa. Asyraf Rayyan mendekati isterinya. Hujung jarinya menyapu lembut airmata isterinya.
“Shh..shh.. tak comel lah isteri abang menangis macam ni. Aisyah tak salah apa-apa pun.” “Tapi..” Aisyah masih memandang suaminya. Pelik.
Tubuh kecil isterinya ditarik ke dalam pelukannya. “Buat apa abang nak marah sedangkan lelaki pertama yang menyentuh hati Aisyah, suami Aisyah sendiri.” Aisyah mendongak, memandang wajah bersih milik Asyraf Rayyan.
“Suami Aisyah sendiri? maksud abang?” Asyraf Rayyan tersenyum.
“Kalau Aisyah nak tahu, akaun Pencinta Syahid itu akaun abang.”
Lidahnya kelu. Matanya berkaca. Hanya terukir senyuman dibibir merahnya. Dia benar-benar tidak sangka, lelaki yang menjadi impiannya, lelaki yang dianggap mustahil menjadi suaminya,kini dihadapan matanya dan dia kenal lelaki itu. Asyraf Rayyan! Lelaki pertama yang menyentuh hatinya. Sungguh,perancangan Allah benar-benar hebat.
“Betul ke abang?” dia menyoal, meminta kepastian.
Asyraf Rayyan tersenyum, pipi gebu isterinya, dicuit perlahan.
“Betul, sayang..” Aisyah merangkul erat suaminya.
“Terima kasih,abang.. terima kasih sebab terima Aisyah jadi isteri abang.”
“Terima kasih aje?” Dia memandang suaminya. Asyraf Rayyan tersenyum nakal.
“Abang ni..” Aisyah memukul lembut dada bidang Asyraf Rayyan.
“La.. tak kan nak manja dengan isteri pun tak boleh.” Tangannya mengusap lembut rambut isterinya. Dicium pula ubun-ubun isterinya. Aisyah menyembamkan wajahnya didada bidang suaminya, menyorokkan wajahnya yang mula merona merah. Dia malu.
“Taka da yang lain dalam hati Aisyah, ada abang sorang je.” Dia berbisik kecil. Cukup untuk buat suaminya yang mendengar.
“Pandang abang.” dagu isterinya , dipegang lembut, menatap wajahnya. Diteliti setiap inci wajah putih mulus Siti Aisyah. Gadis kelahiran kacukan melayu-pakistan ini benar-benar mengusik jiwanya.
“Kita pernah jumpa. Aisyah ingat tak?” Aisyah mengerutkan dahi. Cuba menyelongkar kotak ingatannya. Seketika, “Abang lelaki yang..” kata-katanya terhenti apabila melihat rantai kunci yang tertulis namanya didalam bahasa jawi ditangan Asyraf Rayyan.
“Abang,lelaki yang kena serang dengan seorang lelaki badan besar masa Aisyah datang dekat butik tu.” Aysraf Rayyan menyambung.
“Tapi, macam mana abang tahu ni Aisyah punya?” Asyraf Rayyan tersenyum. Pinggang isterinya dipaut lalu ditarik lembut mengiring menghadapnya. Tangannya mula bermain-main hujung rambut ikal mayang isterinya separas pinggang.
“Tanya apa?”soal Asyraf Rayyan. Sengaja dia mengusik isterinya. Aisyah sudah memuncung. Seketika, pipi mulus milik isterinya dikucup lembut.
“Aisyah tanya apa?” dia menyoal sekali lagi.
“Aisyah tanya, macam mana abang tahu tu Aisyah punya?”
“Know what, Aisyah. Aisyah memang ditakdirkan untuk abang. Farish Hakimi atau pun along Aisyah, kawan abang. Aisyah tercicir keychain tu masa dekat butik, abang simpan. Tak tahu pula, masa jumpa dia, sahabat baik abang merangkap abang ipar abang kenal adik dia punya keychain. Dari situ, abang kenal Aisyah. Abang cuba dapatkan Aisyah tapi tak sangka Luqman muncul dulu.” Aysraf Rayyan mematikan kata. Ketika itu, hanya Allah yang mengetahui isi hatinya. Pipi isterinya, disentuh lembut.
“Tapi, perancangan Allah siapa tahu. Luqman batalkan perkahwinan seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan.”Sekali lagi, dahi Aisyah berkerut.
“Seminggu ? bukan sehari ke?” Asyraf Rayyan tersenyum.
“Seminggu sayang. Ni semua plan walid dengan along. Dia orang tak nak bagi tahu Aisyah, sebab takut Aisyah sedih and mengalah. And one more thing, dia orang juga dapat tahu yang rupanya orang tu.. secret admirer abang dah bertahun-tahun lamanya.” Lengan Asyraf Rayyan, dicubit lembut.
“Abang!” Asyraf Rayyan tersenyum
“Abang tak cakap pun yang isteri abang jadi secret admirer abang tapi, tak tahulah kalau memang betul apa yang abang cakapkan ni.” Asyraf Rayyan mengusik lagi.
“Tengok tu.. abang ni.” Aisyah mula hendak bangkit sebelum tangan kekar milik suaminya sudah kejap menghalang dipinggangnya.
“Yalah. Abang gurau je.” Aisyah tersenyum malu memandang suaminya.
“Macam mana abang tahu Aisyah admirer abang?” Aisyah masih ingin bertanya, Rupanya banyak juga yang dia tidak tahu. Kejutan yang dirancang walid dengan Along meman benar-benar menjadi.
“Ish, banyaknya soalan yang abang nak kena jawab. Ingatkan dah habis tadi.”Asyraf Rayyan merungut manja. Tangan Aisyah disentuh, digenggam erat.
“Abang pun baru tahu, rupanya Amira tu sepupu jauh abang. Dia cerita kat abang,lepas tahu akaun pencinta Syahid itu milik abang. Dah? Ada lagi nak tanya?” Aisyah menggeleng.
“Betul ni?” Aisyah mengangguk. Wajah lelaki itu dipandang tepat. Sepasang mata hazel itu menawan hatinya ditambah pula dengan senyuman lelaki itu, benar-benar membuatkan hatinya cair bagai mentega.
“Hmm,tadi, walid dengan umi ada beritahu abang,dia orang teringin nak ada cucu. Aisyah dah sedia?” Asyraf Rayyan tersenyum nakal. Hidung isterinya yang mancung, dicuit kecil. Dahi isterinya dikucup syahdu kemudian jatuh ke bibirnya.Asyraf Rayyan berbisik penuh romantis. “Ana uhibbuki fillah.”
Dengan sepotong doa, Asyraf Rayyan sudah membawanya belayar bersama bahtera cinta.
Tidak pernah bertemu, tak pernah kenal, nama pun tidak pernah tahu, siapa sangka mampu bersatu. Jodoh, rahsia Allah.
Asyraf Rayyan, jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz, ditakdirkan untuknya. Apa yang pasti, episod percintaan mereka baru bermula. Terima Kasih,ya Allah kerana Engkau jadikan