Apakah Yang Akan Saya Lakukan Jika Sekiranya Saya Memiliki Satu Juta Dollar?
Inilah Langkah Kelima Untuk Mencapai Kekayaan
Imaginasi Ini Adalah Satu Bengkel Kerja Bagi Pemikiran Kita.
Dua Bentuk Imaginasi.
Latihlah Daya Khayalan Anda Itu!
Hukum Yang Menuju Ke Arah Harta Dan Kekayaan.
Bagaimana Membuat Imaginasi Itu Berguna dan Praktis Bagi Kita.
Cerek Yang Mengagumkan.
Apakah Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Memiliki Satu Juta Dollar?
Bagaimana Menyalurkan Gagasan Itu Menjadi Satu Kenyataan.
Kisah Coca Cola itu membuktikan kebenaran peribahasa lama, yakni ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ Hal ini ditekankan benar oleh pendidik utamanya yang telah membina diri saya, yakni Frank W. Gunsaulus. Beliau telah memulakan
pekerjaannya sebagai paderi di kawasan perdagangan haiwan di kota Chicago.
Ketika Dr. Gunsaulus menjalani kehidupan di pusat pengajian tinggi di Amerika, maka beliau telah meninjau banyak kelemahan dalam sistem pendidikan di negerinya. Beliau yakin bahawa kekurangan-kekurangan itu dapat diperbaiki apabila beliau mendapat jawatan sebagai rektor di sebuah universiti.
Lalu beliau pun merancang hendak mendirikan sebuah pusat pengajian tinggi yang baru yang beliau boleh melaksanakan gagasannya itu menjadi kenyataan, tanpa dihalangi oleh kaedah pendidikan yang kolot itu.
Akan tetapi beliau memerlukan satu juta dollar untuk mendirikan projek yang baik itu. Bagaimanakah caranya beliau harus berusaha supaya dapat menghimpun jumlah wang yang begitu banyak? Itulah satu pertanyaan yang memenuhi hati paderi yang masih muda dan penuh cita-cita itu.
Bagaimanapun nampaknya seperti beliau tidak berupaya mencapai suatu langkah pun untuk maju.
Setiap malam beliau selalu membawa gagasan itu dalam hatinya sebelum tertidur di katilnya. Apabila beliau bangun pagi- pagi, gagasan itu masih terdapat dalam otaknya. Ke manapun beliau pergi, beliau membawa terus gagasan itu. Berkah-kali beliau membenamkan secara mendalam gagasan itu dalam hatinya, sehingga beliau seakan-akan dirasuk dengan gagasan itu.
Sebagai seorang ahli falsafah dan seorang paderi, Dr. Gunsaulus menyedari bahawa semua orang yang berjaya dalam hidupnya telah memulainya dengan satu tujuan dan tekad yang pasti. Dari titik tolak inilah seseorang mulai melaksanakan cita- citanya selanjutnya. Beliau juga menyedari bahawa tujuan dan tekad yang bulat itu dapat memberi tenaga dan kehidupan, asal sahaja harus disertai hasrat yang menyala-nyala untuk melaksanakan gagasan itu menjadi satu kenyataan yang wujud.
Beliau menyedari semua kebenaran ini, akan tetapi beliau tidak tahu dari mana beliau harus mencari wang satu juta dollar itu. Seringkali seseorang, apabila berhadapan dengan keadaan demikian, dengan cepat akan bersikap menyerah dan meninggalkan sahaja gagasan itu begitu sahaja. Orang itu akan mengatakan, “Ya, gagasan saya memang cukup baik, akan tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa dengannya. Sebab saya tidak mampu mencari wang satu juta dollar itu”.
Itulah yang akan dikatakan oleh kebanyakan orang. Akan tetapi bukan demikian sikap yang diambil oleh Dr. Gunsaulus. Apa yang beliau ucapkan dan beliau lakukan adalah begitu penting, sehingga saya akan mengemukakan di sini kepada Anda tanpa perlu menambahkan apa-apa lagi. Kata-kata itu cukup jelas dibicarakannya sendiri.
“Pada suatu petang hari Sabtu, saya masih duduk termenung di dalam bilik saya memikirkan bagaimana caranya saya harus mendapatkan wang untuk melaksanakan cita-cita saya itu menjadi satu kenyataan. Selama hampir dua tahun lamanya saya memikirkan hal itu, akan tetapi tidak ada hal lain yang saya kerjakan kecuali berfikir secara melulu.
“Saatnya sudah tiba saya harus mengambil tindakan secara nyata!
“Lalu saya pun mengambil keputusan dalam fikiran saya, dj tempat itu dan pada waktu itu juga, bahawa saya harus memperolehi wang sebanyak satu juta itu dalam masa satu minggu. Bagaimanakah caranya? Sedikit pun saya tidak berasa khuatir soal itu. Persoalan pokok yang penting dalam hal ini ialah keputusan yang telah saya ambil untuk memperolehi wang itu dalam jangka waktu tertentu. Dan inilah yang perlu saya katakan kepada Anda, bahawa pada saat saya membuat keputusan yang tegas untuk mencari jumlah wang itu dalam jangka waktu yang tertentu pula, maka diri saya seperti diseliputi oleh satu perasaan aneh. Satu perasaan lega dan meyakinkan, yang belum pernah saya alami sebelumnya. Ada sesuatu di dalam diri saya seakan-akan berkata’, “Mengapa kamu tidak mencapai keputusan dahulu? Jumlah wang itu telah lama menunggu kamu selama ini!”
Segala sesuatu nampaknya berjalan dengan cepatnya. Saya memuatkan sebuah berita dalam suratkhabar bahawa saya akan memberikan ceramah pada hari esok dengan judul, “Apa yang patut saya lakukan jika sekiranya saya memiliki satu juta dollar”.
Maka dengan segera saya bekerja keras untuk menyusun bahan ceramah saya itu. Dan terus terang saya katakan, bahawa pekerjaan itu tidaklah sulit bagi saya, sebab bukankah saya telah berkecimpung setiap hari dengan bahan pemikiran itu hingga selama dua tahun? Sungguh tidak sukar bagi saya.
Jauh sebelum larut malam, saya dapat menyelesaikan bahan ceramah saya itu. Saya pergi tidur dan tidur dengan perasaan penuh keyakinan, sebab saya sudah dapat membayangkan diri saya berada sambil berdiri di sana seraya memiliki satu juta dollar itu dalam tangan saya.
Keesokan harinya saya bangun pada awal pagi dan terus ke bilik mandi, membaca sekali lagi bahan ceramah saya itu. Kemudian saya berlutut dan berdoa agar ceramah saya itu boleh menggerakkan hati seseorang yang dapat membantu saya memberikan wang yang saya perlukan itu
.Sementara saya masih berdoa itu, saya memiliki kembali perasaan seperti yang saya rasakan sebelumnya. Saya berasa seperti yakin benar bahawa wang itu pasti datang. Oleh kerana kegirangan yang meliputi hati saya itu menggelora, menyebabkan saya terlupa untuk membawa bahan ceramah saya. Saya hanya menyedari hal itu tatkala saya Sudah memijak lantai mimbar dan bersedia untuk memulakan ceramah saya.
Sudah terlambatbagi saya untuk pulang dan mengambil bahan ceramah itu. Dan saya bersyukur bahawa saya tidak lagi sempat untuk kembali. Sebab hal ini merupakan satu berkat yang terselindung bagi saya! Sebab keadaan alam bawah sedar sayalah yang telah menampung isi ceramah itu yang saya perlukan untuk diketengahkan. Tatkala saya bangun untuk memulakan ceramah saya itu, maka sayapun menutup mata saya, kemudian berbicara dengan segenap isi hati saya dan jiwa saya tentang apa yang telah lama saya impi-impikan itu. Saya membayangkan diri saya bukan sahaja berbicara terhadap orang- orang yang saya hadapi itu, tetapi juga terhadap Tuhan. Saya kemukakan apa yang saya akan lakukan jika sekiranya saya memiliki wang satu juta dollar itu di dalam tangan saya. Saya menghuraikan soal rancangan dan gagasan saya itu. Saya merancang hendak membangunkan sebuah institusi pendidikan yang baru, yang cukup besar dan luas, tempat anak-anak muda boleh menjadikannya suatu wadah untuk mempelajari hal-hal yang praktis yang sekaligus dapat memperkembangkan daya fikiran mereka itu. ‘
Sewaktu saya selesai menyampaikan ceramah saya itu dan duduk kembali di kerusi, maka seorang lelaki berdiri perlahan- lahan dari tempat duduknya yang terletak lebih kurang tiga baris dari deretan bangku paling belakang. Orang itu melangkah ke hadapan lalu menuju ke pentas. Saya bertanya-tanya dalam keadaan ternganga, apa yang harus saya lakukan kelak. Dan apa pula yang akan dilakukan orang itu. Beliau naik ke atas mimbar, merentangkan kedua belah tangannya dan berkata, “Tuan Gunsaulus, saya selalu mendengar ceramah Anda. Saya yakin bahawa Anda boleh melakukan sesuatu yang telah Anda kemukakan itu, bila Anda memiliki satu juta dollar. Untuk membuktikan bahawa saya yakin benar akan hal itu dan percaya sungguh terhadap ceramah Anda itu, maka Anda boleh datang ke pejabat saya pada pagi esok. Saya akan memberikan kepada Anda wang satu juta dollar itu. Nama saya adalah Phillip D’Armour”.
Dr. Gunsaulus mengunjungi pejabat Tuan D’Armour keesokan paginya dan wang satu juta dollar itupun diberikan kepadanya` Dengan wang itu beliau mendirikan Institut Teknologi Armour, yang kini terkenal dengan nama lnstitut Teknologi Illinois.
Wang satu juta dollar itu datangnya hasil dari satu cetusan gagasan. Di sebalik gagasan itu terdapat hasrat yang diidami oleh Dr. Gunsaulus selama dua tahun.
Perhatikan fakta yang penting dalam kejadian ini. Dr` Gunsaulus telah memperolehi wang itu hanya dalam waktu tiga puluh enam jam setelah beliau mencapai satu keputusan yang tegas dalam pilihannya untuk bertekad memperolehi jumlah wang itu. Dan untuk itu beliau telah menyusun satu rancangan yang mantap tentang bagaimana caranya memperolehi wang tersebut.
Tiada sesuatu yangbaru atau aneh dalam usaha Dr. Gunsaulus ini. Tidak ada yang luar biasa dalam cara pemikirannya tentang soal wang satu juta dollar itu. Beliau memiliki harapan seperti setiap orang lain juga mempunyai harapan yang sama. Orang- orang lain sebelum beliau pun sudah mempunyai pemikiran yang sama, akan tetapi terdapat satu hal yang istimewa bagi diri Dr. Gunsaulus yang masih muda usia itu. Yang unik dan berbeza dari yang lainnya ialah pada petang hari Sabtu itu beliau terus menyisihkan pemikirannya yang serba kabur selama ini dan mengambil keputusan yang tegas, “Saya harus memperolehi jumlah wang itu dalam masa satu minggu”.
Dan yang membesarkan hati serta semangat kita ialah bahawa prinsip yang dijalankan oleh Dr. Gunsaulus itu dalam memperolehi satu juta dollar itu masih tetap hidup sekarang ini! Cara itupun boleh Anda tempuhi, yang merupakan satu hubungan universal yang boleh berlaku sekarang ini juga. Tidak ada bezanya pada waktu Dr. Gunsaulus itu berhasil mencapai kejayaannya itu.
Bagaimana Menyalurkan Gagasan Itu Menjadi Satu Kenyataan
Perhatikan usaha Asa Cadler dengan Dr. Gunsaulus itu. Mereka mempunyai satu ciri yang sama. Keduanya menyedari kebenaran yang mengagumkan itu, yakni sesuatu gagasan itu boleh diwujudkan dalam bentuk yang nyata melalui tenaga penentuan tujuan yang tegas serta pelaksanaan rancangan yang tegas juga.
Kalau Anda adalah tergolong antara salah seorang manusia yang memiliki keyakinan bahawa kerja keras dan bersikap jujur itu sudah Cukup untuk mendatangkan kekayaan, maka Anda akan kecewa. Buanglah pendapat seumpama itu jauh-jauh! Sebab pendapat itu tidak benar! Kekayaan yang datangnya bertumpuk-tumpuk itu tidaklah mungkin hanya boleh dicapai dengan kerja keras sahaja. la bukanlah hasil kerja keras semata- mata. Kekayaan yang datang itu adalah hasil tindak balas dari satu tuntutan yang tegas yang berdasarkan kepada penerapan prinsip-prinsip yang tegas dan bukannya oleh hal-hal yang secara kebetulan atau oleh nasib baik semata-mata.
Pada umumnya dapatlah dikatakan bahawa suatu gagasan itu adalah satu dorongan yang menggerakkan satu tindakan dengan cara menghimbau daya imaginasi seseorang. Semua jurujual yang ulung mengetahui bahawa gagasan dapat dijual sekalipun bidang perniagaan tidak mampu melakukannya. Para jurujual dari golongan jurujual biasa tidak akan memahami hal ini. Itulah sebabnya mereka tidak memiliki keistimewaan dan terus tetap tinggal seperti biasa sahaja nasib mereka itu.
Sebuah penerbitan buku yang berharga murah telah menemui satu kenyataan, yang boleh diambil sebagai pengajaran oleh kebanyakan penerbit. Ia menyedarkan bahawa kebanyakan orang lebih suka atau tertarik dengan sesebuah buku itu berdasarkan judul buku tersebut. Mereka kurang memerhatikan isi kandungan buku itu. Oleh yang demikian dengan hanya mengubah nama buku yang tidak menarik itu, maka jualan buku itu akan melambung pasarannya lebih daripada satu juta naskah. Isi kandungan buku itu tetap sama. tidak mengalami perubahan sedikit pun. [3 hanya mengoyakkan kulit buku yang tidak laku itu dan menggantikannya dengan judul yang-lebih menarik. Buku itu telah mencapai tingkat jualan ‘box-office’.
Begitu mudah sebenarnya kedudukan persoalan ini. Dan pucuk pangkalnya hanya terletak pada satu gagasan sahaja. Persoalan itu ialah adakah kita menggunakan daya imaginasi kita atau tidak?
Tidak ada sebarang harga yang tertentu terhadap sesuatu gagasan. Pencipta gagasan itu sendirilah merupakan pemberi nilai kepada harga gagasan itu sendiri. Apabila beliau berhasil dalam membuat pernilaian itu, maka beliau juga akan memperolehinya.
Kisah terbentuknya setiap awal kekayaan yang besar itu biasanya bermula dari saat pencipta gagasan itu dan penjual gagasan itu berpadu dan bekerjasama dalam suasana yang sehaluan. Andrew Carnegie dikelilingi oleh orang-orang yang menciptakan gagasan itu dan orang-orang yang melaksanakan gagasan-gagasan tersebut. Dengan itu, Carnegie menempatkan dirinya bersama-sama dengan orang-orang yang sehaluan pemikiran dengannya, sehingga mewujudkan satu tenaga kekuatan yang luar biasa untuk mencapai kekayaan yang besar itu.
Berjuta-juta umat manusia yang menempuh perjalanan hidup ini dengan satu harapan iaitu mereka ingin mengalami nasib yang baik. Sememangnya seseorang itu boleh mendapatkan nasib yang baik, tetapi cara yang paling selamat, bukannya terletak kepada sekadar harapan sahaja. Sebaliknya nasib kita akan benar-benar baik sekiranya kita memperolehi peluang yang besar itu dalam kehidupan kita. Tetapi ia hanya datang setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersusah payah selama dua puluh lima tahun. Seluruh hidup saya ini, saya abadikan kepada peluang itu sebelum peluang itu menjadi suatu kenyataan.
Nasib baik yang terdiri dan’ peluang baik itu telah diperolehi oleh Andrew Carnegie dan menjalinkan hubungan yang baik dengannya. Melalui peluang tersebut, Carnegie menanamkan satu gagasan di dalam fikiran tentang cara untuk menyusun prinsip bagaimana caranya untuk mencapai kejayaan itu. Ini merupakan satu falsafah hidup. Ribuan orang telah mendapat kebaikan daripada penemuan yang telah dilakukan oleh orang selama dua puluh tahun sejak kebelakangan ini dalam bidang penyelidikan. Sejumlah besar harta kekayaan berjaya didapati dengan cara menerapkan falsafah ilmu ini. Permulaannya sangat sederhana
sahaja. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu gagasan yani boleh diperkembangkan oleh setiap orang di mana sahaja mereke berada.
Nasib baik itu menimpa diri Andrew Carnegie. Namun ia tidak jatuh begitu sahaja daripada langit! la telah turun melalui peringkat pengambilan keputusan yang tegas, menentukan tujuan sasaran yang tepat, serta hasrat untuk mencapai tujuan itu, usaha dan daya keupayaan yang tekun selama dua puluh lima tahun tanpa mengenal erti menyerah. la bukan merupakan cetusan kehendak yang biasa. Sebaliknya merupakan satu hasrat yang berkobar-kobar, yang dapat mengatasi rasa kecewa, rasa putus asa, kekalahan sementara, kritikan dan peringatan yang tidak henti-henti supaya kita tidak membuang waktu secara sia- sia. Hasrat itu harus merupakan satu hasrat yang menyala- nyala! Satu hasrat yang membuatkan seseorang itu diresapi oleh matlamat yang hendak dicapai itu.
Tatkala gagasan itu ditanamkan pada mula-mulanya oleh Tuan Dale Carnegie di dalam fikiran saya, maka pemikiran itu perlu dipupuk dan dijaga dengan sebaik-baiknya, agar ia tetap berada dalam keadaan yang hidup. Lambat laun gagasan itu akan tumbuh menjadi sebuah gagasan yang besar dengan bantuan ketenangan yang dipupuk dan ditumbuhkannya sendiri. Dalam melalui kekuatan tenaga itu sendiri, maka gagasan itu akan mengetepikan semua halangan dan rintangan.
Gagasan adalah tenaga yang tidak kelihatan dan tidak boleh dirasai kewujudannya. Namun gagasan itu merangkumi kekuatan dan kuasa yang lebih besar daripada tenaga otak yang merupakan saluran untuk melahirkan gagasan itu. Gagasan tersebut mempunyai tenaga kemampuan untuk tetap bertahan hidup, walaupun kewujudan otak seseorang itu sudah lama menjadi abu di dalam perkuburan. Gagasan itu adalah bersifat kekal.
IMAGINASI ATAU DAYA KHAYALAN
If you cannot see the audio controls, listen/download the audio file here
via Blogger http://ift.tt/1n0KWSX














