Kerja kerajaan ni susah sebenarnya lagi2 jabatan penerangan. Fungsi penerangan ni memang kene banyak program kuatkan network dgn masyarakat. Yang tak bestnye adalah, bajet yg disediakan kerajaan utk buat program tidak mencukupi. Tapi kertas kerja/report nak nampak gempak. Bayangkan lah bajet yang diberi hanya lulus untuk makan minum sahaja. Tapi bajet untuk macam cabutan bertuah, permainan dgn masyarakat kerajaan expect kita keluarkan diri sendiri. Takkan nak guna duit sendiri ? Kita bekerja diberi gaji, bukan kita mengeluarkan gaji kita untuk program kerajaan. Kerajaan yang patut sediakan peruntukkan untuk merealisasikan sesuatu program. Bajet yang disediakan lulus untuk bekalan makan minum sahaja. Misal kata penjawat awam yang menguruskan program terpaksa ambik beberapa percent untuk tambah slot seperti game, cabutan bertuah, baju program dan sebagainya, takkan bila audit sprm nak salahkan penjawat awam yang dipaksa utk pastikan slot2 tu smua kene ada dalam report !!?? Takkan la program banyak cakap saja, masyarakat mesti nak berhibur dan nak bertuah juga. Kerajaan suruh buat program tapi tak nak sediakan bajet yang sepatutnye. Bila penjawat awam yang dibawah buat salah, terpaksa jadi kambing hitam atas duit yang tak disentuh untuk kegunaan sendiri.

















