Kini banyaknya "ilham" yang memberi inti,
ketika datangnya "jiwa" dalam melayani mimpi.

seen from United Kingdom
seen from China

seen from Malaysia

seen from Malaysia

seen from Malaysia
seen from Mexico

seen from Mexico
seen from United Kingdom
seen from China

seen from Malaysia
seen from Latvia

seen from T1
seen from Japan
seen from China
seen from Latvia
seen from United States
seen from Hong Kong SAR China
seen from China

seen from T1
seen from United Kingdom
Kini banyaknya "ilham" yang memberi inti,
ketika datangnya "jiwa" dalam melayani mimpi.
Cinta adalah menerima seseorang dengan seadanya, bukan mengubah seseorang dengan sebolehnya.
Apa ertinya cinta, kalau saling menyakiti?
Apa ertinya sayang, kalau saling membunuh rasa?
Hendak dilepas, namun melekat rasa gundah. Hendak dipeluk erat, malah ada rasa hampa.
Apalah erti hubungan yang tiada kekuatan?
Apalah erti sebuah perjuangan tanpa menginginkan kemenangan?
Aku tahu, kau baik baik saja nanti. Temanmu banyak mendukung, pasti. Aktiviti mu banyak, pasti. Masa rehatmu selesa, pasti. Lebih gembira, pasti. Bebas dan semangat, pasti.
Dan, pasti. Sesal mu kemudian, tiada berguna lagi.
Mahu ku sekarang,
Menjalani kehidupan dengan nama kebaikan dan berbuat perkara yang bersih. Menikmati alam dan mempelajari ilmu yang dapat ku semai untuk hasilnya kemudian hari.
Bahagia dan berkat, insyaaAllah.
29 Ramadan.
"Kamu sayang Aku?"
"Sayang..." Ini jawapan aku setelah aku melayani hari-hariku dengan diam seribu kata.
Wahai lelaki yang sekarang takut kehilanganku... Tidakkah kau tahu bahawa lidah ini boleh melemparkan apa jua kata² yang kau mahu dengar? Tanpa ada rasa dihatiku. Kerana kau tidak sedar akan perubahan diriku, atau mungkin kau menyedarinya dan bergegas untuk memeluk rasa dengan utuh.
Kau sendiri tidak mengerti apa ertinya perjuangan untuk menghalalkan hubungan, namun kau sering meminta kemesraan. Aku sudah penat..
Aku mahukan sebuah kepastian. Sekarang aku menjalani kehidupanku tanpa perlu menjaga hatimu lagi. Kau jagalah sendiri semua tentang kita.
05/2020
Dulu, aku takut kehilanganmu. Kerana bagi aku, aku menikmati perjalanan cinta kita. Menikmati rasa yang aku punya.
Aku takut tiada yang lebih sempurna dari cintamu. Aku takut keselesaan yang kau berikan padaku, tiada pada yang lain. Aku juga takut untuk berdikari. Sering aku berpaut pada hidup mu. Bukan dari kewangan, tapi dari masa, dan dari perasaan.
Aku fikirkan mungkin kau boleh menjadi temanku, susah senang bersama, merempuh dugaan dan cubaan hidup dengan cekal, mencari jalan untuk kebaikan kita berdua, berkerjasama untuk mengaut keuntungan, dan saling menjaga antara satu sama yang lain.
Namun, kau mengajar aku erti untuk berjuang sendirian. Satu rasa yang mungkin kau tidak tahu, bahawa aku sudah punya sejak kecil. Iaitu sendirian.
Aku perlu waktu untuk menimbus semua cita-cita yang seperti aku mahu untuk masa depan kita. Aku perlu waktu untuk membuang rasa ku dan digantikan dengan keredhaan..
Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Moga aku dijodohkan dengan lelaki yang baik.
Apabila kecewa sudah mengawal emosi, jadi untuk apa diperjuangkan cinta yang hanya bermain dihujung kata-kata?
Jika benar kamu seorang yang menginginkan diriku, lalu kenapa kamu mempersiakan waktu dan harapan ku?
Aku hanya orang luar, yang berdamping dengan mu dan membuang masa ku dengan merancang masa depan dan perjalanan hidup kita dengan indah.
Tahun demi tahun, hanya menanti kejadian yang diangankan. Mungkin aku bermimpi disiang hari, harus aku sedar sebelum Maghrib. Untuk melindungi diri dari kemusnahan zahir dan batin ku.
Kecewa... Sungguh!
Aku bukan yang terbaik. Kerana aku lemah. Maaf, aku akan pergi untuk yang terakhir kali. Moga kita tidak bertemu lagi.