
seen from China

seen from United Kingdom
seen from China

seen from Sweden

seen from Australia

seen from China
seen from China
seen from China
seen from Russia
seen from United Kingdom

seen from United States

seen from Germany

seen from China
seen from Germany
seen from Peru
seen from United States

seen from United States
seen from South Korea
seen from United States
seen from Russia
PHILOPHOBIA
Aku fikir sudah lama jiwa sembuh dari philophobia parah dan aneh,
Memeluk rasa mati buat menikam susuk terperih,
Menggelegak meniup jasad dari asap gelap
Malap adalah pesta meriah buat rasa rasa
Tak rela men-terhapus-kan karna ingin menjadikan tempat persembunyian lara
Kerap menghindari mata dari persinggahan magis yang sementara
Cuai mencicipi rasa yang kerap meleka kira jasad parah
Merempuh lemas menghindar karam, namun dengan ke-acapkali-an nya, jiwa rasa tenggelam tak terselamatkan malam
Melari. Lara lagi. Menanti. Hiba mati.
Tuhan ada
Tuhan ada di saat aku ingin mati
Lesap dari kehidupan dan realiti
Aku ingin bersyukur
Tapi aku juga lelah
Tuhan ada di saat aku kecewa
Kecewa dengan diri aku
Kecewa pada setiap yang menimpa aku
Hingga aku meragui diri sendiri
Tuhan ada di saat aku menangis
Menangisi setiap genap hidupku
Meratapi takdir yang tidak pernah mahu membelaku
Merintih pada apa yang aku hadapi
Menyalahkan takdir dan mula menyesal
Tuhan sentiasa ada
Tuhan ada disetiap saat
Meski aku sentiasa lupa padaNya
Dia sentiasa ada
Melihat aku
Yang hina dan lemah ini
Tuhan ada disaat aku ingin hidup
Untuk kamu, cinta ku. #puisiuntukkamu #menulispuisiituseksi #puisimelayu #puisipendek #puisijalanan
Kalau mimpi boleh buat aku bahagia sebegini, mungkin aku patut tidur tanpa perlu terjaga. Kerana realiti tidak lagi mampu membuat aku rasa sebegini bahagia. Bila aku buka mata semuanya buat aku terluka .
Ungkapan Bisu #4 -N.D.
RABU | 5 JUN 2019 | 5:51 P.M.
Tiada satu kata dapat digambarkan tentang perasaannya.
Kerna terlalu banyak emosi yang berkecamuk.
Terlalu banyak yang berada di fikirannya.
Serabut.
Berselirat seperti wayar-wayar berlonggokkan.
Tiada satu pun yang positif pastinya.
Badannya yang lemah.
Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Semuanya serba tidak kena.
Mukanya mula timbul jerawat menambahkan lagi ketidakyakinannya.
Bagi dia, semua benci akan dia.
Termasuk sistem tubuhnya dan juga dirinya sendiri.
Memaafkan orang lain adalah perkara yang agak mudah bagi dirinya.
Tetapi tidak mudah untuk dirinya memaafkan dirinya.
Terasa berat.
Terasa payah.
Sepertinya dirinya memerlukan lebih banyak masa.
Sakit ini,
datangnya tanpa tanda,
ribut yang senyap
mengoyakkan sudut hati yang rapuh.
Sekali lagi,
aku kutip serpihan yang berselerak,
perlahan-lahan memujuk diri sendiri
bahawa penyembuhan itu masih ada.
Sekali lagi,
aku bisikkan tenang pada jiwaku,
meski ia masih menggigil
di bawah beban kenangan
yang enggan pergi.
Berapa lama lagi perlu aku tanggung resah ini?
bila akan reda perang di dalam diri?
Bilakah aku akan benar-benar belajar
mencintai diriku sepenuhnya—
tanpa ragu, tanpa henti?
Ini bukan jalan yang mudah.
sakit ini bukan teman yang lembut.
Langkahku terhenti,
hatiku makin penat—
namun masih,
ada satu bahagian dalam diriku
yang enggan mengalah.
- ND
Ada kenangan meski bernilai
Terpaksa dilupuskan
Agar tidak melukai kemudian hari
Agar tidak menyesakkan di hari mendatang
Belajarlah melepaskan
Belajarlah merelakan
Agar nanti kau mungkin lupa
Atau kenangkannya