[Ulasan Buku] Menjejaki Firmanmu di Langit Amerika: Catatan 22 Hari di Negara Uncle Sam
Skor: 3.9/4.0
■ Perkongsian penulis menjadi inspirasi dan motivasi untuk para pembaca, terutama anak muda agar tekad menjadi bangsa berjaya. Agar terus menuntut ilmu, bergiat aktif dalam masyarakat dan jangan segan merebut peluang.
■ Format isi kandungan naskhah inimengingatkan saya kepada karya-karya Buya HAMKA seperti “Menyusuri Lembah Sungai Nil” dan “Di Tepi Sungai Dajlah”. Gaya penulisan rehlah ini lebih berfokuskan fakta, bukannya penceritaan. Ayat-ayat kurang elemen emosi dan tidak berbunga. Macam tesis mungkin? Jadinya, tiada satu frasa yang benar-benar melekat di minda.
■ Naskhah ini penuh dengan informasi dari pelbagai sudut. Geografi, isu semasa, sejarah dan budaya. Banyak trivia menarik dikongsikan. I would say he is a very observant person. His personality and interests are reflected.
■ Diselitkan puisi-puisi yang menemani “pengembaraan” beliau. Penulisan beliau membakar semangat patriotisme, melestarikan konsep bahasa jiwa bangsa dan memberi pandangan budaya yang boleh diterapkan agar kita menjadi masyarakat contoh. Dalam setiap hujah juga, disertakan hadis dan ayat quran utk direnung dan ditadabburkan.
■ Kisah yang disampaikan tidak terhad hanya kota-kota di Amerika Syarikat. Seringkali, beliau kaitkan dengan tempat-tempat yang pernah beliau kunjungi sebelumnya, seperti Jepun.
■Antara kandungan yang menurut saya menarik adalah:
Trivia,
Perbezaan Street & Avenue
Asal-usul Masjid Bilal.
Tasik Erie
Sejarah & Cerita Rakyat Malaysia
Perbincangan,
Islamofobia
Kerukunan masyarakat Asia Tenggara
Kepentingan Ilmu dan Bahasa yang berkualiti
Perbezaan Etika & Akhlak
Perbezaan Budaya dari serata tempat.
■ Masukan di sesetengah bahagian agak berlebihan. Contoh, teks penuh ucapan seseorang tokoh, yang pada pendapat, saya petikan sebahagian sahaja, sudah memadai. Mungkin penulis benar-benar mahu berkongsi apa yang dilihatnya dengan orang ramai. Kandungan karya ini sebenarnya, seperti masukan jurnal peribadi orang sains, bukan pujangga. Kurang elemen estetik untuk pemasaran.
■ Beliau ada juga berjenaka, adakala saya tersenyum sedikit, tapi secara garis besar, kurang terkesan buat saya. Tetapi yang sayangnya, banyak kesalahan ejaan. Yang paling berkesan buat saya negara Ethiopia dieja menjadi Utopia!
Walaubagaimanpun, terima kasih atas perkongsiannya. Banyak ilmu yang saya dapat. Pastinya, “Jauh perjalanan, luas pemandangan.”
---
Follow me on Telegram for quick updates! -- https://t.me/ReviuBukuIcha










