[Ulasan Buku] Sayangnya Dia Kepadaku
Skor: 4.9/5.0
Kalau saya boleh simpulkan nada emosi & kesan buku ini untuk jiwa saya as a whole, it will be: “Effortless light, yet deeply meaningful.” Kimochi ~
Again, macam tau-tau je, buku healing ni pun disulami dengan Asmaul Husna untuk kita imani, magnificent! Hmm.. kalau baca sinopsis di belakang buku, mungkin kita akan rasa sayuuu sahaja kan? Tapi actually, perjalanan dalam buku ini sungguh santai dan membina. Ada duka, ada suka, dan ada SWACINTA! Yang penting semuanya bercambah & “membesar” apabila kita mulai menanam benih-benih pemahaman & kecintaan terhadap Sang Pencipta sekalian makhluk & alam, yakni, Allah SWT.
Penyusunan “silibus” mantap terbahagi kepada 3 bahagian utama; 1) Tentang Sembuh, 2) Tentang Tumbuh & 3) Tentang Swacinta. Diselang-selikan dengan kata-kata hikmah yang kalau tidak menyentuh hati, pasti menyentuh minda, semuanya bermakna, Allahumma Barik! Walaupun mungkin ada orang kata ada yang klise, ia tetap bersesuai dengan topik yang dibincangkan di posisi itu. Juga, saya suka, ada di antara semua kata-kata hikmah itu, kita boleh nampak, ada yang diolah daripada pemahaman saudari penulis melalui pembacaandan kajian ilmu dan doa-doa dari hadis &al-Quran, love.
Penulis juga banyak “dropping names” buku-buku serta penulis-penulis yang telah menginspirasi penulisan beliau dalam buku ini tanpa “citing” kandungan buku-buku tersebut bulat2, appreciate! Ini memberi peluang untuk kita baca lebih lanjut sesuatu topik itu kalau kita mahu.
Tapi yang paling saya suka dan hargai ialah something yang selalu saya inginkan dari sesebuah buku tapi seringkali orang “missed it” or “complicating them”. Seperti penulis memahami kehendak hati orang yang need instant “pick me up” tapi still nak tau kesahihan.
Satu, apabila penulis ada kongsikan petikan hadis, beliau hampir pasti akan menyertakan sumber hadis dan sanadnya! MashaAllah Tabarakallah!
Dua, dalam olahan “hujah”, bila beliau menyebut nama-nama Allah, beliau pasti akan memasukkan makna nama itu dalam kurungan sejurus selepas nama itu ditulis, as simple as that! Tak perlu berjela sangat to be impactful. Memang tak salah saya mengambil saudari penulis sebagai figura untuk memotivasi diri saya, Jazakillahu Khairan Kathira!
Cadangan saya untuk pembacaan buku ini ialah, pertama, baca dulu buku ini dari kulit ke kulit. Tak kisahlah sekali duduk ke, on and off ke, ambil masa beberapa hari. Janji baca semua dulu, supaya kita dapat meresapi “essence” yang ingin dikongsikan oleh saudari penulis untuk kita. Kemudian, buku ini boleh kita letak kat tepi meja belajar ke, meja kopi ke, tepi katil ke, sebagai pick-me-up book. Seperti buku “Dear Tomorrow” by Maudy Ayunda. Ini kerana, setiap pages yang terselak, pasti akan menjernihkan kembali kesadaran kita, inshaAllah.
Illustrasi dan tona warna yang menemani buku ini juga menenangkan, serene. Buku ini highly recommended!
Highly recommended!!
Buku ini boleh dibeli secara online di: gempakstarz.com
---
Kunjungi media sosial saya yang lain di:
Facebook Instagram Telegram Goodreads.com














