💔Mendewasa Dengan Luka - Aiman Amri❤️🩹
🧮 Skor: 4.9/5.0
■ Buku ini sememangnya pilihan yang tepat untuk peringkat saringan…
• …bagi mereka yang ingin muhasabah dan mengenal masalah diri(jika ada) dan mencari keyakinan diri untuk pergi mendapatkan bantuan(jika perlu). Sebabnya, ada orang mungkin tiada masa, atau segan untuk berjumpa dengan kaunselor kerana fikir, masalah beliau perkara biasa, dan orang sekeliling ramai tak memahami.
• Tapi, tak semua orang mengerti diri sendiri, atau berupaya(mempunyai kapasiti/pengetahuan) untuk proses emosi sendiri. Kadang-kadang orang yang banyak tolong orang lain, tuan empunya badan sendiri, secara separa sedar yang telah lama “menderita” yang terseksa. Terutama mereka yang sudah terbiasa memikul tanggungjawab “besar” dan jarang mengeluh, sejak kecil lagi. Atapun orang yang memang lahir “timid”. Mereka memerlukan bimbingan, bahu untuk bersandar untuk berehat sebentar, teman berbual agar minda tidak terlalu berkecamuk dan tersusun, dan lain-lain. Tak semua orang familiar dengan konsep journaling.
■ Bahasa mudah faham dan mesra pembaca.
• Ada empati. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tetapi masih memerlukan orang yang mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang baik atau orang yang memang minat membaca. Sebabnya, saya ada beri kepada seorang remaja dewasa perempuan berbangsa India, beliau hanya baca sekerat jalan sahaja kerana banyak perkataan yang beliau tak “familiar”. . ■ Pembahagian bahagian utama dan penyusunan kandungan yang baik dan memberangsangkan!
• “Masalah” atau “simptom” atau “kecendurangan akibat trauma” yang kebanyakan orang alami, disimpulkan dan disampaikan dan 5 bentuk cerita. Saya percaya banyak orang dapat “relate”, cuma tahap “severity” setiap individu berlainan. • Penggunaan typesetting yang kontra further emphasised the main points and fun soft illustrations that make the presentations more impactful for us, the readers, inshaAllah.
• Selepas bahagian penceritaan, baru sampai ke bahagian perbincangan mengenai kisah-kisah yang disampaikan, dan apa diperjelaskan lagi isu-isu yang ingin diketengahkan dan dikenalpasti serta apa stigma atau stereotaip masyarakat mengenai perihal-perihal tersbut.
• Dan di bahagian terakhir, diberikan bahan-bahan dan alat-alat pengukur kendiri, untuk kita self-evaluate. Kemudian, cuba buat keputusan apa langkah seterusnya. Dapatkan khidmat professional atau mempunyai keberanian diri dan keyakinan diri untuk menyatakan pendapat atau bincangkan apa yang bersarang di fikiran dengan orang yang terdekat dan dipercayai.
• Cuma, perkongsian rajah dan jadual sampingan yang diselitkan, tulisannya rata-rata agak kecil. Kalau tak pakai kaca mata pasti susah nampak. Kalau orang yang sah-sah rabun dekat, lagilah! .
■ Percayalah, inshaAllah, buku ini sangat membantu! Mungkin orang yang tak pernah trauma boleh jadi terbahagi kepada dua, “stereotyping” dan meperkecilkan orang lain atau menjadi individu yng cuba memahami keadaan dan carikan bantuan. Bagi orang yang memang mengalami, dan baru mula cuba memahami diri, buku ini adalah satu bentuk “support system” yang ada.
Kita boleh! Healthy Mindset, Happy Life!
--- 🛒 Get the book from Imanshoppe.com 🛍 --- *Read also on other platforms:
Facebook --- Follow me on Telegram for quick updates!













