Kadang doa yang paling sederhana “moga Allah redha” adalah doa yang paling dekat dengan syurga.
Kadang aku fikir, apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini, rezeki yang banyak? hidup yang mudah atau dunia yang sentiasa berpihak kepada aku?
Tapi semakin aku berjalan, semakin aku jatuh dan bangun, semakin aku faham… yang aku benar-benar perlukan bukan semua itu.
Aku cuma perlukan satu perkara keredhaan Allah, kerana kalau Allah redha, walaupun hidup sederhana, hati tetap tenang.
Walaupun langkah perlahan, jiwa tetap lapang. Walaupun dunia tidak selalu memihak, aku tetap rasa cukup.
Kadang doa aku tak panjang, tak indah susunan katanya, tak penuh permintaan yang besar.
Aku cuma bisik perlahan “Ya Allah… moga Engkau redha.” dan dalam doa yang sederhana itu, ada harapan yang sangat besar.
Harapan untuk pulang dengan hati yang selamat, harapan untuk dipanggil sebagai hamba yang Engkau sayang.
Kerana aku percaya,kadang doa yang paling sederhana “moga Allah redha” adalah doa yang paling dekat dengan syurga.















