5 April 2017, 8:55PM. . Terima kasih kerana buat hati ini terasa. Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah sungai, Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya, Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah langit, Sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. . Kadang-kadang, bila terbaca post sahabat kita di laman sosial, kita akan cepat marah, kita akan cepat melenting, kita akn buat tuduhan melulu. Tambah-tambah lagi, bila post tu buat kita makan dalam, post tu buat mata kita masuk habuk, post tu buat hati terasa seperti dirobek-robek, post tu buat kita rasa macam kena headshot berkali-kali. Tetapi, jarang sekali kita bersangka baik, jarang sekali kita berlapang dada, jarang sekali berfikir sebelum membuat tuduhan. Di dunia ni, takde kebetulan sebenarnya, semuanya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Jadi sekarang, mari bersangka baik. Bila baca post camtu lagi kat laman sosial lepas ni, ucaplah Alhamdulillah,sebagai tanda syukur kita kpd Allah, kerana masih sayangkan kita, kerana sudi menegur kita melalui sahabat kita tadi, kerana mahu kita jadi orang baik-baik je. Jangan lupa juga, berterima kasih kepada sahabat kita, apabila kita ditegur, ia menunjukkan masih ada lagi orang yang mengambil berat pasal kita, masih ada lagi orang yang mahu terbaik buat kita, masih ada lagi orang yang sayangkan kita. Tak rasa bertuah ke ada orang yang sayangkan kita? walaupun mulut terherot, ucaplah, terima kasih kerana buat hati ini terasa. Buat kesekiankalinya, belajarlah untuk menerima walaupun ianya pahit, belajarlah untuk berlapang dada walaupun ianya sukar. InshaAllah nikmatnya akan terasa apabila tiba waktunya nanti. Wallahhu Ta'ala A'lam. #thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #dakwahislamic #muhasabah #usrahsantai #vscodakwah #gengdakwah #tribulasi365hari #twt_insta #hakhada #my_genggua #malaysianmuslim #designermuslim #abbasyislamicdesign #kallafah #igersmalaysia #igmalaysia #ig_my #gengsukatravel #hikersmalaya #naturehunterz #kakidaki #kakihikingmalaysia #peringatan #peringatanbersama (at Gunung Tahan)












