Selamat hari ayah, abah.
Buat yang masih ada, hargai baik-baik.
“Untuk yang telah tiada, kita banyakkan istighfar buatnya. Mohon yang terbaik. Kerana ingatan kita kepadanya tidak bermusim dan bertempat.” - Ustaz.
“Berseri mawar indah terpahat
Melingkar cantik di tepi tanjung
Kasihnya ayah bukan sesaat
Kasihnya ibu tidak berpenghujung."
Doa kami sentiasa menemani.
Moga tenang di negeri abadi.
--- Al-Fatihah.













