Perjalanan “Mencari Makna” dan “Menjadi Makna”
Catatan ini akan menjadi catatan khas, tentang apa yang saya rasa dan fikirkan, tentang anugerah (dan mungkin ujian yang besar yang bentuk kesenangan pada awalnya), yang saya perolehi sekarang. Pada tanggal 1 Disember 2020, saya telah menerima tawaran untuk menyambung Master in Islamic Finance Practice di universiti idaman saya – INCEIF. Jujur, saya telah berputus asa kerana merasakan saya tidak buat yang terbaik pada temuduga yang lalu. Tapi benarlah, rezeki tidak salah alamat.
Dalam kegembiraan dan rasa syukur yang tidak terhingga, timbul rasa takut dalam hati ini, memikirkan apa yang akan berlaku pada diri saya tahun hadapan. Saya kerap mengulang kata – How will be my life next year ? Bye bye life next year :’)
Tetapi, saya tetap optimis untuk menyambung perjuangan ini. Barangkali ini lah saya. Tidak betah duduk diam tanpa buat sesuatu. Benar kata Aiman Azlan dalam podcast nya –
As we growing older, we should have less time because of more responsibility.
Dan suka saya ambil kata-kata Steve Jobs, “We can only connect the dots backwards. We cant connect them looking into future. In 10 years, you will see it make sense. “ – kurang lebih begitulah mesej nya.
Barangkali ini lah hikmah saya di reject oleh crush saya pada bulan September yang lalu. Masih segar dalam ingatan kata-katanya yang ingin focus pada karier buat masa ini. Dan itu juga pegangannya seatahun yang lalu. Dan tanpa diminta, otak dan hati saya memproses jawapan tersebut sebagai – Jika dia pada usia begini begitu focus tentang apa yg ingin dicapainya , mengapa saya tidak?
That was the time where I buckle up my seatbelt, and yeah let’s do this! .
Dengan semangat dan keputusan yang agak tiba-tiba, saya tanpa fikir panjang membeli laptop baru. Dan ucap saya pada kawan saya S, yang menasihati saya tentang spesifikasi laptop yang patut saya beli – kalau aku jadi beli laptop ni,aku memang akan apply master!
And without hesitation, I really did it !
Time flies. I attended the interview, feeling hopeless about it , joined the virtual open day, feeling that if I failed to secure the scholarship is better because the scary feeling of the level of commitment and knowledge that I need to put through and acquire, and suddenly – I get the scholarship, Alhamdulillah.
Semuanya seperti berlaku sekelip mata. Dan sungguh Tuhan sedang memudahkan perjalanan ini. Dan saya masih takut, apa akan jadi pada tahun hadapan.
Pada saat ini, saya seupaya mungkin mula untuk memfokuskan diri tentang isu-isu semasa dalam Kewangan Islam seperti Islamic Social Finance dan lainnya. Dan yang lebih penting, sedaya mungkin, saya sedang membimbing jiwa dan akal saya dalam menetapkan matlamat serta meluruskan niat dalam perjalanan ilmu ini .
Kerana perjalanan menuntut ilmu ini sepatutnya melahirkan diri saya yang baru. Diri saya yang lebih rendah hati di hadapan Allah dan manusia atas ketidakketahuan saya dalam banyak perkara, dan juga betapa amanah ilmu ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya sebarkan dan manfaatkannya dalam industri satu hari nanti.
Dan ini lah apa yang saya coretkan dalam tajuk di atas. Mungkin ini sebahagian jawapan dalam perjalanan saya “Mencari Makna” dalam diri. Segala kegusaran, ketidaktentuan tentang masa hadapan, satu-satu sedang tersingkap dan Allah sedang menunjukkan jalan kepada saya.
Dan azam saya harus kuat untuk memastikan dalam perjalanan “Mencari Makna” yang mungkin tidak berkesudahan ini, saya juga harus “Menjadi Makna” dalam kehidupan orang lain dan juga industri Kewangan Islam satu hari nanti.
Tuilisan ini ialah untuk mengingatkan saya bahawa, niat yang lurus dan benar adalah penting untuk perjalanan menuntut ilmu ini. Dan tanpa niat yang betul ,motivasi saya mungkin terganggu. Dan barangkali (nauzubillah) saya akan mengulangi sikap last minute saya zaman degree dahulu dan akhirnya belajar semata-mata untuk peperiksaan sahaja.
Saya berazam , dalam perjalanan Master in Islamic Finance Practice di INCEIF ini , saya akan bersungguh-sungguh menutut ilmu dan menggarap segala yang dipelajari, dari perkara asas hingga ke advance dengan baik dan penuh itqan supaya ilmu itu ada di dada , bukan di buku nota semata.
Semoga pejalanan ini akan membuatkan saya lebih dekat dengan Allah atas kebergantungan yang lebih terhadap Dia yang memegang hati saya dan melorongkan semangat, anggota dan jiwa saya ke arah yang diredhai-Nya.
Terima kasih Allah untuk nikmat ini, moga ia jadi asbab saya untuk terus bersyukur dan banyakkan bertaubat atas dosa-dosa saya. Ameen.
11.01PM, 9 Disember 2020.