Jawaban Dr. Imarah kepada Sekularis

seen from Thailand
seen from Germany

seen from United States

seen from France
seen from Japan
seen from Hong Kong SAR China
seen from Australia

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Japan
seen from United States

seen from Belgium

seen from Germany

seen from United States
seen from China
seen from China

seen from United States

seen from Bangladesh

seen from Finland
Jawaban Dr. Imarah kepada Sekularis
Pas de deux vjere i politike
Pas de deux vjere i politike
Ivan Lovrenović Bosna i Hercegovina, s oba svoja entiteta, nominalno je laička država, u kojoj je vjerskim zajednicama otvoren prostor društvenoga djelovanja iz kojega su u komunizmu bile protjerane, a uskraćeno im je bavljenje državnopolitičkim poslovima. Obje strane, i političke strukture i vjerske zajednice, na riječima se zaklinju u privrženost temeljnom postulatu evropske demokracije,…
View On WordPress
Sekularisme
Ditengah kehidupan yang sangat sekuler seperti saat ini, begitu bebasnya orang menyatakan suatu pikiran yang lahir dari pemikirannya sendiri. Mereka tak henti berusaha menghancurkan pondasi-pondasi Agama melalui ghazwul fikri.
Tapi kita tak perlu takut. Karena bukan orang lain lah yang merusakan pondasi suatu agama. Melainkan pemilik bangunan itu sendiri.
Karenanya, selalu jagalah iman kita. Pupuki Ia, dan sirami ia dengan Ibadah-ibadah terbaik.
Semoga Allah selalu kuatkan kita dari pandangan-pandangan yang menyesatkan.
Allah, bersama-Mu kami tenang.
[Membantah syubhat kaum ilmaniyin atau sekuler yang mengatakan agama hanya mengatur masalah ibadah saja] . . 🎓 Disampaikan oleh: Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan ُحَفِظَهُ اللهُ . . 📝 Transkrip Terjemahan dalam Bahasa Indonesia Penanya berkata: "Berkenaan dengan orang-orang sekuler atau ilmaniyin, apakah mereka lebih dekat kepada kemunafikan atau kekufuran?" . . Asy-Syaikh menjawab: "Orang-orang sekuler (ilmaniyin) mereka adalah tidak bertuhan dan mereka bukan orang munafik, tapi tidak bertuhan. Karena mereka berpendapat tidak memasukkan agama pada urusan manusia. . . Sesungguhnya mereka berpendapat, agama hanya untuk beribadah saja, dan di dalam masjid saja. . . Adapun urusan politik dan muamalah mereka katakan, ini diserahkan kepada manusia. • Mereka mengubahnya tanpa ketentuan syariat dan sesuatu apapun. • Mereka merubah untuk kebaikan dan disesuaikan selera mereka. Ini adalah kekufuran kepada Allah عَزَّ وَ جَلَّى , karena memisahkan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya صلى ا لله عليه وسلم dari kehidupan manusia. Ini adalah kekufuran dan tidak berketuhanan, maka mereka lebih buruk dari orang-orang munafik. . . Orang-orang munafik mereka menampakkandiri dengan keislaman. Mereka shalat, puasa,dan diterima penampakan keislaman mereka. Adapun yang mereka sembunyikan, urusannya diserahkan kepada Allah. . . Sedangkan orang-orang sekuler, mereka menyatakan kekufuran dengan memisahkan syariat Allah dari penerapan atas keadaan manusia dan muamalah mereka. Ini adalah kekufuran terang-terangan yang ditampakkan, dan bukan kemunafikan. . . • Kemunafikan adalah menampakkan sesuatu, dan menyembunyikan lawannya. • Sedangkan sekuler (ilmaniyin), mereka tidak menyembunyikan apa-apa, tapi menamapakkannya. . . Maka mereka lebih buruk dari orang-orang munafik. Demikian." . . Chanel http://youtube.com/azispratomo Download video via Telegram zispratomo . . #islam #membantah #syubhat #sekularisme #sekular #sekuler
Fanatik Sekolahan Dahulu acap terkagum-kagum dengan orang yang apabila bercakap memiliki pandangan jauh ke depan, tajam penilaiannya terhadap kejadian (fenomena) nan berlaku dan memiliki perbendaharaan kata nan amat tinggi kastanya.
New Post has been published on
New Post has been published on http://malaysianreview.com/129432/pakatan-tumbang-kerana-pertembungan-islam-dan-sekular/
Pakatan tumbang kerana pertembungan Islam dan sekular
Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular, sama seperti perjuangan dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya. – Gambar The Malaysian Insider
Minggu lalu, parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud – selepas hampir setahun melalui satu hubungan yang berantakan.
PAS boleh dikatakan memulakan segalanya apabila memutuskan ikatan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar tahunan parti yang menyaksikan jawatan dalam pemilihan disapu bersih golongan konservatif.
DAP bertindak balas dan mengumumkan hubungan kerjasama 7 tahun antara mereka sudah berakhir.
Keesokan harinya, PKR yang tiada pilihan lain, kemudiannya mengatakan PR “tidak lagi berfungsi secara rasmi”.
Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tegas menyatakan PR tidak mati.
Ketika rakyat Malaysia memikirkan apa yang mungkin berlaku – PR dilihat sangat hampir (paling hampir dalam sejarah) mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional (BN) – tetapi keadaan itu bagaimanapun bukan kali pertama berlaku.
Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular – perjuangan sama dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya.
PR ialah pembangkang peringkat persekutuan yang ke-4 terkubur sejak kemerdekaan. The Malaysian Insider melihat kepada gabungan lain sebelum PR dan sejauh mana kejayaan mereka
Barisan Sosialis Rakyat Malaya (1958-1969)
Barisan sosialis ini merupakan gabungan pembangkang yang paling lama bertahan dalam sejarah Malaysia, iaitu 11 tahun, tetapi memberi kesan yang minimum dalam politik negara.
Ia gabungan 2 parti, terdiri daripada Partai Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM).
Ia ditubuhkan pada 1958 dan memenangi 8 kerusi menerusi pilihan raya umum 1959, hanya 2 tahun selepas Malaya memperoleh kemerdekaan daripada British.
Dalam pilihan raya 1964, jumlah kerusi yang dimenanginya turun kepada hanya 2 dan tidak lama selepas itu, ia dibubarkan selepas pilihan raya 1969 yang penuh pertelingkahan, apabila Perikatan pada masa itu hilang majoriti dua pertiga buat pertama kalinya.
PRM bagaimanapun tidak termasuk parti yang untung besar ketika pembangkang menang besar ketika itu. Sambil DAP, Gerakan dan PAS meraih undian, PRM tidak menang walau 1 kerusi pun.
LPM dibubarkan sebagai parti pada 1969, mengakhiri barisan itu.
Gagasan Rakyat/Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1995)
Gabungan ini mungkin yang paling banyak membawa harapan sebelum PR, kerana ia merupakan pakatan pelbagai parti, termasuk satu lagi parti Melayu-Islam.
Tidak lama selepas sekumpulan besar pemimpin Umno keluar parti dan membentuk Semangat 46 diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, parti itu menubuhkan Gagasan Rakyat dengan PRM dan DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 1990.
Pada masa sama, beberapa parti majoriti orang Islam – antaranya S46, PAS, Bersama dan Hamim berpadu menubuhkan APU, satu pakatan parti Islam.
DAP menang 20 kerusi Parlimen dalam pilihan raya itu, sementara Semangat 46 menang 8 dan PAS menang 7 kerusi.
APU yang dianggotai Semangat 46 dan PAS menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan untuk membentuk kerajaan di sana. Tetapi APU menghadapi masalah bekerja bersama di Kelantan, sementara Gagasan Rakyat bergaduh mengenai siapa yang patut menjadi ketua pembangkang di Parlimen.
Lim Kit Siang, yang mengetuai DAP dengan jumlah kerusi Parlimen terbesar pada masa itu, diminta memberikan laluan kepada calon Melayu Bumiputera memegang jawatan ketua pembangkang.
Tetapi hubungan itu musnah apabila sensitiviti antara PAS dan DAP tidak dapat ditangani, dan Gagasan Rakyat dibubarkan sejurus sebelum pilihan raya 1995.
Barisan Alternatif (1999-2004)
Ia jelmaan PR yang sebelum ini bertahan hanya 2 tahun, selepas pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang disingkirkan. Penyokong dan ahli keluarga Anwar menubuhkan Keadilan, yang kemudiannya mengajak PAS dan DAP sebagai sekutu dalam PRU 1999.
Gabungan itu merugikan DAP apabila 2 pemimpin besar mereka, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, hilang kerusi Parlimen masing-masing berikutan sensitiviti dalam kerjasama antara parti itu dengan PAS.
PAS menang besar, menawan Kelantan dan Terengganu, dan menjadi parti pembangkang terbesar dengan 27 kerusi Parlimen. Keadilan hanya berjaya mendapat 5 kerusi, sementara DAP berpuas hati dengan 10 kerusi.
Dengan 3 lagi kerusi dari Sabah, Barisan Alternatif (BA) memperoleh 45 kerusi Parlimen. Tetapi apabila pertelingkahan dalaman mula berlaku, pencapaian DAP yang merosot menyebabkan parti itu memutuskan hubungan dengan BA pada 2001.
BA bertahan pada PRU 2004, tetapi hanya berjaya memperoleh 8 kerusi dan Kamaruddin Jaafar daripada PAS dilantik sebagai ketua pembangkang.
DAP, berdiri sendiri, menang 12 kerusi, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri pada masa itu, berdepan PRU pertama sebagai presiden Umno dan turut mendapat pulangan besar.
Pakatan Rakyat (2008-2015)
PR lahir sebelum PRU 2008, sebagai antisipasi kembalinya Anwar secara aktif ke dalam arena politik. Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengetuai gabungan pembangkang, berjaya mencipta sejarah memecahkan tembok majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) di Parlimen.
PR menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen, dan merampas 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan negeri paling kaya, Selangor.
PR membina pencapaian yang kuat di semua negeri yang ditadbirnya – kecuali Perak yang kemudiannya diambil alih BN – terutama Selangor dan Pulau Pinang, ketika mara ke PRU 2013 dengan Anwar menjadi ketua pembangkang, kira-kira 15 tahun selepas penyingkiran dan pemenjaraannya.
Walaupun menang undi popular, kali pertama dalam sejarah Malaysia, pada 53%, PR hanya berjaya menang 89 kerusi Parlimen.
Mereka kekal di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tetapi tanda-tanda perpecahan kelihatan ketika Hadi sebagai presiden PAS meletakkan calonnya di kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, menyebabkan pertindihan dan pertandingan 3 penjuru, terutama di beberapa kerusi DUN.
Selepas impian PR menawan kuasa persekutuan berakhir, ikatan antara ketiga-tiga parti hancur dan retak menanti belah semakin jelas.
Campur tangan PAS dalam krisis menteri besar Selangor pada 2014 memulakan siri beberapa insiden yang menamatkan PR sebagai gabungan di peringkat kebangsaan, kurang setahun selepas itu.
Cita-cita PAS melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud di Kelantan, tidak disenangi DAP, yang mencetuskan perbalahan antara 2 parti itu.
PAS akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, dan parti demokratik itu kemudiannya mengumumkan PR sudah tiba di penghujungnya.
Percanggahan ideologi
Tetapi tema serupa nampaknya wujud dalam 3 gabungan terakhir yang gagal itu, yang menjadi asas percanggahan iaitu pertembungan antara ideologi sekular dan Islam.
Ini dinyatakan salah seorang ahli progresif PAS, Khalid Samad, yang tewas dalam pemilihan pada muktamar baru-baru ini.
“Nampaknya ada perubahan dalam aliran pemikiran dalam PAS. Mereka kini berfikir, bagaimana jika kita menang kuasa persekutuan dan majoriti ahli Parlimen kita bukan Melayu Islam?” katanya.
“Tetapi itu bukan aliran pemikiran yang asal (ketika menyertai PR). Ideanya ialah, jumlah ahli Parlimen Melayu Islam tidak menjadi hal, kerana majoriti dalam Parlimen tetap diwakili Melayu Islam,” katanya.
Pemerhati dan pemain utama dalam arena politik semuanya memberi isyarat akan wujudnya satu lagi gabungan menjelang PRU 2018, sambil kerajaan BN perlu gigih berusaha mengembalikan popularitinya yang merudum sejak 7 tahun lalu.
Pakatan sebegini berjaya dalam aspirasinya menjatuhkan kerajaan persekutuan sebanyak 3 kali sebelum ini – menggunakan Tengku Razaleigh dan pasukannya yang berhijrah daripada Umno, pemenjaraan Anwar dan juga kembalinya Anwar aktif di medan politik.
Tetapi, mempunyai musuh yang sama bukan merupakan faktor kejayaan gerakan itu, dan dengan berakhirnya PR, ia semakin mengukuhkan lagi fakta itu.
Apa yang diperlukan ialah satu gabungan dengan asas ideologi yang sama pada terasnya – dan matlamatnya tidak sepatutnya hanya untuk menenggelamkan BN semata-mata. – Sumber ihsan The Malaysian Insider
Menung di tangga Putrajaya – Abah Anas Photography
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank var _wau = _wau || []; _wau.push(["colored", "z3iojotwdh6m", "3cm", "ff0624000000"]); (function() var s=document.createElement("script"); s.async=true; s.src="http://widgets.amung.us/colored.js"; document.getElementsByTagName("head")[0].appendChild(s); )(); User Online
KAMMI UPI Gelar Kajian Tentang “Sekularisasi dan Liberalisasi Pendidikan”
Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) Komisariat Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) menggelar kajian pemikiran Islam, Selasa (5/5/2015). Tema yang dibahas adalah “Sekularisasi dan Liberalisasi Pendidikan”. Kajian digelar di masjid Al-Furqon UPI lantai 4.
Baca selengkapnya di: http://www.dakwatuna.com/2015/05/14/68626/kammi-upi-gelar-kajian-tentang-sekularisasi-dan-liberalisasi-pendidikan/
Sekularisme : Ideologi yang menyesakkan
Sebenarnya saya merasa sesak dengan golongan yang terlalu sekular. Golongan sebegini biasanya lahir dari semua tahap pendidikan,biar rendah,sederhana ataupun tinggi. Kalau yang pendidikan tinggi,sebenarnya lebih bahaya. Mereka biasanya akan lebih mudah mempengaruhi orang lain dan mereka sentiasa ada poin untuk berhujah. Sekularisme ada definisi tersendiri,tapi pada masa kini, sekularisme merujuk kepada ideologi yang dipegang oleh sesebuah kumpulan yang menolak banyak aspek agama dalam hidup mereka demi mencapai kemajuan hidup. Mereka bukan kufur (tidak boleh menjatuhkan hukum kafir sesuka hati), cuma mereka lebih mementingkan dunia dari Tuhan. Saya dikelilingi dengan bermacam-macam jenis golongan,dari yang memilih untuk menjadi atheis,golongan yang terlalu bersemangat patriotisme hingga menyemarakkan assabiyah, golongan yang cinta politik, golongan yang tidak peduli dunia,golongan pencinta alam, golongan yang suka berhibur, golongan yang rela mengalah dalam segala hal hingga golongan yang seperti alim ulama. Kumpulan-kumpulan ini ada prinsip masing-masing dan memang ada kebaikan dan keburukan (kecuali atheis),tapi kehadiran mereka tidaklah terlalu menyesakkan seperti kumpulan sekular. Kumpulan sekular biasanya mengagungkan bahasa Inggeris yang berlebihan,mereka menganggap bahasa internasional itu adalah segalanya hingga mereka mula memandang rendah golongan yang lemah berbahasa inggeris (inggeris cuma sekadar bahasa,bukan alat mengangkat darjat). Mereka juga memandang rendah golongan yang mengamalkan dan berjuang untuk agama contohnya isu Palestin,Syria dan lain-lain. Mereka menganggap golongan ini rasis,tidak maju, mundur,menolak hak-hak kemanusiaan (seperti isu Gay,lesbian, transgender..) dan tidak moden. Gerakan-gerakan seperti Ikhwanul Muslimin dituduh radikal dan tidak menjunjung keamanan dan berbahaya. Begitu juga dengan sistem pendidikan. Sebaik-baiknya gred A itu adalah subjek sains,bukannya pendidikan Islam/moral (sepatutnya biar seimbang). Jika belajar di Mesir,mungkin akan menjadi ustaz (mungkin,tapi tidak semestinya). Jika tahu bahasa arab,juga dianggap ustaz. Jika belajar di Eropah,akan diagung-agungkan (padahal belajar di mana-mana pun tidak ada masalah,asalkan cemerlang). Jika mereka melihat isu Terrorism dari media, mereka cepat-cepat menyalahkan Muslim hari ini. Sepatutnya kita sama-sama memperbaiki diri dan berjuang membuang persepsi itu,dan bukannya sedaya upaya menyalahkan golongan extremis dan melepaskan diri. Jika ada isu hukum Hudud,mereka ini akan menyalahkan antara satu sama lain,hujah mereka panjang berjela dan berkias,tapi hidung yang sihat pasti dapat menghidu bahawa mereka sebenarnya menolak hukum itu. Mungkin ada yang melabel saya berfikiran tradisional ataupun anti-sekular,tapi saya cuma mampu mengatakan 'mungkin' . Sebab saya kurang yakin,mungkin di luar kesedaran,saya juga akan berkelakuan seperti mereka. Tapi jika saya dalam keadaan 'sepenuhnya sedar' ,insyaAllah,saya akan berusaha mengelak ideologi itu dan penolakan itu bukan bermakna hidup ke belakang,kerana tiada formula yang mengatakan sekularisme itu syarat kemajuan. Angin.