New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2015/04/24/indonesia-arah-persiapan-pelaksanaan-hukuman-mati-tertuduh-bali-nine/
Indonesia arah persiapan pelaksanaan hukuman mati tertuduh ‘Bali Nine’
Indonesia telah mengarahkan persiapan bagi pelaksanaan hukuman mati terhadap dua penyeludup dadah Australia, lapor BBC.
Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, daripada kumpulan “Bali Nine”, telah dihukum mati pada tahun 2006.
Menurut, Jurucakap peguam negara Indonesia, pendakwa telah diberitahu untuk memulakan persiapan tetapi tidak menetapkan tarikh akhir.
Kedua-dua mereka perlu diberi 72 jam notis sebelum pelaksanaan hukuman tersebut.
“Perintah ini telah dikeluarkan supaya pegawai-pegawai boleh membuat persediaan,” kata Tony Spontana, jurucakap pejabat peguam negara.
Peguam mereka telah melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terkini ini.
Peter Morrisey dipetik ABC News berkata, proses undang-undang tidak lagi siap tetapi ia kelihatan seolah-olah “Pejabat Peguam Negara sudah bertekad untuk meneruskan usaha pelaksanaan hukuman ini”.
Rayuan pengampunan kedua-dua tertuduh ini telah ditolak Presiden Joko Widodo awal tahun ini.
Presiden Jokowi yang mengambil alih jawatan pada tahun 2014, mempunyai dasar menafikan pengampunan kepada pesalah dadah atas faktor perdagangan dadah telah menyebabkan kerugian besar kepada Indonesia.
Sepuluh banduan luar negara termasuk dari Brazil, Perancis, Nigeria dan Filipina sedang menghadapi hukuman mati atas kesalahan dadah.
Media tempatan melaporkan pegawai-pegawai kedutaan yang mewakili sebahagian daripada banduan telah dipanggil bermesyuarat dengan pegawai Indonesia pada hari Sabtu.
Spontana juga mengesahkan satu lagi banduan hukuman mati, Mary Jane Fiesta Veloso, akan dipindahkan ke penjara Nusakambangan pada hari Jumaat di mana pelaksanaan hukuman mati akan dijalankan.