Sudah 12 tahun selepas aku menziarahi pusaramu, aku tidak pernah lagi menjejakkan kaki aku disini. Pertama kali aku ke kuburanmu, butiran jernih ini aku tahan daripada gugur supaya tidak kelihatan aku seorang yang lemah. Supaya tetap tidak ada yang tahu, kalau seorang tomboy seperti aku juga punya perasaan. Di usia 11 tahun, aku hanya berdiam diri sambil mengusap batu nisan itu, berbicara dalam hati menanyakan, "Kenapa terlalu cepat kau pergi? Janjiku semalam belum tertunai. Siapa lagi akan menemaniku di waktu pulang sekolah?". Pertanyaan tanpa jawapan~
Sahabat, hari ini, 14 Disember 2017, aku berada kurang dari 100 meter dari pusaramu. Ingin sekali aku berjalan mendekati pusaramu, menziarahi dan duduk disisi kuburmu. Tapi, seorang NH tidak pernah berubah - masih lemah untuk menerima hakikat akan ketiadaanmu. Aku hanya mampu mengungkapkan dari jauh bahawa aku terlalu merindukan dirimu. Aku terlalu berharap kalau kau masih disini, disamping, tetap menjadi sahabatku.
Sahabat, tunggu aku disana. Suatu hari nanti, cepat atau lambat, aku tetap akan menyusulmu.