DIY. Masak sendiri kos hanya sekitar 20% ke 30% sahaja dari harga sepinggan asal jika dibandingkan makan di restoran. Contohnya, kami sekeluarga membelanjakan sebanyak RM 30. Jika di restoran mahal mungkin boleh dapat hanya 1 pinggan SMOKED PAPRIKA ROASTED CHICKEN sahaja. Realitinya di rumah, kami berjaya menghasilkan 5 pinggan! Abah, Mama, Saya & Meen makan sepinggan setiap seorang. Baki 1 pinggan hidangan lagi disimpan semalaman. Diperhangatkan semula esok paginya, sebagai bekalan 'mangkuk sia' ke pejabat Meen. Jimat, kan? Begini-lah, cara kami sekeluarga berdikari jika hendak makan sedap-sedap dalam kos yang efektif. Nampak mewah kerana kami sekeluarga berusaha belajar masak sendiri. Jadinya, jika anda melihat sebarang foto makanan sedap-sedap dari restoran, sebenarnya orang itulah hidupnya sangat mewah. Mampu bayar 3 ke 5 kali ganda lebih dari harga kos sebenar. Hehehe. Alhamdulilah. Rezeki mereka. Semoga kita semua dipermudahkan rezeki. Enjoy! 😊👍❤️🍗 ▶️ https://www.youtube.com/faizaldzasrik ▶️ https://dzasrik.blogspot.com #resepisedap #resepi #resipi #sedap #murah #jimat #bijak #efektif #restoran #tabung #chicken #ayam #panggang #roast #paprika #smoked #salai (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CMgXlLclAl4/?igshid=10pp5tgbsws87













